TEGURAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad, mengenai sikap rakyat Malaysia yang sering merungut dan membantah setiap kali kerajaan mahu melaksanakan sesuatu dasar atau projek baru, bukan pertama kali malah sudah berulang kali. Namun sikap itu seolah-olah sudah sebati dan sukar untuk dibuang. Golongan ini begitu cepat memberi reaksi negatif terhadap cadangan kerajaan, walaupun ia sesuatu yang menguntungkan mereka dalam jangka panjang. Akibatnya, kerajaan terpaksa memberi penjelasan semula dan ini kadang-kala memerlukan belanja yang besar dan merugikan, malah lebih menyedihkan apabila dasar atau projek yang baik itu tertangguh akibat bantahan orang ramai.
Sememangnya, reaksi rakyat perlu bagi memastikan dasar atau projek yang dirancang dapat berjalan dengan lancar, tetapi bantahan yang dibuat perlu berasas dan bukan sekadar bertujuan untuk menggagalkannya kerana ia usaha kerajaan. Beberapa kes sebelum ini seperti projek kereta nasional, Menara Berkembar Petronas dan Jambatan Pulau Pinang, dibantah oleh orang ramai, tetapi ternyata ia menguntungkan kita sama ada dari segi ekonomi, sosial atau pelancongan. Malah, ketika kerajaan bercadang menganjurkan perlumbaan Formula One (F1), ramai yang membantahnya tetapi ternyata ia bukan saja memperkenalkan nama Malaysia di mata dunia, tetapi juga berjaya menarik ramai pelancong berkunjung ke negara ini.
Minda Pengarang: Berita Harian, Isnin 29/9/2003
Monday, September 29, 2003
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment