Oleh Abdul Rahman Abdul Rahim
Terdapat pelbagai jenis golongan lemah dalam masyarakat. Bukan saja golongan yang lemah daripada segi fizikal seperti mereka yang kurang upaya tetapi terdapat jenis-jenis lain.
Golongan lemah jenis lain termasuklah mereka yang lemah dari segi harta. Buka itu saja, ada pula yang lemah dari segi mental. Bukanlah bermaksud orang ini sakit mental atau seumpamanya. Maksud ada golongan yang kurang cerdik. Mereka bukan saja lemah dalam pendidikan tetapi juga sukar mengambil peluang dalam persaingan masyarakat.
Selain itu terdapat juga golongan yang lemah dari segi disiplin diri. Termasuk dalam golongan ini ialah mereka yang mudah melakukan kesalahan dalam masyarakat, mel;anggar undang-undang hatta mengawal nafsu sendiri. Golongan ini juga boleh diketagorikan sebagai golongan lemah.
Tetapi masyarakat dikuasai oleh golongan kuat. Bukan saja dari segi fizikal, iaitu mereka yang sihat. Tetapi juga mereka yang berharta mempunyai kedudukan lebih mantap daripada yang kurang modal. Begitu juga bagi golongan yang pandai. Mereka bukan saja terkehadapan dalam bidang pendidikan dan juga mudah mendapat pekerjaan atau merebut peluang perniagaan.
Golongan yang kuat moral juga akan mendominasi masyarakat. Mereka mempunyai disiplin diri, dihormati dan sudah berpengaruh.
Maka sudah tentu, sesebuah masyarakat itu berfungsi menurut aturan golongan yang kuat. Mereka bukan saja menguasai bidang politik, ekonomi, sosial bahkan undang-undang.
Golongan kuat dalam maksud yang luas ini menggubal undang-undang menurut persepsi daripada pendidikan dan kerjaya mereka. Walaupun mereka melaksanakan tugas ini sebagai mewakili keseluruhan masyarakat, dan sedaya upaya cuba merasakan pandangan golongan lemah, tetapi sudah tentu mereka tidak akan dapat benar-benar merasakan aspirasi golongan lemah.
Sementara golongan lemah tidak akan dapat menyuarakan aspirasi mereka kerana kedudukan sosialnya. Mereka bergantung pada belas ihsan dan timbang rasa golongan kuat.
Jika golongan kuat dalam masyarakat tidak mengambil berat dan tidak bertimbang rasa pada golongan lemah, maka peminggiran akan berlaku dan akhirnya menimbulkan jurang antara golongan dalam masyarakat.
Di sinilah relevannya perjuangan Rasulullah s.a.w. yang mana perjuangan baginda termasuklah memecahkan penguasaan golongan kuat Quraisy dalam masyarakat Jahiliah Mekah.
Islam mengajar persamaan dalam masyarakat di mana tidak berlaku peminggiran. Dalam masyarakat Islam Madinah, Undang-undang yang digubal mengambil kira kedudukan golongan lemah, baik dari segi fizikal, harta, mental, spiritual dan moral.
Di kalangan sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. terdapat pelbagai golongan, bukan saja dari kalangan yang kedudukan politik, ekonomi, sosial dan intelektual yang kuat tetapi daripada kalangan yang lemah. Melalui hadis, akan dapat didengari suara-suara golongan lemah ini mendapat pembelaan daripada Rasulullah s.a.w.
Utusan Malaysia, 12/12/03
Friday, December 12, 2003
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment