Monday, September 15, 2003

Pemilihan PAS

Mahfuz tergelincir;Hassan Shukri Timbalan Presiden tewaskan Mustapha Ali

KUALA LUMPUR,Ahad 14 September - Pemilihan pimpinan PAS telah meyaksikan bekas Ketua Dewan Pemuda yang vokal Mahfuz Omar terkeluar dari arus kumpulan pimpinan utama bila tewas dalam pemilihan jawatan Naib Presiden.
Bagi jawatan Timbalan Presiden,935 perwakilan yang menghadiri Muktamar PAS ke 49 nampaknya terus mahu golongan ulama bila memilih Senetor Hassan Shukri,64.Mustapha Ali yang tewas dijawatan itu bagaimanapun mengekalkan jawatannya sebagai Naib Presiden.

Beliau mendapat undi ketiga terbanyak iaitu 492 dalam persaingan lima calon.Undi terbanyak diperolehi oleh Datuk Dr Hassan Ali 673 manakala tempat kedua Azizan Abdul Razak 563.

Selain Mahfuz,Ahli Parlimen Kuala Kedah,Mohamad Sabu tewas.Mahfuz telah melepaskan jawatan Ketua Dewan Pemuda kepada Sallehudin Ayub untuk bertanding jawatan berkenaan.

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan kepimpinan yang baru dipilih oleh perwakilan adalah gabungan terbaik antara golongan ulama dan professional.

Dalam sidang medianya selepas muktamar itu di Markas Tarbiyah PAS di Taman Melewar dekat sini berakhir beliau menegaskan bahawa gabungan tersebut adalah wadah kepada PAS dalam meneruskan lagi perjuangan menegakkan negara Islam sejajar dengan dasar yang dibawa sejak dahulu.

Tambahnya, pemilihan Hassan Shukri sebagai timbalannya menunjukkan perwakilan mahu ulama terus memimpin PAS manakala tiga Naib Presiden yang dipilih sebagai pemangkin gerak kerja PAS yang menyeimbangi kekuatan berasaskan ulama dan professional.

Dalam pemilihan Ahli Jawatankuasa Pusat PAS pula ,18 orang yang memenanginya ialah Tuan Ibrahim Tuan Man (757 undi), Dr Mohd Hatta Ramli (739), Dato' Kamarudin Jaffar (701), Husam Musa (698), Ustaz Taib Azamuden Mohd Taib (698), Ustaz Ahmad Awang (650), Dr Abdul Wahab Ismail (626), Ustaz Hashim Jasin (625), Dato' Wan Muttalib Embong (621), Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman (611), Dato' Abu Bakar Chik (609), Dr Lo' lo' Mohd Ghazali (545), Haji Ahmad Subky Abdul Latif (537), Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (430), Ustaz Idris Ahmad (412), Dr Daing Sanusi Daing Mariok (411), Dato' Anuar Tan Abdullah (377) dan Syed Ibrahim Syed Abdul Rahman (341).
AgendaDaily, 1/9/03

No comments: