Saturday, September 24, 2005

Car theft is big business

KUALA LUMPUR: Three minutes – that is all it takes for a professional car thief to steal your car.

And within 30 minutes that car can be stripped and sold as spare parts, or may end up being shipped out of the country to as far as South Africa or New Zealand.

The syndicates involved have become so good that they are using legal means to export these Malaysian-owned cars.

According to sources, various models of Proton and Perodua vehicles have been found in Thailand and Indonesia even though these national cars were not exported there.

“These syndicates have managed to export our national cars when the manufacturers themselves have yet to do so,” said an insurance analyst.

It is not just cars that get stolen – vehicle theft is big business in Malaysia, where an average of eight vehicles are stolen every hour.

For the first six months of this year, a total of 35,888 vehicles were stolen nationwide leading to a whopping RM357mil in losses. Last year, 64,274 cases were reported stolen with losses amounting to RM753mil.

For the first six months of the year, two hundred vehicles were reported stolen nationwide every day with motorcycle thefts topping the list at 28,096 cases.

This was followed by car and van/lorry thefts – 4,756 and 3,036 cases respectively.

Federal CID principal assistant director for intelligence Asst Comm Abdul Halim Abdullah said the crime index was considered high because of vehicle thefts.

“Vehicle thefts contributed 41% and 45% to the country’s overall crime index last year and the first half of this year respectively,” he said in an interview.

According to him, syndicate members generally use land and sea routes to smuggle stolen vehicles from Malaysia to neighbouring countries and other parts of the world.

“The two ports most often used to ship out stolen vehicles are Port Klang and Tanjung Pelepas Port.

“And the coastal areas of Port Dickson and Banting are the most common exit points for smuggling motorcycles by boat to Indonesia,” he said.


He added that cars were also driven into Thailand via the northern states, and to Singapore, from which many were then shipped to Sarawak and various parts of Indone-sia.

On the operations of vehicle theft syndicates, ACP Abdul Halim said: “It only takes them 30 seconds to steal a motorcycle, three to five minutes to steal a car, even if it has a steering lock, and 30 minutes to cannibalise a car.”

Police intelligence, he said, had revealed that all major syndicates were well financed, with members often driving stolen vehicles straight to the warehouses after a theft.

“At the warehouse, they may decide to paint the vehicle as well as alter the chassis number and registration before driving the ‘new’ vehicle to the border.

“Other vehicles are shipped out in containers with the help of forwarding companies,” he said.

ACP Abdul Halim noted that the large number of vehicle thefts was due to the high demand for stolen vehicles both locally and in certain countries such as Thailand, Indonesia and Singapore.

Citing an example, he said: “The market value for a new Mercedes Benz is above RM300,000 but syndicate members normally sell this car for as low as RM50,000.”

He added that vehicles stolen in states near the borders were often driven out of the country immediately.

“If a vehicle theft is reported to the police a few hours after the actual crime, how are we going to send an alert to the border? By then, the vehicle is already out of the country,” he said.

It was also difficult, he said, to prevent vehicles from being shipped out in containers

“For the moment, there is no method that enables Customs officers to inspect each and every container,” he said.

On efforts made to recover stolen vehicles, he said once they had been smuggled out of the country, the police had little success due to lack of cooperation from their foreigner counterparts.

The Star, 24 September 2005

Wednesday, September 14, 2005

Ubah dari kuli ke tauke

Ubah dari `kuli' ke `tauke'
Pendapat

Sektor pertanian tidak pernah diabaikan oleh negara ini dalam merancang pembangunannya. Malah sektor pertanian mempunyai begitu banyak kementerian dan agensi pelaksana yang terlibat, sehinggakan berlaku pertindanan fungsi.

Dengan perkataan lain, tidak ada cacat dan celanya dari segi perancangan, strategi dan pelan pelaksanaan bagi memajukan sektor ini. Apa yang dirancangkan pun dinyatakan dengan jelas. Maksudnya, apa yang tersurat itulah yang tersirat, maka semua orang tahu apa yang dirancangkan dan bagaimana mereka boleh terlibat dalam pelaksanaannya.

Negara-negara rantau ASEAN juga tidak pernah mengabaikan sektor pertanian mereka, tidak kiralah sama ada di negara berkenaan sektor pertanian diklasifikasikan sebagai industri pertanian atau industri primer, hakikatnya sektor ini tetap penting.

Apa yang menarik ialah negara-negara ini sentiasa memerhati apakah pelan pembangunan pertanian di Malaysia dan bagaimana mereka boleh mendapat manfaat (secara langsung atau tidak langsung) daripada pelaksanaan pelan pembangunan di Malaysia. Itu cara mereka berfikir, mengatur strategi dan bertindak bagi mendapat manfaat daripada apa yang kita rancangkan untuk pembangunan pertanian.

Saya melihat terdapat kecenderungan yang nyata akan isi kandungan pelan-pelan pembangunan pertanian yang digubal itu. Rata-rata pelan-pelan pembangunan itu lebih menekankan aspek `pengeluaran'. Bukan maksudnya aspek pemprosesan, pemasaran dan aktiviti-aktiviti berasaskan perkhidmatan berkaitan dengan pertanian tidak diberikan penekanan, tetapi ia kurang seimbang.

Walhal dalam dunia pertanian moden, `pengeluar' tidak ubah seperti `kuli' dan pedagang seperti `tauke'. Maksud saya ialah, jika Malaysia terus menekankan dan memberikan prioriti yang lebih kepada aspek pengeluaran (seperti mana zaman kempen Buku Hijau dahulu), maknanya, kita hanya menggalakkan para petani (termasuklah golongan petani komersial dan petani korporat yang ingin dilahirkan) untuk terus menjadi golongan `kuli' sahaja.

Soalnya sekarang ialah kalau kita jadi `kuli' siapa pula yang menjadi `tauke' iaitu saudagar yang meraih keuntungan daripada pelaksanaan aktiviti perdagangan bagi produk yang dihasilkan oleh golongan `kuli' ini?

Apabila menyentuh soal ini maka teringat saya akan beberapa cerita lama. Contohnya, nanas banyak ditanam di Johor dan cultivar yang ditanam dikenali sebagai Singapore Spanish. Pejabat agensi pengawal-selia industri ini iaitu Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) berada di Johor tetapi para pengilang nanas menubuhkan syarikat pemasaran mereka di Singapura.

Alasannya ia lebih mudah melaksanakan urusan dagang di Singapura kerana di sana cara mereka bekerja lebih efisien, lebih telus dan prasarana pemasaran lebih lengkap.

Lagipun dikatakan, negara berkenaan telah terkenal sebagai pusat dagangan serantau, maka mudah untuk urus niaga. Tidak mengapa dengan industri nanas, lagi pun CPS telah pun dibubarkan.

Suatu ketika dahulu negara berkenaan juga terkenal dengan tanaman orkid, kemudiannya, disebabkan faktor tanah yang menjadi makin sukar diperoleh dan mahal, para pengusaha orkid dari negara berkenaan berpindah ke Johor.

Yang tidak dipindahkan ialah aktiviti perdagangan dan jenama orkid yang dihasilkan. Ia kekal dengan jenama Singapore Orchids, dengan alasan kononnya nama itu telah terkenal di pasaran antarabangsa.

Banyak lagi cerita seperti ini yang boleh kita dengar. Betapa penatnya kita menjadi `kuli' dan orang lain menjadi `tauke' (saudagar) memperdagangkan hasil tani yang kita keluarkan. Dagangan getah pun begitu juga asalnya. Dagangan minyak sawit pun sama nampaknya sehinggakan penduduk di Batam pun membeli minyak sawit kita dari negara berkenaan sedangkan Batam juga bersebelahan dengan Johor.

Produk ikan dari Malaysia tidak dapat dieksport ke negara-negara Asia Barat kerana masalah penyakit yang menyebabkan larangan import oleh negara-negara berkenaan, tetapi ikan yang sama dieksport dari Singapura tiada masalah untuk diterima oleh negara-negara Asia Barat yang sama!

Soalnya bukanlah negara-negara berkenaan patut dipersalahkan dalam isu ini hanya kerana mereka mengeksploitasi peluang perdagangan yang wujud daripada pelan pembangunan sektor pertanian yang kita rangkakan.

Mereka bijak dan mereka tahu apa yang baik untuk mereka, maka apa yang perlu mereka laksanakan ialah mengkaji pelan pembangunan yang kita rancang dan mereka akan `meletakkan' diri mereka untuk mengeksploitasi peluang yang kita wujudkan.

Kalaulah agensi-agensi pelaksana di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani seperti, Jabatan Pertanian, Jabatan Perkhidmatan Haiwan, Jabatan Perikanan, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Lembaga Pertubuhan Peladang, dipergiatkan untuk `menghasilkan' petani, penternak dan nelayan moden yang enterprising, alangkah sempurnanya pelan pembangunan kita itu jika FAMA pula giat `menghasilkan' saudagar-saudagar dan menyediakan prasarana dan kemudahan pemasaran yang mencukupi bagi `mempermudahkan' saudagar-saudagar ini berdagang.

Malangnya, belum terdengar hingga kini Lembaga Permasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) melaksanakan program-program bagi menghasilkan saudagar-saudagar yang enterprising ini. Yang pernah terdengar ialah FAMA sendiri, menerusi FAMACO Sdn. Bhd., ingin menjadi saudagar dengan membuka pasar raya dan menjadi pengeksport. Itu pun gagal!

Oleh itu, mesej yang ingin disampaikan ialah selagi kita tidak mampu menguasai bidang perdagangan dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengannya, sebagus mana sekalipun pelan pembangunan pertanian yang kita rangka dan sehebat mana sekalipun Agenda Pertanian yang ingin diperkasakan oleh Perdana Menteri, tetapi selagi kita terus bermegah dengan keupayaan kita sebagai `pengeluar' selagi itulah kita kekal sebagai `kuli'.

- Dr. Hasan Mad, bekas pensyarah Universiti Putra Malaysia (UPM).

Utusan Malaysia, Rabu 14/9/2005

Tuesday, September 13, 2005

Sakit hapuskan dosa

Sakit hapuskan dosa


DARIPADA Abdullah, katanya: “Aku datang mengunjungi Rasulullah SAW ketika Baginda sakit, lalu kusentuh Baginda seraya berkata: “Ya Rasulullah! Demam anda bertambah teruk.”

Jawab Baginda: “Memang demamku sama dengan demam dua orang kamu.”

Aku berkata: “Semoga anda mendapat pahala berganda pula.”

Balas Baginda: “Semoga!” Kemudian sabda Baginda pula: “Tidak ada seorang Muslim yang ditimpa cubaan berupa sakit dan sebagainya melainkan dihapuskan Allah dosanya, seperti pohon kayu menggugurkan daunnya.” (Hadis riwayat Muslim)

Segala bencana, penyakit, kesusahan atau kerunsingan yang menimpa tubuh badan atau akal fikiran seseorang mukmin menjadi ‘kaffarah’ (penghapus) kekotoran dosa dan kesalahan orang yang ditimpa bencana itu.

Anas berkata, Rasulullah bersabda: "Bahawa besarnya sesuatu balasan itu menurut besarnya sesuatu bencana ujian; dan bahawa Allah apabila mengasihi sesuatu kaum diuji mereka, kemudian sesiapa yang menerima ujian itu dengan reda, maka dia akan beroleh keredaan Allah, dan sesiapa yang bersikap keluh kesah serta benci menerima ujian itu, maka dia akan mendapat kemurkaan daripada Allah." (Hadis riwayat at-Tirmizi dan Ibn Majah).



Petikan Mastika Hadis terbitan Jakim.

Berita Harian, 12 Sept 2005

Usahawan tak endah I

Usahawan tak endah ICT akan tercicir
Datuk Mohd Nasir Ahmad


Kelebihan ilmu penting untuk tentukan keupayaan peniaga bersaing

KERAJAAN terus memberi perhatian dan penekanan pentingnya teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sebagai cabang ilmu dan sumber teknologi untuk kemajuan rakyat dan negara.

Penekanan berterusan oleh kerajaan kepada ICT dibuktikan dengan pelancaran Bulan ICT Malaysia 2005 pada Rabu lalu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Perdana Menteri menyatakan faedah dan manfaat ICT perlu sampai ke setiap pelosok negara supaya timbul kesedaran rakyat mengenai peluang ekonomi yang boleh diwujudkan oleh ICT serta memperkembang budaya ICT di kalangan rakyat.

Untuk memberi peluang rakyat luar Lembah Klang lebih terdedah kepada ICT, pelancaran Bulan ICT Malaysia 2005 dilangsungkan di Kepala Batas, Pulau Pinang. Kerajaan juga buat pertama kalinya mengadakan Mesyuarat Panel Antarabangsa (IAP) Koridor Raya Multimnedia (MSC) di luar Cyberjaya iaitu di Pulau Pinang bermula Khamis lalu.

Secara kebetulan pada Isnin lalu, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya menganjurkan Seminar Keusahawanan Islam Peringkat Kebangsaan 2005. Saya diberi peluang membentang kertas kerja bertajuk 'Usahawan Muslim Dalam Era Teknologi Maklumat'.

Seperti kita tahu, industri ICT bermula sekitar 1950-an. Ia bermula sebagai usaha memproses maklumat untuk memudahkan simpanan rekod dan analisis membuat keputusan. Bagi mereka yang masih ingat, peringkat awal kaedah menyimpan maklumat menggunakan kad penebuk (punch card) dengan mesin pemprosesan yang besar dan perlahan.

Kos menggunakan teknologi pemprosesan maklumat adalah tinggi pada peringkat awal. Bagaimanapun, teknologi ini berkembang secara berperingkat hingga dikenali sebagai ICT sekarang. Dengan kemajuan berterusan, ICT menjadi keperluan yang diterima kerajaan dan organisasi perniagaan.

Sejak pertengahan 1990-an, industri ICT melalui kemajuan yang amat pesat dengan pakar bidang itu berlumba-lumba menghasilkan komputer yang lebih berkuasa. Perlumbaan di kalangan pemain dalam industri ICT memperkenalkan pelbagai kaedah baru seperti 'Local Area Network (LAN)', internet, e-mel dan pelbagai perisian canggih.

Pada masa ini, penggunaan ICT begitu luas dan meliputi setiap aspek kehidupan. Kita mendapati ICT digunakan bagi tujuan komunikasi, pelajaran, pertahanan, pengangkutan, perubatan, perbankan, hiburan dan pelbagai lagi. Terbukti bahawa penggunaan ICT yang positif membantu memperbaiki kehidupan manusia.

Secara umumnya, penggunaan ICT dalam apa bidang sekalipun seharusnya bertujuan meningkatkan kecekapan mengurus maklumat. Di samping itu, ICT seharusnya diguna untuk menjimat masa operasi, mengurangkan kos serta meningkatkan produktiviti.

Pada zaman ICT sekarang, semua usahawan dan ahli perniagaan tidak dapat mengelak daripada menggunakan kemudahan itu untuk mengurus perniagaan dan perusahaan mereka. Sama ada secara langsung atau tidak, setiap perniagaan terpaksa berdepan dengan penggunaan ICT.

Seperti bidang lain, penggunaan ICT dalam perniagaan juga bertujuan membantu pengurusan perniagaan menjadi lebih cekap dan menguntungkan. Perniagaan menggunakan ICT untuk mempercepatkan masa pusing ganti operasi dan dengan ini meningkatkan produktiviti.

Penggunaan ICT dalam perniagaan juga seharusnya membantu meningkatkan kualiti produk atau perkhidmatan, selain mengurangkan kos penyelenggaraan bagi jangka panjang.

Bagi tujuan pengurusan perniagaan, kita perhatikan pelbagai perisian dan aplikasi yang semakin canggih dan bijak terus dicipta. Setiap aspek pengurusan perniagaan boleh memilih jenis perisian dan aplikasi yang sesuai untuk kegunaan pengurusan dan pentadbiran.

Perniagaan yang mempunyai operasi di pelbagai tempat sama ada dalam atau luar negara dapat berkomunikasi dan memantau perkembangan perniagaan mereka dengan pantas. Hal ini sekali gus mewujudkan suasana dunia tanpa sempadan yang membawa proses globalisasi.

Satu hakikat kehidupan ialah perubahan akan sentiasa dan terus berlaku. Kelebihan akal yang dikurniakan Allah kepada manusia menyebabkan proses perubahan sebagai sesuatu yang harus berlaku, melainkan manusia berhenti berfikir.

Kemajuan ICT hanya mempercepatkan proses perubahan. Justeru, semua usahawan, terutama Bumiputera dan Muslim hendaklah mampu menyesuaikan diri dengan semua perubahan yang kebanyakannya didorong oleh kemajuan ICT.

Kita semua berulang kali diingatkan supaya meningkatkan ilmu pengetahuan jika ingin terus maju dan mahu diperlukan. Dalam era ICT sekarang, keusahawanan perlu bergerak dalam suasana yang dipanggil k-ekonomi. Perkara ini bermakna kelebihan ilmu penting untuk menentukan kelebihan persaingan seseorang.

Sama ada kita sedar atau tidak, kebanyakan ilmu yang kita perlukan sekarang berkait rapat dengan penggunaan ICT. Oleh itu, sesiapa yang tidak mempedulikan perkembangan dan kemajuan dalam ICT akan ketinggalan kerana ICT itu sendiri sudah menjadi pemangkin kepada peningkatan ilmu di semua bidang lain.

Dalam konteks keusahawanan dan perniagaan, apa yang dicari ialah penambahan kekayaan bagi pengusaha perniagaan. Matlamat ini hanya boleh dicapai jika usahawan dapat mencari beberapa kelebihan yang meningkatkan daya saingannya.

Memang banyak perkara perlu dipelajari dan didalami oleh usahawan dan ahli perniagaan. Namun, hakikatnya dalam era ICT, banyak perkara yang diketahui hari ini mungkin menjadi lapuk dalam tempoh terdekat. Oleh itu, penggunaan ICT penting supaya tidak ketinggalan zaman.

Usahawan berjaya memiliki beberapa ciri peribadi yang tidak boleh diubah seperti jujur, ikhlas, kreatif dan berani mengambil risiko. Begitu juga untuk berjaya, usahawan perlu kekal berpegang kepada beberapa etika perniagaan yang membezakan usahawan jujur dan penipu.

Namun, usahawan, khususnya Bumiputera, harus segera sedar bahawa walaupun ciri kejayaan dan etika perniagaan tidak boleh diubah, cara mengurus yang tidak menentang etika akan terus berubah. Lebih penting lagi ialah menyedari bahawa kebanyakan perubahan mengenai kaedah dan proses adalah ditunjangi kemajuan ICT.

Oleh itu, usahawan tidak dapat lari daripada kemajuan ICT dan hendaklah segera berusaha meningkatkan pengetahuan serta menggunakannya untuk memajukan diri dan perniagaan. Usahawan yang tidak mengendahkan ICT akan tercicir dalam perlumbaan mengejar kejayaan.

Usaha kerajaan memberi penekanan kepada ICT pasti memberi kelebihan kepada negara untuk bersaing dan menjadi negara maju. Apa yang kita tidak mahu lihat ialah negara menjadi maju dengan MSC dan pelbagai pendekatan lain dalam ICT, tetapi usahawan Bumiputera tidak menjadi sebahagian daripada kemajuan ini.

Berita Harian 13 Sept 2005

Be efficient servant

Be efficient servants, set benchmark against the best
By Anis Ibrahim


Malaysian civil servants should test their competency against high standards — like comparing them to their counterparts in countries known for efficiency. Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Razak, who said this today, also wants the civil service to make enhancing efficiency its top priority.

It must constantly renew and reinvent itself in line with changing needs and expectations of leaders and the public.

He said the top five efficient governments were Hong Kong, Singapore, Finland, Denmark and Australia.

"Our public sector should look at how best to benchmark itself against the best governments," he said.

He admitted that notwithstanding Malaysia’s good progress, the public service was "far from perfect".

Quoting the Geneva-based Institute for Management Development, Najib said that in terms of government efficiency, Malaysia had dropped from number 16 last year to 26th placing this year. This, he said, did not speak well of the nation’s achievements made in the last few years.

While Malaysians should be mindful of external assessments and look carefully at the criteria applied, the institute’s research seemed to indicate that the country’s efforts were not good enough.

"We may be improving but our competitors are improving to a much greater extent.

"I would, therefore, strongly ask the public sector to make improving government efficiency its top agenda," urged Najib.

He also believed that if the human capital of the one million-strong civil service were maximised, developed nation status could be reached before 2020.

"The challenge is whether we have the determination to walk that extra mile to make a difference in our work," he said.

In his keynote address at the 10th Civil Service Conference, Najib called for a new breed of civil servants — those who possess strong analytical capabilities with the ability to generate well thought-out policy options.

Public servants must also strive to become part of a high reliability workforce, namely, one which is professional, has unquestionable integrity, is citizen-focused and innovative.

Najib pointed out that professionalism was not limited to being guided by a code of conduct. It also meant doing their very best to help an organisation achieve its goals.

"For civil servants, it simply means serving the interest of the public and not yourselves," said Najib.

The two-day conference is organised by the National Institute of Public Adminstration (Intan) and the Administrative and Diplomatic Service Association.

NST 13/9/2005

Dept heads to face r

DEPT HEADS TO FACE RAP FOR POOR SERVICE

By Hamidah Atan

Heads of department will be held responsible for the failure of their frontline staff and operators to answer telephone calls. Disciplinary action, including transfer, can be taken if repeated complaints were received against the departments or agencies concerned.

Chief Secretary to the Government Tan Sri Samsudin Osman said as heads of department, they should be held accountable.

"They should take the trouble to check (if there are complaints) and not just turn a deaf ear as this would defeat our effort to enhance the public service delivery system."

He was commenting on the long-standing grouse about poor service rendered by telephone operators or receptionists in the civil service.

The complaints often range from calls that go unanswered to queries that get passed from one officer to another.

This is not the first time Samsudin has reminded heads of department.

In February, he told them to experience for themselves the response from their frontline staff, adding that by doing this, they could check on their efficiency.

Samsudin had said they could pretend to be members of the public in telephone calls made to the general line of their respective departments.

Such calls would reveal if staff were courteous and gave proper answers.

Today, after presenting prizes to winners of the Putrajaya Half Marathon here, Samsudin, who is also Perbadanan Putrajaya chairman, said he would go "undercover" again to gauge their efficiency.

The marathon, which attracted more than 8,000 local and foreign participants, was organised by Putrajaya Holdings Sdn Bhd and Perbadanan Putrajaya.

New Straits Times 12 Sept 2005

Sunday, September 11, 2005

AS lupakan seketika 11 Sept.

Oleh: SITI MARIAM MD. ZAIN

HARI ini dunia terpanggil untuk mengingati semula tarikh yang dicatatkan sebagai hari paling mengejutkan apabila berlaku satu peristiwa yang tidak pernah diduga malah di luar jangkaan sesiapa juga pun.

Ruang angkasa Amerika Syarikat (AS) yang sebelum ini sering dianggap sebagai `kebal' dengan mudah berjaya dicerobohi.

Lebih memalukan, menara berkembar Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York dan Pentagon di Washington, ibu pejabat Jabatan Pertahanan AS telah dirempuh.

Rempuhan luar biasa oleh penyerang yang dikategorikan sebagai berani mati itu didakwa dilakukan oleh pengganas Islam.

Angka rasmi yang dikeluarkan oleh New York Magazine mencatatkan jumlah korban ialah sebanyak 2,819 orang.

Kebanyakan yang terkorban dikatakan terdiri daripada golongan muda yang berusia antara 35 tahun hingga 39 tahun.

Kesan daripada peristiwa tersebut, wujud `ketegangan' antara negara-negara blok barat dengan negara-negara Islam.

Imej Islam yang selama ini dipandang sebagai umat yang amat mementingkan nilai-nilai kemanusiaan dan toleransi serta-merta berubah kepada `keganasan'.

Malah sejak peristiwa itu juga, Islam digambarkan sebagai agama yang seolah-olah menghalalkan serangan berani mati apabila setiap kejadian di merata dunia dikaitkan dengan perancangan umatnya.

Dalam rempuhan menggunakan kapal terbang komersial itu, kedua-dua menara berkembar 110 tingkat dengan ketinggian 415 dan 417 meter runtuh dalam tempoh masa yang agak singkat - kira-kira sejam.

WTC yang terletak di kawasan kewangan New York, pernah menjadi salah satu simbol kekuatan ekonomi AS.

Lokasi itu turut menjadi gambar poskad New York yang cukup popular - selain Statue of Liberty - sebagai simbol bandar itu.

Menurut Lembaga Pelabuhan New York dan New Jersey yang mentadbir bangunan itu, kira-kira 50,000 orang bekerja di situ selain lebih daripada 90,000 orang melawat menara tertinggi di bandar itu setiap hari.

Idea membangunkan WTC bernilai kira-kira RM5.7 bilion itu timbul pada tahun 1966 dan siap sepenuhnya pada 1973.

Bagaimanapun, sejak tahun lepas, sebuah menara baru yang dinamakan Menara Kebebasan sedang rancak dibina bagi menggantikan menara lama yang musnah itu.

Menara Kebebasan dengan ketinggian 541 meter dan dijangka siap pada 2008 itu bakal menjadi bangunan tertinggi di dunia, mengatasi Menara Taipei 101 di Taiwan.

Tahun ini adalah ulang tahun keempat memperingati serangan ke atas WTC dan Pentagon - tragedi yang menggegarkan AS dan dikaitkan dengan militan Islam.

Jika tahun-tahun sebelumnya, AS yang trauma dengan serangan yang meranapkan bangunan kebanggaannya itu sentiasa berjaga-jaga menjelang ulang tahun tragedi itu, kali ini ia seperti tidak dipedulikan.

Pernah ketika pengeboman di sebuah pusat hiburan di Bali pada 2002 dan diikuti pengeboman di Hotel J.W Marriott setahun kemudian, AS menuding jari dan menganggap Indonesia menjadi sarang pengganas.

Dua hari menjelang ulang tahun ketiga tragedi memperingati pengeboman, sebuah bangunan berhampiran Kedutaan Australia di Jakarta diletupkan menerusi bom kereta.

Sejak tercetusnya tragedi 11 September 2001, serangan pengganas berdekatan dengan kedutaan asing seperti apa yang berlaku di Indonesia itu merupakan perkara biasa.

Seperti selalu, barat terus bertegas dengan mengatakan perbuatan tersebut didalangi oleh apa yang disifatkan sebagai pengganas atau militan Islam.

Dalam masa sama, AS dan sekutunya tidak jemu-jemu melancarkan serangan ke atas Iraq yang dikatakan punca keganasan sebelum merebak ke seluruh dunia.

Ironinya, tidak seperti tahun-tahun lalu, menjelang sambutan ulang tahun keempat (disambut hari ini) agak berbeza bagi AS.

Jika sebelum ini ada sahaja letupan bom yang dikatakan sengaja dirancang oleh pengganas Islam sebagai satu cara memperingati tragedi itu, tahun ini seperti `mereka' memahami apa yang sedang berlaku di AS.

Malah, AS sendiri dalam tempoh kebelakangan ini, tidak lagi begitu lantang mengutuk atau menuduh pihak-pihak terbabit.

Hakikatnya, negara yang dipimpin oleh George W. Bush itu gagal mengelak daripada terpaksa menghadapi saat-saat paling getir.

Gara-gara taufan Katrina, persediaan sambutan memperingati ulang tahun peristiwa hitam itu mungkin tidak `semeriah' yang digambarkan seperti selalu.

Jika sebelum ini ia `diraikan' dengan mengutuk kelemahan negara lain dalam menangani masalah pengganas, kali ini AS sibuk menguruskan hal dalaman sendiri.

Biarpun dendam lama masih membara, masalah yang sedang dihadapi seolah-olah tidak membenarkan mereka terlalu memikirkan tentang perkara itu buat masa ini.

Taufan yang melanda New Orleans dan kawasan sekitarnya Isnin lalu, benar-benar menyedarkan AS yang selama ini berbangga sebagai sebuah kuasa besar, paling maju dan bertamadun juga tidak terlepas daripada menerima kesan daripada bencana alam.

Hal itu mengundang simpati dunia. Bandar pelancongan yang menarik dan terkenal dengan muzik irama jaz itu kini umpama `padang jarak padang terkukur'.

Sehingga kini, dilaporkan kemungkinan 10,000 orang terkorban akibat taufan itu.

Kerugian yang perlu ditanggung akibat taufan mencecah hampir RM101.08 bilion.

Bencana alam yang datang tiba-tiba tanpa diundang, diharap menyedarkan AS daripada terus lena dalam tidur yang panjang.

Ketidakcekapan mengurus berpuluh-puluh ribu mangsa yang terselamat, juga menjejaskan kredibiliti `polis' dunia itu.

Lebih buruk lagi, selain menjadi mangsa taufan, sikap manusia yang tidak berperikemanusiaan - mengambil kesempatan terhadap kesusahan orang lain juga memeningkan pemimpin tertinggi negara.

Walaupun cuba menunjukkan kepada dunia betapa ia tetap sebuah kuasa yang sukar ditundukkan, namun Katrina seolah-olah telah menafikan `kehebatan'nya itu.

AS, seperti negara-negara lain yang ditimpa bencana, tetap mengharapkan bantuan dunia. Setakat ini, sebanyak 60 negara telah menyatakan kesediaan mereka untuk membantu termasuk Thailand, Sri Lanka dan Bangladesh, tiga negara yang teruk ditimpa ombak tsunami, hujung tahun lalu.

Dalam hubungan ini, pembinaan Menara Kebebasan di tapak runtuhnya bangunan WTC juga tidak mampu menutup mata dunia tentang masalah yang dihadapi.

Senario yang berlaku memberi ingatan kepada AS bahawa mereka juga tidak terlepas daripada berdepan dengan dugaan.

Mungkin bencana tersebut mampu menyampaikan mesej bahawa itu adalah mereka yang sebenarnya dalam dunia realiti.

Ternyata AS kini terkial-kial. Masalah dalaman yang dihadapinya itu, menyukarkan mereka untuk terus mengatur strategi dalam usaha memperkukuhkan kedudukan.

Sewajarnya, taufan Katrina menyedarkan AS bahawa tiada sebuah pun negara yang akan terlepas daripada `kekuasaan'-Nya.

Mingguan Malaysia, 11 Sept 2005

Selepas empat tahun 11 Sept - Sejak runtuhnya WTC, gejala Islamofobia menjadi ciri di Barat

Oleh: ZIN MAHMUD

HARI ini empat tahun lalu berlaku peristiwa 11 September. Sejak itu, Amerika Syarikat (AS) telah melancarkan perang ke atas Afghanistan dan Iraq. Di pihak Al-Qaeda pula, mereka telah melakukan serangan bom berani mati di Madrid, Sepanyol dan London, Britain.

Perang antara AS dengan Al-Qaeda masih berterusan. Tempat di mana mereka bertemu secara berdepan ialah di Iraq.

Akibat perang menentang keganasan ini, Presiden George W. Bush berjaya mempertahankan kedudukannya apabila menang pilihan raya presiden tahun lalu. Tetapi Mullah Omar dan Saddam Hussein telah hilang kuasa mereka di Kabul dan Baghdad. Tetapi kerajaan Madrid yang mendukung perang AS ke atas Iraq telah tumbang. Bagaimanapun, Perdana Menteri, Tony Blair berjaya mempertahankan kerajaannya dalam pilihan raya Britain.

Pada prinsipnya Afghanistan, Iraq, Sepanyol dan Britain tidak ada kaitan dengan perang antara AS dengan Al-Qaeda. Kesemua mereka diheret oleh AS dan Washington telah meluaskan medan konflik perang antaranya dengan Al-Qaeda.

Musuhnya kini bukan saja Al-Qaeda sebagai sebuah organisasi. Tetapi mereka juga bermusuhan dengan ideologi Al-Qaeda.

Ini kerana mereka beranggapan bahawa Al-Qaeda bukannya menentang AS. Tetapi hakikatnya ialah Al-Qaeda memusuhi ideologi AS. Jadi perang ini adalah pertembungan ideologi yang dilakukan secara keras, ganas dan menjadikan sesiapa yang kebetulan berada dalam medan pertembungan akan terkorban menjadi mangsa, baik oleh Al-Qaeda mahupun AS.

Sejak berlaku peristiwa 11 September 2001, diikuti dengan perang ke atas Afghanistan, Iraq hinggalah kepada pengeboman di Madrid dan London, peperangan ini sedang berubah kepada keadaan berbeza berbanding dengan kedudukan awalnya. Persepsi, interpretasi dan pemahamannya juga telah berubah.

Perang Al-Qaeda menentang AS sudah berlaku lebih awal sebelum 11 September. Asal puncanya ialah apabila Osama bin Laden marah dengan kehadiran tentera AS di tanah Arab Saudi ekoran Perang Teluk pertama.

Baginya tanah Arab Saudi atau Hijaz sepatutnya bebas daripada sebarang orang kafir. Dalam tradisi Islam terdapat sebutan bahawa Rasulullah s.a.w. telah membebaskan tanah Hijaz daripada golongan kafir maka keadaan itu sepatutnya dipertahankan.

Osama menuntut Washington supaya mengundurkan tenteranya dari Arab Saudi. Terdapat pengulas di AS yang mengkritik fahaman ini. Menurut mereka mengharamkan orang kafir daripada memasuki Arab Saudi adalah bersifat perkauman dan diskriminasi. Osama tidak berhak menghalang sesiapa tidak kira agama memasuki Arab Saudi. Mereka juga menganggap mengharamkan orang bukan Islam daripada memasuki Mekah juga suatu perkauman dan diskriminasi.

Tetapi pada sesetengah pendapat maksud kafir dan bukan Islam adalah berbeza. Golongan kafir adalah mereka yang menentang Islam. Seseorang bukan Islam tetapi tidak menentang Islam tidak menentang atau memerangi Islam bukanlah kafir.

Apabila Rasulullah membebaskan semenanjung Arab daripada orang kafir bukanlah bermaksud tidak ada orang bukan Islam di wilayah itu. Orang bukan Islam terus berada di tanah Hijaz walaupun selepas semenanjung Arab menjadi wilayah Islam.

Apa yang berlaku ialah tidak ada orang yang menentang Islam, pemerintahan Islam dan Rasulullah selepas itu.

Persoalannya ialah, adakah tentera AS itu memerangi Islam atau tidak? Bagi Osama, tentera AS yang berada di Arab Saudi itu kafir kerana menentang orang Islam, iaitu perang menceroboh Iraq ketika itu.

Tetapi bagi Riyadh, tentera AS adalah sekutu orang Islam kerana mereka diundang untuk mempertahankan Arab Saudi. Serangan ke atas Iraq juga adalah kerana Saddam ketika itu menceroboh Kuwait.

Sememangnya pada awal perjuangannya, Osama tidak berperang menentang AS, Israel atau Barat. Ia hanya menjadikan kerajaannya sebagai sasaran kerana ia berpendapat Riyadh tidak mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatannya. Tetapi ia kemudian beralih ke Afghanistan yang menghadapi ancaman komunis. Baginya komunis yang merupakan ateis lebih berbahaya daripada Zionis dan Barat.

Jadi kemuncak keupayaan Al-Qaeda ialah serangan 11 September. Ketika itu Osama berada di Afghanistan di mana kerajaan Taliban memberi ruang kepada mereka.

Taliban tidak bermusuh dengan AS dan Osama dianggap sebagai tamu yang banyak menolong mereka. Tetapi apa yang dilakukan oleh Osama tidak ada kaitan dengan mereka.

Sebelum peristiwa itu juga, AS tidak memusuhi Taliban. Malah sokongan AS terhadap Taliban berlaku secara tidak langsung iaitu melalui Pakistan dan Arab Saudi.

Apabila Washington meminta Taliban menyerahkan Osama, Kabul enggan berbuat demikian. Justeru Bush menjadikan Taliban musuh AS. Serangan ke atasnya pun dilancarkan Afghanistan menjadi musuh AS hinggalah ia dikuasai.

Sementara Iraq di bawah Saddam pula tidak ada kaitan dengan Al-Qaeda. Tetapi Saddam adalah musuh AS. Lebih tepat lagi musuh Bush dan keluarganya.

AS melancarkan serangan ke atas Iraq. Kalau serangan terhadap Afghanistan mendapat sokongan dunia, keadaan ini tidak berlaku terhadap Iraq. Bagaimanapun, Bush mendapat sokongan dari beberapa negara dunia termasuk Sepanyol dan Britain.

Maka dengan peperangan ini, Iraq telah mewujudkan kaitannya dengan Al-Qaeda. Ini kerana Bush menegaskan bahawa Iraq merupakan sebahagian daripada peperangannya terhadap keganasan dan Al-Qaeda.

Justeru, selepas Saddam tumbang, pejuang-pejuang Al-Qaeda tertumpu ke Iraq untuk berperang secara berdepan dengan AS.

Perang di Iraq juga membuka ruang bagi Al-Qaeda untuk menjadikan Britain dan Sepanyol sebagai sasarannya. Maka itulah juga yang berlaku.

Kini semuanya telah terheret: Afghanistan, Iraq, Britain dan Sepanyol.

Malah bukan itu saja, keseluruhan dunia terlibat. Di satu pihak, AS mengehendaki supaya semua manusia dan semua negara yang didiami bersama dengannya menentang keganasan - maksudnya ialah Al-Qaeda.

Ini kerana Al-Qaeda beroperasi secara transnasional dan global. Justeru, setiap negara mesti bekerjasama menentang ancaman ini.

Hasilnya, semua negara bersetuju. Tidak ada satu pun negara di dunia yang menentang seruan AS ini. Mereka mungkin menentang serangan AS ke atas Afghanistan dan Iraq, tetapi tidak ada mana-mana kerajaan yang menyokong keganasan.

Malah ada negara yang mengambil kesempatan untuk mentafsir keganasan bukan kepada Al-Qaeda semata-mata tetapi kumpulan-kumpulan militan yang menentang mereka. Umpamanya Israel menganggap Hamas, Jihad Islam dan Hizbullah sebagai pengganas. Rusia mahu pemisah Chechnya sebagai pengganas. Begitu juga China mahu AS dan dunia menganggap pemisah Xinjiang sebagai pengganas. Filipina dan Thailand juga mahu pemisah di bahagian selatan negara mereka dianggap sebagai pengganas juga.

Tidak semua, kata AS. Washington menerima Hamas, Jihad Islam dan Hizbullah sebagai pengganas. Tetapi bukan pemisah Chechnya dianggap pejuang kemerdekaan walaupun mereka juga melancarkan serangan berani mati dan menjadikan orang awam sebagai sasaran.

Hakikatnya, AS hanya mahu dunia menganggap Al-Qaeda ataupun mana-mana kumpulan yang ada kaitan dengan Al-Qaeda sebagai pengganas.

Bagi umat Islam di seluruh dunia, kegiatan Al-Qaeda ini bukan saja mencemarkan agama dan penganutnya tetapi juga menyusahkan kehidupan seharian mereka khususnya dalam aktiviti ketika berhubung dengan negara-negara Barat. Bagi mereka yang tinggal di negara-negara Barat, ketakutan terhadap keganasan bertambah berat dengan masalah Islamofobia.

Gejala Islamofobia sudah wujud sebelum peristiwa 11 September. Tetapi selepas peristiwa itu, ia menjadi suatu ciri di negara-negara Barat.

Bagaimanapun, pengulas di Britain umpamanya menyifatkan bahawa konsep Islamofobia ini hanya diada-adakan oleh orang Islam. Apa yang wujud hanyalah paranoia yang dapat difahami dan diterima. Tetapi Islamofobia atau Islamparanoia mendatangkan hasil yang serupa. Ia menyusahkan kehidupan seharian umat Islam di negara-negara Barat.

Ketika turut marah kepada Al-Qaeda, umat Islam sedunia juga menambah kebencian mereka terhadap AS. Washington dilihat sebagai angkuh dan hipokrit. Di sebalik laungan demokrasi, AS telah melakukan perbuatan yang tidak mencerminkan keadilan. Daripada menahan beribu-ribu orang yang dianggap sebagai pengganas tanpa perbicaraan di kem Guantanamo hinggalah perlakuan sumbang mereka terhadap tahanan di Abu Gharib di Iraq.

Banyak negara terutama di kalangan umat Islam menyatakan bahawa punca masalah keganasan ini ialah sokongan AS terhadap Israel. Selagi masalah Palestin tidak diselesaikan, maka keganasan Al-Qaeda akan wujud dengan memperoleh rekrut baru bagi perjuangan mereka.

AS tidak menerima pendapat ini. Katanya, keganasan muncul kerana negara-negara Islam tidak mengamalkan demokrasi dan nilai-nilai moden Barat. Jadi AS telah meletakkan agenda pendemokrasian sebagai cara melawan Al-Qaeda. Selain dari Afghanistan dan Iraq yang dipaksa untuk mengamalkan demokrasi, AS memberi tekanan kepada semua negara Islam, khususnya Arab supaya berubah.

Namun begitu, AS cuba juga berpakat dengan Israel mencari jalan supaya perubahan dapat diwujudkan di Palestin bagi mengurangkan kemarahan umat Islam. Hasilnya, pengunduran tentera Israel dari Gaza, tetapi pada waktu yang sama mendirikan tembok memisahkan rakyat Palestin dari tanah-tanah milik mereka.

Yasser Arafat sudah meninggal dan penggantinya, Mahmoud Abbas sedia berunding. Hasilnya, umat Islam masih marah pada Israel dan AS yang disifatkan oleh mereka sebagai penipu, penceroboh dan musuh Islam.

Setelah empat tahun peristiwa 11 September dengan berlakunya pengeboman terbaru di London, muncul satu pandangan di Barat bahawa masalah keganasan Al-Qaeda ini bukan bersifat politik atau ekonomi, tetapi adalah masalah budaya atau agama.

Islam dilihat sebagai punca keganasan. Pandangan ini banyak dipegang oleh fundamentalis Kristian dan neo-konservatif di AS, serta neo-orientalis di Britain, Perancis dan Itali.

Mereka menganggap ideologi Al-Qaeda membenci tamadun Barat. Mereka akan hanya berpuas hati jika tamadun Barat terkubur. Jadi salah satu mesti dikalahkan. Tetapi adakah ideologi Al-Qaeda ini boleh dipisahkan daripada Islam? Maka terdapat penganalisis Barat yang melihat bahawa teras ideologi Al-Qaeda adalah Islam. Justeru, agama Islam mesti direformasikan untuk dibenarkan hidup dalam kerangka tamadun Barat.

Umat Islam menolak reformasi kerana ia tidak relevan. Apa yang berlaku ialah menilai kembali pendekatan supaya Islam sebenar iaitu yang bersih daripada keganasan dapat ditimbulkan. Maka suasana pascafundamentalisme timbul di seluruh dunia Islam. Daripada polisi baru Parti Keadilan dan Pembangunan (AK) di Turki hinggalah gagasan Islam Hadhari di Malaysia adalah kesemuanya merupakan sebahagian daripada usaha ini.

Pandangan terbaru pula menyebut bahawa tamadun Barat dan tamadun Islam mempunyai teras serupa dan boleh hidup bersama. Tetapi ideologi Al-Qaeda bercanggah dengan Islam, begitu juga dengan ideologi AS yang turut bertentangan dengan tamadun Barat.

Kedua-dua ideologi Al-Qaeda dan AS berada di luar kerangka tamadun, baik tamadun Barat mahupun Islam.

Mingguan Malaysia, 11 Sept 2005

Saturday, September 10, 2005

MENUMPANG BANGGA MELAYU BERJAYA

MukadimahKETIKA isu permit import (AP) hangat diperkatakan, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Rafidah Aziz, sering kali cuba mengelak daripada bertemu media. Bagi beliau isu tersebut tidak perlu lagi dibangkitkan. Tetapi sewaktu sambutan Hari Kemerdekaan ke-48 baru-baru ini, Rafidah, tiba-tiba sekali lagi menarik perhatian media.
Beliau dilihat menangis sambil mendakap bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Tafsiran ramai mengatakan Rafidah meminta maaf di atas `keterlanjuran' kata-katanya kepada bekas bosnya itu, berhubung isu AP tersebut.
Keesokannya, hampir semua akhbar memetik kata-kata beliau menafikan pertemuan tersebut berkaitan soal meminta maaf.
Wartawan MARHAINI KAMARUDDIN, NOOR AZAM SHAIRI dan SITI MARIAM MD. ZAIN cuba mendapatkan gambaran yang lebih jelas daripada menteri itu.
Namun, dalam pertemuan yang berlangsung selama dua jam di pejabatnya, Rafidah sekali lagi menegaskan tidak mahu rahsia pertemuan singkat penuh emosi antaranya dengan Dr. Mahathir didedahkan.
Sebaliknya, beliau hanya membenarkan soalan-soalan yang berkaitan dengan peranan serta tugas beliau dan kementerian yang diterajuinya sahaja dibangkitkan.
UTUSAN: Ada analisis baru-baru ini menghujahkan kita harus mencari satu industri baru untuk memantapkan ekonomi negara.
RAFIDAH: Saya tidak setuju. Bukan cari industri baru kerana kita telah ada kekuatan dalam beberapa sektor industri seperti elektrik, elektronik, asas sumber termasuk petroleum. Semua ini sudah sedia ada, maka kita harus bina terus di atas landasan ini tetapi dalam aktiviti yang berteknologi tinggi, modal yang intensif serta kemahiran dengan nilai tambah tinggi.
Dari segi aktiviti ke sektor baru telah pun kita kenal pasti. Satu daripadanya apa yang dipanggil dalam bahasa antarabangsa adalah bioteknologi.
Dalam teknologi baru - nanoteknologi pun kita telah ada kemahiran.
Misalnya baru-baru ini ada pengilang-pengilang bumiputera, berjaya mengeluarkan komponen-komponen halus ini. Tetapi lagi kecil komponen itu, lagi tidak boleh ada kecacatan, cacat sifar, komponen untuk dimasukkan dalam kamera dan dieksport ke Jerman. Dan ada pula yang lain dieksport ke Jepun.
Maknanya kemahiran kita dalam bidang ini sudah begitu tinggi. Jadi kalau pergi ke nanoteknologi yang menggunakan pendekatan komponen-komponen kecil seperti ini, kita boleh buat sekarang. Tidak perlu cari industri baru cuma bina landasan yang ada.
Kerana elektronik ini sendiri pun telah bercabang dengan benda-benda baru. Kejuruteraan begitu juga. Lebih daripada tiga perempat daripada import kita ialah barangan pertengahan atau perantaraan, termasuk barangan modal, 80 peratus. Ini kita import kerana tidak dibuat di sini. Cuba fikirkan kalau rakyat kita boleh buat semua ini.
Di manakah kedudukan usahawan bumiputera dalam industri ini sekarang?
RAFIDAH: Saya rasa, peluang untuk bumiputera sekarang ini lebih cerah daripada 10 tahun lalu. Kerana 10 tahun dulu, kita sebut elektronik, kita ingat orang asing. Hari ini peluang sama rata terbuka kerana keupayaan pendidikan yang telah terbuka kepada semua. Jadi usahawan-usahawan muda bumiputera ini sekarang berupaya memilih industri berteknologi tinggi kerana mereka jurutera elektronik. Kalau dibantu dengan modal, sokongan-sokongan kerajaan, boleh dia menerokai benda-benda baru - bioteknologi ini.
Macam automotif, hendak masuk bidang automotif dari segi membuat kereta mungkin tidak ramai yang boleh buat. Tetapi membuat komponen kereta, kita pasti boleh. Tidak usah buat kereta, tetapi elektronik (memadai) kerana kereta tidak boleh berjalan kalau tidak ada komponen elektro-nik. Tidak payah buat kapal terbang. Malaysia tidak boleh bersaing dalam mana-mana industri yang telah ada `pemain dunia', seperti kapal terbang, automotif dan perkapalan. Tetapi kita boleh cari `niche' kita dalam rangkaian pembekalan iaitu komponen dan parts manufacturing.
Tidak ada keperluan untuk industri baru?
RAFIDAH: Tidak, sebaliknya kita sedang mengenal pasti sub sektor baru, bukan industri baru. Macam penyelidikan vaksin. Vaksin ini industri lama tetapi kita cuba mencari vaksin baru. Kalau dulu kita buat vaksin untuk ayam dan penyakit-penyakit biasa, sekarang mungkin kita perlu terokai vaksin selesema burung atau SARS, kerana ini belum ada lagi. Kalau ada, kita boleh jual.
Datuk Seri bercakap tentang sikap usahawan bumiputera. Dalam situasi sekarang, adakah kemampuan mereka meyakinkan?
RAFIDAH: Bagi saya generasi baru ini, generasi berumur 35 tahun dan 40-an nampak mereka sedar yang mereka bukan sahaja mesti mengoptimumkan peluang yang kerajaan beri tetapi juga komitmen mereka. Saya gembira kerana ramai di kalangan mereka berjaya, tetapi tidak pernah tunjuk profil tinggi. Saya sendiri pergi rasmi kilang mereka, jadi saya tahu. Mereka begitu kerana sentiasa sibuk (dengan kerja). Mereka tidak ada masa untuk berkonvensyen. Jadi kita jarang malah tidak pernah dengar tentang mereka dan apa yang mereka buat.
Bukankah usahawan bumiputera, Melayu begini harus ke depan supaya dapat menjadi penggalak kepada generasi pelapis?
RAFIDAH: Saya ada bertanya juga. Mereka kata nanti dululah. Bila sudah betul-betul kukuh baru boleh ketengahkan. Mereka anggap diri mereka belum lagi kukuh, elok juga begitu. Nanti kalau sudah popular sangat, tinggal pula kerja-kerja yang penting. Kita manusia. Lebih baik begitu.
Lama-kelamaan mereka akan ketengah juga kerana kerajaan sentiasa meneliti anak-anak muda Melayu yang berkemampuan untuk diberi peluang dan sebagainya.
Perasaan `low profile' ini, adakah kerana mereka sendiri merasakan kurang yakin dengan kemampuan yang ada?
RAFIDAH: Bukan, mereka perlu kukuh (terlebih dahulu) kerana persaingan terlalu sengit. Kalau pulangan setakat RM2 juta itu belum lagi (kukuh). Sampai tahap puluhan juta, barulah bersedia. Penanda aras mesti mengikut tahap antarabangsa. Kalau kita bawa mereka ke luar negara, tidak jadi masalah. Kalau kontrak RM6 juta atau RM5 juta, masa itu juga boleh tandatangan.
Pada Perhimpunan Agung UMNO lalu, kita masih berbincang tentang sasaran Dasar Ekonomi Baru (DEB) kemudian diberi nafas baru sebagai Dasar Agenda Baru (ANB) terhadap penguasaan ekonomi 30 peratus. Tidakkah perlu kita meletakkan sasaran ini di tahap internasional?
RAFIDAH: Pertamanya bila sebut DEB, pada pendapat saya, apa juga nama dasar itu, tidak menjadi masalah. Itu semua semantik. Yang mustahak ialah kita di Malaysia, ingat akan dua perkara.
Pertama, kerajaan belum selesai kerja membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum.
Kedua, kerajaan belum lagi selesai menjalankan proses menyusun semula masyarakat tanpa mengira kaum untuk mengecilkan jurang ketidaksamaan (ekonomi) dan dalam konteks itu belum selesai mencapai kuota 30 peratus bumiputera.
Itu kita kena ingat. Tidak payah panggil (tukar) apa juga nama. Kalau kita dipesongkan pemikiran dengan semantik - nama apa yang hendak dipanggil, maka kita tidak akan nampak subjek sebenar.
Jangan lupa serampang dua mata asal DEB masih belum selesai. Bukan belum berjaya, tetapi belum selesai. Sepatutnya saya agak telah selesai tetapi kita mengalami kemerosotan ekonomi, masa-lah minyak dunia tahun 80-an, ini menjejaskan pencapaian kita. Bagi saya, sekarang kita perlu berusaha lebih giat bagi mencapai matlamat serampang dua mata. Dan dalam konteks itu memberi peluang 30 peratus penguasaan bumiputera dalam perdagangan. Bukan ekuiti sahaja, tetapi dalam semua aspek - rumah kedai, milik harta. Itu maksud kita.
Bolehkah itu (tanda aras) dicapai kalau kita sentiasa beringat bahawa persaingan sebenar adalah di peringkat antarabangsa?
RAFIDAH: Sebenarnya pelbagai tanda aras kita gunakan. Kalau kita bertanding di pasaran global, kita memang tidak boleh lari dari tanda aras global. Tetapi kalau terlibat dalam pasaran yang lebih kecil, maka tanda aras kita adalah kepada pasaran itu. Maknanya, tanda aras kita mengikut keadaan.
Ungku Aziz sebelum ini ada menyebut dalam usaha kita mencapai matlamat DEB, sasaran 30 peratus itu sebenarnya tidak penting. Alasan beliau kerana kadar kemiskinan di kampung-kampung masih ketara dan harus diselesaikan dulu.
RAFIDAH: Itu yang saya sebut tentang serampang dua mata, kena dicapai kedua-duanya sekali. Yang kemiskinan itu tidak pernah dilupakan. Tetapi yang menyusun semula masyarakat itu harus berjalan juga.
Sesetengah orang mungkin sedar bahawa inilah sebenarnya (serampang dua mata). Tetapi hari ini apabila kita bercakap tentang DEB atau apa sahaja nama pun, orang akan tetap ingat tentang 30 peratus?
RAFIDAH: Kerana ia telah diletakkan sebagai sasaran dalam tahun 1970, maka kita ambil itu sebagai asas. Jangan lupa kalau kita terlampau taksub dengan 30 peratus, semuanya kita akan hitung 30 peratus tanpa melihat kualiti peratusan itu.
Bagi saya, lebih baik kita ada 20 peratus usahawan bumiputera dalam mana-mana sektor, kalau semua usahawan ini adalah tulen, mampu membawa keuntungan, berwibawa dan boleh dibawa ke tengah daripada 30 peratus usahawan yang mana sebahagian daripadanya menjual perniagaannya, ali baba, hidup segan mati tidak mahu dan hutang bank tidak bayar.
Bagi saya kualiti itu lebih penting daripada kuantiti. Telah sampai masanya kita menekankan kepada kualiti. Tahun 1970, belum masanya kita bercerita tentang kualiti kerana yang penting adalah kuantiti. Tetapi sekarang ini sudah 35 tahun, tidak boleh bercerita tentang bilangan lagi, kena tumpu pada kualiti, apa juga, kena bermutu.
Datuk Seri menyentuh soal sikap usahawan Melayu dulu yang ali baba, hutang tak bayar dan sebagainya. Apakah masalah utama yang dihadapi oleh mereka sekarang?
RAFIDAH: Masalah ini semakin kurang. Kita tahu kadang-kadang usahawan-usahawan bumiputera dan bukan bumiputera, ia dipengaruhi oleh faktor luaran. Tahun 1997, krisis kewangan - yang bagus pun, tanpa pilih kasih, semuanya turut terjejas. Bezanya cuma jejas banyak atau sedikit. Tetapi kalau keadaan okey, maka hanya usahawan yang benar-benar bersifat keusahawanan, maknanya yang faham cara berniaga, benar-benar tahu soal perbelanjaan, orang ini yang akan terus maju.
Apa cabaran usahawan Melayu hari ini?
RAFIDAH: Cabaran usahawan Melayu sekarang ialah mereka bukan sebagai usahawan Melayu tetapi sebagai usahawan. Kerana dalam dunia perniagaan, bukan kenal Melayu atau bukan Melayu lagi.
Dulu-dulu kita bagi banyak peluang, tetapi oleh kerana sekarang ini sudah ramai usahawan Melayu yang berjaya, orang sudah boleh pilih. Bukan sahaja memilih antara Melayu dan Cina atau India, tetapi sesama Melayu itu sendiri.
Dulu kita ada dua usahawan Melayu, lapan usahawan Cina, hari ini kita ada 10 usahawan Cina dan 10 usahawan Melayu. Maka, kita boleh pilih antara 10 orang ini. Bukan soal kaum lagi sekarang kerana telah banyak usahawan Melayu yang bagus.
Jadi kalau masih merungut mengenai kedudukan mereka sebagai bumiputera, rasa saya, eloklah tukar sikap itu kerana ramai yang tidak merungut lagi sekarang. Ada yang saya rasa megah bawa mereka ke tengah.
Secara umum, apakah ciri-ciri yang Datuk Seri nampak ada pada usahawan-usahawan Melayu hari ini?
RAFIDAH: Yang sudah melampaui batas domestik, mereka ingin belajar. Bila ke luar negara, mereka serius kerana bukan senang untuk berjumpa atau berniaga dengan orang Amerika dan sebagainya. Kita kena yakinkan orang (asing) ini. Jadi mereka telah mula faham kehendak-kehendak pasaran yang jauh lebih besar daripada pasaran tempatan.
Saya gembira melihat perkembangan ini. Tetapi macam pernah saya cakap, kadang-kadang kita tidak tonjolkan kejayaan orang Melayu ini, kita masih tumpu kepada yang belum berjaya. Saya fikir, sudah sampai masa kita tonjolkan mereka. Supaya kita tahu bahawa ada orang Melayu yang boleh buat. Saya sendiri tumpang bangga melihat kejayaan orang Melayu.
Maksud Datuk Seri kita perlu menukar pendekatan dengan lebih menekankan soal keyakinan di kalangan orang Melayu?
RAFIDAH: Tidak, sambil kita mengupas apa yang belum kita capai ini, kita mesti seimbangkan pula dengan menekankan kepada yang berjaya - role-model yang sedia ada ini. Tetapi kita kadang-kadang terbawa-bawa dengan mengupas yang belum dicapai, yang ada ini kita lupa. Bagi saya, saya lebih suka melihat dari sudut positif. Yang belum capai kita usaha juga, tetapi yang telah berjaya ini, jangan kita menidakkannya.
Apa kesannya jika kita terlalu menumpukan kepada golongan yang tidak berjaya?
RAFIDAH: Kalau tumpu kepada yang tidak berjaya - kelemahan; matlamat belum tercapai; kita lupa bahawa sebenarnya ada yang telah kita capai, yang harus juga kita banggakan. Tidaklah bermakna kita uar-uarkan untuk berbangga sehingga lupa diri, tidak. Maksud saya sekarang kita nampak begitu sahaja, kita kupas apa yang tidak betul.
Saya bercakap dengan usahawan Melayu, mereka tanya, mengapa fokus yang tidak berjaya sahaja, sedangkan dia usahawan berjaya dan ramai kawan-kawannya yang lain pun berjaya. Saya kata, betul juga. Jangan bandingkan mereka dengan kontraktor kelas F. Hakikatnya, sekarang lebih ramai kontraktor kelas F daripada projek. Kalau itu kita bincang, sampai kiamatlah. Golongan ini yang menunjukkan seolah-olah usahawan Melayu tidak berjaya.
Dengan apa yang berlaku, Datuk Seri gembira dengan kehidupan ini?
RAFIDAH: Saya adalah orang yang sangat gembira dengan kehidupan saya.
Bagaimana Datuk Seri urus diri'?
RAFIDAH: Saya sudah kata, hidup saya memang begini (gembira). Saya balik (rumah), seronok, saya tidak pergi sosial, hendak `kacau-kacau' kepala. Saya buat apa yang saya suka buat. Yang tidak suka buat, saya tidak buat.
Semasa kerja, saya tumpu 100 peratus pada kerja. Di rumah, keluarga saya yang utama. Orang hendak kata (apa pun tentang saya), itu mulut mereka.
Tidak cukup tulis Melayu, tulis Cina, tulis Tamil, tulislah. Itu cara hidup saya, attitud saya. Kalau saya benar, saya benar. Itu sebab saya letak al-Quran di sini (atas meja), supaya jangan orang datang mengada-ada fitnah itu, fitnah ini. Kalau tidak ceritakan soal orang, fikiran saya lapang.

Apa yang Datuk Seri fikirkan apabila orang membincangkan tentang kerjaya politik, tentang kedudukan Datuk Seri?
RAFIDAH: Saya langsung tidak ambil kisah. Itu masalah mereka, ini negara demokrasi. Mereka mungkin banyak masa terluang, tidak ada kerja lain. Saya tidak ada masa untuk bercakap hal orang lain. Lebih baik saya bercakap tentang cucu saya, apa yang perlu saya buat, keluarga. Nasihat saya, kalau kita ada banyak masa yang terluang, pergilah cari skill baru. Jangan jaga tepi kain orang, sampai bila nak begini.
Dengan pelbagai isu yang timbul, Datuk Seri masih boleh tidur lena?
RAFIDAH: Alhamdulillah. Saya tidak terganggu dengan semua itu. Malah saya masih pergi bercuti dan sebagainya.

Utusan Malaysia, 10 September 2005

PKM BUKAN PEJUANG KEMERDEKAAN

Oleh Dr Alias Mohamed

KEMERDEKAAN Tanah Melayu tidak pernah diperjuangkan oleh Parti Komunis Malaya (PKM). PKM ditubuhkan pada 1927 (30 tahun sebelum negara mencapai kemerdekaan) tetapi berfungsi sebagai pertubuhan 'secret society' atau kongsi gelap dan keseluruhan anggota asalnya adalah orang Cina.

Sebelum Perang Dunia Kedua, PKM sebenarnya bergiat dalam kegiatan mewujudkan huru-hara, kekacauan dan ketidakstabilan pekerja dalam ladang getah, syarikat bijih timah dan perkapalan di Malaya.

Pada 1941 Russia diserang tentera Jerman dan Britain serta Russia menjadi rakan dalam peperangan dunia itu, PKM menukar haluan lalu menyokong tentera British untuk menentang Jepun di Tanah Melayu.

Peperangan Jepun di Tanah Melayu membolehkan PKM mencapai dua objektif. Pertama menentang musuh tradisional (Jepun) dan kedua menubuhkan Republik Komunis Tanah Melayu. Pada masa inilah, pemimpin tentera British di Malaya mendekati PKM untuk saling membantu bagi mengalahkan Jepun dengan janji bahawa selepas Jepun kalah, mereka akan meletakkan senjata.

Pada awal perang Jepun, bilangan PKM (ahli daripada Malayan People Anti-Japanese Army atau MPAJA) seramai 3,000 orang, tetapi meningkat 7,000 orang pada 1945.

Kekosongan yang wujud antara kekalahan Jepun pada Ogos 1945 dan kedatangan semula British di Tanah Melayu menyebabkan komunis (yang juga ahli MPAJA) bermaharajalela. Pemimpin mereka yang berharapan tinggi untuk menguasai Tanah Melayu selepas perang, mula menunjukkan sikap bengis dan zalim yang tidak berbeza dengan ketika Jepun memerintah.

Apabila British kembali dan menapak semula pentadbiran mereka, tentera MPAJA menyerahkan senjata. Namun, masih banyak ditinggalkan di tempat strategik dalam hutan untuk digunakan semula apabila masanya tiba kelak untuk mencetuskan pemberontakan komunis. Ketika itu komunis berjaya mendapat kepercayaan dan kelulusan British untuk menubuhkan parti komunis di Tanah Melayu.

Orang Cina dalam MPAJA yang menyertai PKM bekerja keras untuk menubuhkan Republik Komunis Tanah Melayu. Mereka nampaknya bersedia menghadapi tentangan orang Melayu jika tidak kerana Pentadbiran Tentera British (British Military Administration) yang menguasai kumpulan militan yang mengganas dan membunuh penduduk dalam masa tiga bulan selepas Jepun berundur.

Pada akhir 1945 hubungan Melayu – Cina menjadi begitu buruk sehingga orang Melayu terdesak untuk menubuhkan sebuah pertubuhan politik – Persatuan Kebangsaan Melayu Malaya atau PKMM (ditubuhkan pada November 1945), terutama untuk melindungi nyawa daripada keganasan MPAJA dan kepentingan Melayu daripada ura-ura rancangan British.

Pada Januari 1946 Kerajaan British mengisytiharkan rancangan menghapuskan hak Melayu dengan menubuhkan Malayan Union. Pada Mac 1946, Datuk Onn Jaafar menubuhkan Umno untuk menentang cadangan pentadbiran Malayan Union yang dasarnya tidak membezakan antara hak Melayu dan kepentingan orang Cina serta kaum imigran lain. Malayan Union, bahkan akan menghapuskan sama-sekali hak Melayu dan raja-raja. Di sini, bermula perjuangan orang Melayu untuk mempersiapkan diri dan berjuang menuntut hak dan memerintah sendiri Persekutuan Tanah Melayu (ditubuhkan pada 1948).

Terdahulu, raja-raja Melayu menarik balik persetujuan dan menyesali tandatangan yang diberi kepada Harold Mac Michael, wakil Kerajaan British untuk menemui sultan dan mendapatkan tandatangan mereka untuk menubuhkan Malayan Union.

Sementara itu, di Britain, rancangan Malayan Union diserang dan dikritik hebat oleh pegawai tinggi British dalam Dewan Tertinggi (House of Lords) menerusi usaha melobi anggota Dewan Rendah (House of Commons) serta menerusi surat dalam akhbar Britain yang ditulis oleh bekas pegawai tinggi Kerajaan British di Tanah Melayu.

Salah seorang daripada mereka ini ialah Sir Frank Swettenham. Beliau menentang Malayan Union kerana sistem pentadbiran ini melemahkan kedudukan dan status istimewa orang Melayu yang dilindungi sejak sebelum perang lagi. Dalam pada itu pun, tiada kumpulan tertentu di Tanah Melayu yang menyokong Malayan Union secara terbuka, sungguhpun ramai orang Cina tidak menolak sistem pentadbiran baru itu.

Victor Purcell, penasihat dan penyokong kaum Cina pada masa itu (yang tidak disukai oleh Tunku Abdul Rahman) menulis dalam bukunya The Chinese in Southeast Asia, bahawa di kalangan orang Cina wujud sikap yang tidak mengendahkan Malayan Union. Malayan Union akhirnya digagalkan. Tetapi, orang Melayu belum lagi selamat sepenuhnya daripada pelbagai ancaman terhadap masa depan mereka. Beberapa bulan selepas penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pelbagai kekacauan berlaku.

Pada 1948, parti politik diharamkan dan PKMM, yang tidak puas hati dengan terma kerakyatan tidak lagi dapat berfungsi. Komunis (PKM) yang menentang melancarkan keganasan dari tempat persembunyian mereka dalam hutan. Pada Februari 1948, satu persidangan komunis antarabangsa berlangsung di Kolkatta, India dianjurkan oleh Komunis Asia dan Australia. Selepas itu beberapa kekacauan berlaku di India, Myanmar dan Indonesia.

Di Tanah Melayu, 'watak Melayu' dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 mungkin menjelaskan mengapa semua anggota PKM adalah orang Cina. Tetapi, orang Cina yang menjadi anggota Kuomintang (KMT) menghadapi nasib sama seperti orang Melayu.

Pada Februari 1949, MCA ditubuhkan untuk menyuarakan kepentingan kaum mereka di pekan dan bandar. Kemunculan MCA ditentang oleh PKM. Ramai ahli MCA menjadi mangsa keganasan komunis.

Tertekan antara ancaman komunis dan desakan untuk memain peranan dalam negara yang bakal merdeka, MCA bergabung dengan Umno. Tetapi, dalam Umno sendiri berlaku ketegangan dan perpecahan yang berkait dengan penyertaan orang Cina dalam Independence of Malaya Party (IMP). Pada masa itu ahli sesebuah parti boleh menjadi ahli parti lain. Akibatnya Datuk Onn diganti oleh Tunku Abdul Rahman.

Ketika Umno dipimpin oleh Tunku, proses untuk mencapai kemerdekaan berjalan lancar. Perkembangan ini dipercepatkan oleh penubuhan Umno-MCA yang menang pilihan raya majlis tempatan pada 1951. Nampaknya, orang Cina tertarik kepada IMP yang ditubuhkan oleh Datuk Onn selepas keluar Umno.

MCA hampir pecah kerananya. Penyokong MCA yang berpendidikan sekolah Cina anehnya menyokong Umno, sedangkan berpendidikan Inggeris menentang Umno. Malah, mereka ini menyokong IMP. Pemimpin MCA sendiri, Tan Cheng Lock, yang berpendidikan Inggeris berada dalam dilema, sedangkan beliau bersahabat baik dengan Datuk Onn.

Titik tolak sebenar ke arah kemerdekaan Malaya ialah kemenangan Umno-MCA dalam pilihan raya kerajaan tempatan 1951. British sedang memerhati dari jauh. Malah sebelumnya, British sedia menerima IMP yang membuka partinya kepada orang Cina untuk memulakan rundingan kemerdekaan. Tetapi, IMP 'dilitar-pintaskan' oleh kemenangan Umno-MCA. Inilah titik-tolak sebenar dalam sejarah kemerdekaan Tanah Melayu yang mendorong Tunku untuk mengorak langkah merundingkan kemerdekaan dengan British selepas peristiwa kemenangan itu.

Dengan kejayaan perikatan Umno-MCA dalam pilihan raya Majlis Tempatan Kuala Lumpur pada 1951 dengan IMP memenangi hanya dua kerusi, maka Umno membuka langkah memulakan tuntutan untuk menubuhkan kerajaan sendiri dan untuk merdeka. Pada 5 April 1953, Umno Melaka mendesak diadakan pilihan raya persekutuan pada tahun berikutnya. Mereka mengancam Kerajaan British untuk menarik diri bersama anggota MCA daripada Majlis Perundangan Persekutuan. Malah, jeritan Merdeka! mula kedengaran di mesyuarat Umno Melaka itu.

Pada 15 Oktober 1954 di mesyuarat tahunannya, Pemuda Umno Melaka meluluskan resolusi yang meminta kerajaan supaya kemerdekaan diberi secepat mungkin. Tindakan Pemuda Umno Melaka ini sebenarnya atas galakan Tunku sendiri supaya mengambil sikap ekstrem terhadap British. Manakala Umno induk lebih berdiplomasi. Inilah cara sebenar Tunku merundingkan isu kemerdekaan dengan British dan MCA kemudian.

Pada 21 April 1954, Tunku ke London untuk menemui Setiausaha Tanah-Tanah Jajahan British, Oliver Lyttleton. Rundingan yang kurang memuaskan sekitar butiran mengenai keanggotaan Majlis Perundangan Persekutuan sepanjang 1954 mendorong Umno-MCA (iaitu Perikatan) untuk melancarkan boikot dalam Majlis Perundangan. Akhirnya, British bersetuju mengadakan pilihan raya Tanah Melayu pertama pada 27 Julai 1955.

Selepas mendapat kepercayaan British untuk meneruskan rundingan kemerdekaan, Tunku mengumpul sokongan Umno kepada sultan. Pada 15 September 1955, mesyuarat Raja-Raja Melayu memberi restu kepada Tunku untuk berunding dengan British. Malah, pada awal 1956, Raja-Raja Melayu memberi petunjuk bahawa mereka bersedia bekerjasama dengan Tunku dan Perikatan.

Pada saat kemerdekaan hampir tercapai, Tunku menemui hampir semua pihak, kecuali komunis (PKM). Pada 1955, apabila Tunku menyatakan hasratnya untuk menemui Chin Peng di Baling, Kedah, British tidak bersetuju.

Laporan perisik dan tentera British menjelaskan PKM sudah kalah dan tidak perlu Tunku mengadakan lagi rundingan politik dengan komunis. Di satu mesyuarat dengan Tunku, British mendesak beliau supaya tidak mengiktiraf PKM. Kepada British, pihak komunis hanya menukar taktik daripada keganasan ketenteraan kepada bersifat politik.

Kegagalan Rundingan Baling menyebabkan kerajaan pimpinan Tunku selepas merdeka mendokong dasar antikomunis. Walaupun Chin Peng mengirim sepucuk surat kepada Tunku pada 10 Oktober 1957 (hampir dua tahun selepas Rundingan Baling) untuk berunding semula, Tunku tidak mengendahkannya lagi.

Setahun lapan bulan kemudian selepas Rundingan Baling, Tunku dengan bangganya mengisytiharkan Tanah Melayu merdeka pada 31 Ogos 1957.

Berita Harian, 9 September 2005

Friday, September 09, 2005

ICT PANDU MASYARAKAT INOVASI

Terjemahan ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika merasmikan Mesyuarat Panel Penasihat Antarabangsa Koridor Raya Multimedia (IAP-MSC) Ke-9 di Pulau Pinang pada 8 September 2005.

KITA merasa bertuah dan amat mengalu-alukan kedatangan Tun Dr. Mahathir Mohamad ke mesyuarat ini sebagai ahli Emeritus IAP.

Koridor Raya Multimedia (MSC) bukan sahaja merupakan gagasan idea beliau tetapi Dr. Mahathir juga menjadi penggerak di belakang setiap kejayaannya.

Di sini, saya juga ingin mengambil peluang untuk mengalu-alukan ahli baru IAP, Greg Lang dari IDT dan Thorsten Heins dari Siemens.

Saya amat berharap mereka boleh memberikan idea dan perspektif baru supaya kelak kita terus berupaya membina kejayaan dalam MSC.

Ini merupakan mesyuarat IAP pertama diadakan di luar Lembah Klang, yang menjadi kawasan MSC asal. Kali ini ia dilaksanakan di bandar raya siber MSC Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Sejak 30 tahun lepas, Pulau Pinang telah memperlihatkan perubahan memberangsangkan khususnya dalam bidang teknologi dan industri.

Dengan strategi khusus untuk memperluaskan industri, Pulau Pinang, yang sebelum ini menjadi pusat insentif buruh, proses pengeluaran berteknologi rendah, bertukar menjadi pusat berkemahiran tinggi, intensif modal dan proses berteknologi tinggi.

Sebahagian besar syarikat dalam teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta industri elektronik telah memilih untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai pusat pentadbiran dan hab pengeluaran mereka.

Malahan, Pulau Pinang juga bertukar daripada jolokan `Pulau Mutiara' menjadi `Pulau Silikon Timur.

Memandangkan Bayan Lepas kini ditauliahkan menjadi bandar raya siber Malaysia yang pertama, saya yakin negeri Pulau Pinang akan berupaya menggamit lebih ramai pelabur sama ada tempatan dan asing untuk ke sini dan melabur.

Tema bagi mesyuarat tahun ini ialah `ICT-Memandu Masyarakat Berinovasi'. Tema ini amat bersesuaian sekali dan tepat pada masanya lebih-lebih lagi ketika Malaysia mempersiapkan diri untuk memasuki peringkat kedua Wawasan 2020.

Sebagai sebuah negara membangun, kita sedar bahawa inovasi merupakan elemen penting dalam kemakmuran ekonomi.

Malahan, negara-negara terkaya di dalam dunia ini adalah negara yang paling inovatif.

Dengan itu, Malaysia memandang ke hadapan untuk membangunkan sebuah masyarakat yang inovatif, kreatif, berteraskan pengetahuan tinggi dan penuh pengalaman.

Kita berhasrat untuk menambah asas kepada modal insan dan selanjutnya menambah nilai-nilai kepada asas tersebut. Seterusnya, kita mahu membangun dan memperkayakan rakyat sekali gus memberi peluang kepada mereka bersaing dengan kumpulan terbaik di dunia ini.

Saya berharap perbincangan dalam pertemuan selama dua hari nanti akan memberikan panduan dan menunjukkan cara bagaimana Malaysia supaya jangan ketinggalan dalam ICT demi mempertingkatkan keupayaan inovatif dan memperkukuhkan daya saing.

Sejak mula diperkenalkan sembilan tahun lalu, tidak dapat tidak, MSC cukup berjaya dalam mencatatkan pertumbuhan dalam industri ICT di Malaysia.

Sektor ICT Malaysia berkembang sebanyak 8.3 peratus tahun lalu, lebih besar berbanding jumlah keluaran dalam negara kasar (KDNK) secara keseluruhan iaitu sebanyak 7.1 peratus pada tahun 2004.

Syarikat-syarikat MSC juga berkembang maju dengan mencapai jualan melebihi AS$1.6 bilion (RM5.92 bilion) pada tahun lepas.

Laporan oleh International Data Corporation (IDC), sebuah firma kaji selidik ICT terkemuka, meramalkan bahawa perbelanjaan ICT di Malaysia yang berjumlah AS$2.5 bilion (RM9.25 bilion) pada 2003 akan berkembang pada kadar 10 peratus di antara 2003 hingga 2008. Ini meletakkan Malaysia setanding dengan pasaran ICT lain yang sedang pesat berkembang di negara-negara Asia.

Selain perkembangan yang membanggakan dalam industri ICT itu, saya dengan sukacita ingin menyatakan bahawa rakyat Malaysia turut mula membiasakan diri dengan gaya hidup digital.

Meningkat

Dalam tempoh suku pertama tahun ini, Malaysia meramalkan bahawa jumlah pengguna Internet adalah sebanyak 10.3 juta orang, manakala kadar celik Internet adalah hampir 40 peratus.

Jumlah pelanggan jalur lebar Internet di negara ini meningkat sekali ganda menjadi hampir 300,000 dengan bilangannya dijangka terus meningkat kepada 1.3 juta pelanggan pada tahun depan.

Menjelang tahun 2008, Malaysia perlu mencapai kadar celik jalur lebar sebanyak 10 peratus ekoran daripada pelaksanaan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan (NBP).

Menurut pelan itu, kemudahan jalur lebar akan diperoleh dan disediakan meskipun di kawasan bandar-bandar kecil dan daerah perkampungan menjelang tahun 2010.

Kita akan terus menumpukan matlamat dalam pendekatan kita bagi menjadikan MSC serta Malaysia lebih menarik sebagai destinasi pelaburan ICT.

Lebih daripada itu , kita akan terus membangunkan kawasan-kawasan utama dalam perkembangan ICT di mana kita sebenarnya telah pun memiliki kelebihan daya saing.

Pada masa sama, kita tidak lupa untuk membangunkan kawasan baru di mana sinergi mungkin muncul bersama industri-industri strategik lain.

Salah satu bidang di mana kita telah bina niche kukuh ialah operasi perkongsian perkhidmatan dan penyumberan luar (SSO).

Pada masa ini MSC menjadi hos kepada 48 syarikat SSO berkelas dunia, yang mewujudkan kira-kira 11,200 peluang pekerjaan.

Saya yakin bahawa syarikat-syarikat ini akan tertarik dengan kebanyakan kelebihan serta tawaran yang kita sediakan.

Sebagai contoh, dalam satu kajian yang dijalankan oleh syarikat Deloitte, Kuala Lumpur disenaraikan sebagai bandar raya paling menarik di Asia dari segi kos dan kualiti serta peneraju aktiviti penting seperti pengurusan rangkaian, khidmat pelanggan dan operasi sokongan-pejabat.

Syarikat Frost and Sullivan pula meletakkan Malaysia sebagai penggerak global dalam sektor seperti tenaga, kewangan dan perkhidmatan logistik.

Justeru, kita akan terus membangun dan memperluaskan bidang niche ini ke arah mempertingkatkan tarikan MSC sebagai lokasi utama untuk operasi SSO.

Bidang lain yang turut diberikan keutamaan untuk MSC ialah pembangunan industri kandungan kreatif.

Pada masa ini, terdapat kira-kira 100 syarikat berstatus multimedia kreatif yang telah pun mengeksport produk dan perkhidmatan mereka secara global.

Barangkali tidak banyak yang diketahui bahawa pada masa ini, syarikat kandungan utama seperti Disney, Sony, Nintendo, Gameboy, Channel `V' dan beberapa studio Bollywood telah memberi sumber kerja-kerja mereka kepada syarikat Malaysia.

Ketika kita akan terus memperluaskan eksport perkhidmatan kandungan kreatif, kita juga ingin mengundang syarikat-syarikat besar kandungan ini untuk menubuhkan operasi mereka di Malaysia selain menggembleng bakat serta kemudahan tempatan.

Saya percaya ia tepat pada masanya kerana rakyat Malaysia mula menghargai dan boleh digunakan sepenuhnya dalam kemahiran tawaran kandungan pembangunan tempatan.

Ini secara tidak langsung akan membantu industri berkenaan berkembang selain mewujudkan pembentukan kandungan tempatan dengan ciri-ciri dan warisan Malaysia sekali gus boleh `dijual' kepada pasaran global.

Dalam usaha membangunkan industri baru seperti bioteknologi, satu strategi penting sebagaimana terkandung dalam dasar bioteknologi kebangsaan ialah pembentukan satu industri bioteknologi berdaya saing menerusi bioinformatik.

Kerajaan telah menggariskan satu bentuk insentif untuk menggalakkan syarikat-syarikat menceburi bidang ini.

Dalam hal ini, saya ingin menggalakkan ahli IAP supaya meneroka peluang-peluang yang ada dalam bidang berkaitan bioteknologi.

Saya turut mahu mengalu-alukan sebarang pandangan dan buah fikiran daripada anda semua untuk diketengahkan supaya Malaysia lebih berjaya dalam mempergunakan sumber baru yang berpotensi berkembang ini.

Dalam usaha untuk memperluaskan daya saing dan tarikan MSC, kita akan terus memperkukuhkan sokongan persekitaran untuk ICT.

Sebagai contoh, tidak lama lagi kita akan memperkemaskan undang-undang jaminan MSC serta rumusan semula pakej insentif yang ditawarkan supaya MSC menjadi pilihan terbaik buat pelabur.

Kita juga akan mengambil langkah untuk merapatkan jurang dalam membekalkan pekerja tempatan yang berteraskan pengetahuan dengan menubuhkan Institut Pembangunan Bakat MSC-ICT.

Selebihnya, kita akan memperkukuhkan landskap dana dengan memastikan ia bersesuaian dan berpatutan kepada semua bentuk dan peringkat firma, walaupun beberapa perkara khusus akan turut diambil kira berhubung dengannya.

Dalam usaha memperkuatkan kedudukan MSC sebagai hab ICT global, kita akan terus berusaha mempromosikan Malaysia sebagai gerbang kemasukan kepada pasaran global serantau.

Dalam konteks ini, Malaysia sedang berusaha untuk menggunakan kekuatan dalam hubungan antarabangsa dan serantau bagi merangsang perdagangan dan kelengkapan perniagaan.

Dengan itu, syarikat beroperasi di Malaysia mempunyai akses pasaran di luar sempadan negara.

ASEAN, China, India dan negara Asia Barat adalah antara pasaran yang memiliki kuasa kuat dengan ekonominya pula sedang pesat membangun.

Justeru kita sedang mencari jalan bagaimana untuk memperluaskan pasaran bagi produk dan perkhidmatan ICT agar ia boleh diperkukuhkan di destinasi-destinasi yang disebutkan.

Meninjau

Saya gembira bahawa firma-firma berasaskan ICT yang berpotensi telah terlebih dahulu `meninjau' pasaran di China.

Beberapa syarikat Malaysia telah pun beroperasi di China selama beberapa tahun manakala sejumlah besar syarikat multinasional asing pula menggunakan Malaysia sebagai batu loncatan ke China.

Sementara itu, di Asia Barat, produk MSC diterima baik di beberapa negara anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) termasuk Arab Saudi dan Bahrain.

Dalam pada itu, semasa perbincangan nanti, saya sangat mengalu-alukan sebarang idea anda semua mengenai bagaimana Malaysia boleh memaksimumkan industri ICT di Asia Barat, ASEAN dan negara jiran termasuk China dan India.

Ini bagi membolehkan kita membangunkan MSC sebagai hab ICT yang terus signifikan.

Ketika kita giat memperkukuhkan kedudukan MSC, adalah menjadi penting juga untuk memastikan bahawa manfaat ICT itu dinikmati oleh semua lapisan masyarakat dan umur.

Akses ICT yang lebih meluas menjadikan peluang ekonomi dan perniagaan terbuka. Tetapi lebih penting daripada itu , saya percaya bahawa ICT mempunyai kuasa `luar biasa' untuk memperbaiki keadaan ekonomi dan kualiti hidup yang dinikmati rakyat.

Beberapa inisiatif ini ditonjolkan semasa pelancaran `Bulan ICT Malaysia' kelmarin seperti program e-homestay - yang menggambarkan usaha kita untuk menjadikan kerja-kerja ICT dekat kepada masyarakat.

Ini juga antara lain menjadi usaha merapatkan jurang digital di negara ini.

Untuk Malaysia terus berkembang dan mencapai Wawasan 2020 dengan berjaya, kita mesti menjadi lebih baik dan terbaik dalam proses inovasi.

Saya sentiasa mengalu-alukan sebarang perbincangan membina dan pertukaran idea ke arah memperkukuhkan MSC sekali gus menjadikan Malaysia lebih dinamik dan inovatif.

Sebagaimana biasa, saya juga akan menyambut baik dan amat menghargai buah fikiran anda semua sepanjang mesyuarat pada kali ini.

Saya percaya perjumpaan ini akan terus berlangsung dalam keadaan yang penuh terbuka, produktif dan inovatif selain menjadi landasan berguna untuk terus membangun sebagaimana mesyuarat-mesyuarat sama yang terdahulu.

Dengan kata-kata itu, saya dengan sukacita merasmikan Mesyuarat IAP-MSC Ke-9.

Utusan Malaysia, 9 September 2005

Wednesday, September 07, 2005

Chin Peng no Merdeka Hero

INTERMISSION:
By Zainul Arifin


THERE were a couple of pictures in the special supplement that came out with this newspaper on Merdeka Day. One was a group photograph of policemen, taken some time in February 1950, stationed at the Kampong Bukit Kepong police station near Muar, Johor.

The other picture, dated Feb 23, 1950, showed remnants of a burnt building. The station was burnt to the ground, and together with it, 13 policemen, six home guards, three women and a child were killed.

They were attacked in the early morning hours by 150 communist terrorists for almost five hours.

The men fought to the very end, and one of them, Ali Akob, was last seen alive charging at the bandits, presumably out of ammunition, with a parang.

A 12-year-old boy was also a witness to the brutal killing of his father.

That attack and many others like it by the Communist Party of Malaya members claimed the lives of many men and women in uniform, as well as innocent civilians. Many lives were disrupted when the CPM began waging its armed offensive from 1946 to well into the 1970s, against anyone who were against their idea of a communist state.

The CPM was led, during most of the period, by its secretary general, a man known as Chin Peng.

It is unfortunate that some people have decided to romantise history and group Chin Peng with others as among the "real fighters" for Merdeka.

The vast majority of Malaysians today are too young to remember the Emergency years (1948-1960), and the years after that, which were punctuated by assassinations, terror, mayhem, bombing, as well as public and private disruptions and inconveniences.

The CPM’s battle was not just an ideological battle of the minds, but a battle fought with bullets and paid with lives.

I know personally of two people, both my uncles, whose jobs were to put their lives on the line defending the fragility of independence against the likes of Chin Peng.

Chin Peng was as much a factor in Merdeka as the stifling tropical humidity was to the British sensibilities that resulted in them quiting the country.

If there were more important factors, it was the poor public opinion in Britain of the Government clinging to colonies especially after World War 2, as well as worldwide opposition to colonialism.

The CPM’s continued armed approach could actually have delayed independence if not for Alliance leaders assuring London that the people were united and the communists, dangerous nuisance that they were, were not speaking on behalf of every Malayan.

History has shown that in the years leading to Independence, the outlawed CPM decided to stick to its guns and not join the rest of the country in the quest of peaceful negotiations.

Its members declined the amnesty exercise that would have ended their armed struggle and paved a less bloodied path to nationhood.

At the famous Baling talks on Dec 29, 1955, two years before Merdeka, Chin Peng told the Chief Minister of the Federation of Malaya, Tengku Abdul Rahman, that the CPM would not surrender but would continue with its armed struggle.

"Surrender means humiliation. We will not accept surrender at any time; we will carry on the struggle to the last man," he was quoted by the Dec 30, 1955 issue of the Straits Times.

In trying to get the British out of Malaya, Chin Peng and CPM were doing what thousands of other Malayans were doing then. They were not unique.

There were those who chose the other path, such as voting in the first federal elections in 1955, a sure sign that democracy was favoured over communism.

Many also did it at the negotiating table through the political process, but Chin Peng, inspired and perhaps funded by communists from abroad, decided to pick up arms, and continued to do so even when the futility of his actions were laid bare — that they lacked the support of the people. They became terrorists and saboteurs.

Let us not beat around the bush. Chin Peng has nothing to do with Merdeka. In fact, Merdeka, and the nations continued independence, has been sustained in spite of people like him.

The CPM had looked at every opportunity to sabotage the very independence that we had, to inflict chaos and destabilise the nation.

There is no question that Chin Peng figures prominently in Malaysian history, but more as someone trying to subvert the infant nation at every turn.

To romanticise him and turn him into a folk hero as one of the real fighters for Merdeka is laughable if not for the fact that it is hurtful to the memory of those who died defending the country.

Chin Peng as the real fighter for Merdeka just does not fly no matter how hard one tries to sell the idea.


NST 7/9/2005

The unrest is history

EDITORIAL:

OUT of the squall that’s blown up in the past week over DAP analyst Ronnie Liu’s National Day essay on his party’s website, let Liu be quoted above all as saying: "Perhaps my way of writing and the choice of words were not polished and well-rounded as it should be [sic]." That’s it in a nutshell, sir, and let that be a lesson not just to you but to all of us. Unless we actually enjoy these nasty little spats, perhaps as some kind of healthful exercise for the national contract, we should learn to express ourselves better. That way, Liu’s central point — that Malayans of all political leanings walked the road to nationhood, not just the forebears of those at present in power — might not have been "twisted", as he says, into a grouse that Chin Peng didn’t become Prime Minister instead of Tunku Abdul Rahman.

It might seem the last thing we need is another debate on history, its meaning, and the influence of its being "written by the winners". Kept within reason, however, these exchanges keep history alive, awaken new generations to their past, and inform the present of precedents and provenances. This is vital to the sense of self, and the collective nationhood arising from it.

But it is simply wrong to say that those who stood up for Malayan nationalism have been erased from the record, regardless of their chosen paths to "Independence". Some saw logic in the "Greater Indonesia" idea; others in communism. Some were republicans, others monarchists, others socialists. Despite, or because of, their English education and civil service jobs, none of any import were the Anglophile stooges Liu’s revisionism suggests.

Until political organisations emerged to marshal these disparate impulses, however, they were united only against British rule. The Malayan communists, for all their resistance of the Japanese Occupation, were dedicated to what most of their countrymen saw as just another form of imperialism: the rule of Malaya shifting from London to Tokyo to Beijing. Hence, Umno, the MIC and the MCA were destined to be the principal political rallying points in this country, and the rest is history.

Hence, also, the demonisation of the Malayan communists in popular culture as an alien invader force rather than a homegrown "armed struggle". Chin Peng’s own memoirs (a rare and welcome instance of a loser getting to inform the record) tell a sad tale of how misguided the CPM was throughout its benighted existence: double-crossed, ideologically conflicted, shunned by most, doomed from the start. Still, there was something in their fortitude against futility; in the capacity of human beings to cling fast and forever to hopelessly lost causes. But their heroism is not celebrated, for despite the part they played in dismantling the old order, they were to play no part in building the new. And that, as with all roads less travelled, made all the difference.


A LEADER AND A GENTLEMAN

The Millennium Markers focus on people and policies thatinfluenced Malaysia's development comes to a close with NEILKHOR JIN KEONG's examination of the one man who, arguably,had the most influence on Malaysia's founding: Tunku AbdulRahman Putra Al-Haj.

IT SEEMS fitting that Malaysia's "Father of Independence'', Tunku AbdulRahman Putra Al-Haj, was born in Kedah, an old Malay state with areputation for being highly independent and fiercely autonomous.

Son of the 24th ruler of Kedah, Sultan Abdul Hamid, Tunku Abdul Rahmanwas born on Feb 8, 1903, in Alor Star. That was just six years before greatchange came to the state: in 1909, the Bangkok Treaty placed Kedah underBritish control.

The Tunku, as he came to be fondly known, had once said that despite thesepolitical developments, "they were comparatively happy days. There was nocrime to speak of, no air plane hijacks, no road accidents, no bank robbery,no violence and no kidnapping.''

In 1920, he left those idyllic days behind when he went to England to readlaw at St Catherine College in Cambridge. It was there that he began todevelop anti-colonial feelings after being refused a place in the halls ofresidence twice, he said in his column for The Star which ran from 1974 to1989.

"When I remonstrated with (one of his tutors) Rev Chaytor, he told me pointblank, 'The college was built for Englishmen. If I gave you a room to theexclusion of Englishmen they would not like it.' ''

It was also at Cambridge that the Tunku got his first taste of politics when hebecame a student leader.

After he graduated, he returned to Kedah and was appointed a districtofficer. The Tunku recounted that while he was working in Kulim, he met anIndian astrologer who told him he would be Malaya's first Prime Minister."Everybody laughed,'' reported the Tunku in his column, "including myself.''

But he had already taken the first steps towards that fate when he objectedto being treated like a second-class citizen at Cambridge simply because hewas Asian.

The following are some of the highlights in the career of a man who hasarguably had the most influence on this country.

Leading Umno

The Tunku was, of course, one of the main figures in Umno, the first politicalparty to be registered in Malaya in 1946. The party was first led by DatukOnn Jaafar but he resigned as president in 1951 when his proposal to openUmno to non-Malays was rejected. The party then turned to the Tunku forleadership.

It was a difficult time for the Tunku; he was worried about not beingaccepted by Umno members in Onn's home state, Johor, and by membersstill loyal to the former president. And Onn had set up the multi-racial PartiNegara (National Party) that looked like it would compete with Umno forMalay support. Then there was the other splinter party from Umno, thePan-Islamic Party of Malaya or PAS; it, too, was vying for Malay support.

All this on top of trying to deal with the communist threat--the Tunku testified to sleepless nights during much of his first term as Umno president.

Another problem that kept him up nights: how to finance campaigns to gethis message about independence across to the Malays in the Federation.The Tunku sold his houses in Penang to raise some funds. Chinese politicalallies, like Tun Sir H.S. Lee and Tun Omar Yoke Lin Ong, also helped withfund-raising projects and outreach programmes. Such assistance helped theTunku realise that Umno needed to work together with the other races in thecountry if independence was to become a reality.

Reaching other races

In his speech introducing Malaya's new Constitution to the FederalLegislative Council in 1956, the Tunku explained that British colonial policyhad created a multi-racial polity that was divided. Now, for the first time inthe history of Malaya, the races were united in their determination to achieveMerdeka, he said.

That unity was underlined by the forging of an alliance between Umno andMCA just before the first democratic election in Malaya, the Kuala LumpurMunicipal Election in 1952. The Umno-MCA Alliance won nine out of 12seats.

In the first national election that followed in 1955, the Umno-MCA Alliance,now called the Alliance Party and led by the Tunku, won 51 out of 52 seatson the Federal Legislative Council; the Tunku was appointed Chief Minister.

He appointed a 10-member Cabinet that began the difficult process ofnegotiating for Malayan independence, countering the communistinsurrection, setting up a transition administration and drawing up a FederalConstitution relevant to the disparate needs of the people of Malaya.

The Baling talks

After winning the national election, the Tunku met with Malayan CommunistParty leader Chin Peng in Baling, Kedah, to end the party's armedinsurrection. Chin Peng wanted the Malayan government to recognise hisparty's legitimacy as a political entity.

The talks ended in stalemate, however, and the need for independenceunder the Alliance formula of racial cooperation became even more urgent.The Tunku reiterated how important it was for Malaya to be independentthrough peaceful means and that he was determined to achieve this.

Negotiating for independence

After winning the first national election decisively in 1955, the Tunku led ateam of negotiators to London to discuss Malaya's independence with theBritish Colonial Office.

The British had confidence in the Tunku because they felt he was amoderate. That the Tunku was a prince and that he enjoyed the respect ofthe Malay and non-Malay communities was also reassuring to the British.

The visit was followed by the creation of the Reid Commission that was setup to help prepare the Malayan Constitution.

Once the Tunku returned home, he made a series of speeches in villages, atclubs, political rallies, over the radio and before the legislative assembly toprepare Malayans for independence.

He once told his audience at the Selangor Club in Kuala Lumpur that hewould speak for an hour five or six times a day to get his message across.

In these speeches the Tunku talked about national unity, Malay rights,standardising the Malay language, citizenship for all Malayans and thecontinued battle against the communists.

After much effort, in 1957 the Tunku achieved the single most important goalfor Malaya: independence.

The formation of Malaysia

Once Malaya was stable and the Emergency--declared by the British in June1948 to deal with the communist insurgency--ended in 1960, the Tunkubegan planning the expansion of the Malayan federation to include otherBritish colonies in South-East Asia. The Cobbold Commission, set up tosurvey the situation in those colonies, recommended the formation of Malaysia with the inclusion of Singapore, Sarawak and Sabah. Thesecolonies joined the federation in September 1963.

And the Tunku was hailed as Bapa, or Father of, Malaysia.

Indonesian Confrontation

Indonesian opposition to the formation of Malaysia, eventually known as the Confrontation, was first sparked off by the failed Brunei rebellion.Indonesia's flamboyant president Sukarno claimed that Malaysia was aneo-colonial state devised to stifle newly-independent South-East Asia.

There was also mounting opposition to Malaysia from Partai KomunisIndonesia.

The Philippines also opposed the inclusion of Sabah, formerly British NorthBorneo, in the Federation of Malaysia.

But the Tunku managed to successfully ward off these protests.

Expulsion of Singapore

In 1965, Singapore's outspoken leader Lee Kuan Yew, on his insistence ofa Malaysian Malaysia, sparked a controversy between Kuala Lumpur andthe island state. The outcome was the expulsion of Singapore from thefederation.

Singapore's departure was a terrible blow to the Tunku's efforts at buildingMalaysia. But at that time, Singapore's continued presence in the federationmight have destroyed the two-year-old polity.

Though the decision to expel Singapore was unpopular, the Tunku, as Leerecounted, was a gentleman who kept his word about not threateningSingapore.

Black day in May

Many first-generation Malaysian leaders saw their political careers end in theracial riots of May 13, 1969. The Tunku's Alliance party, while successful ingalvanising the nation in the first 10 years after its formation, could not copewith the mounting racial dissatisfaction in the nation. The euphoria ofindependence had exhausted its appeal.

There were economic and educational disparities particularly between theraces. Coupled with the Alliance's loss of its two-third majority inparliament, racial dissatisfaction led to riots.

Parliament was suspended and a state of Emergency declared. Tun Abdul
Razak Hussein took over as Prime Minister and the Tunku retired gracefully from the government and Umno in 1971.

Although much criticised by the Malays for having lost touch with thegrassroots, Malaysians of all races today acknowledge the Tunku's immensecontribution to the nation.

Chairman of the Malaysian Muslim Welfare Organisation (Perkim)

Though never overtly religious, the Tunku was a devout Muslim. His greatest contribution to Islam, apart from making it the religion of the federation, wasthe founding of Perkim, an organisation to help converts adjust to new livesas Muslims. The spirit of Perkim best reflects the Tunku's vision of a countrywhere race and religion are not impediments to citizens developing a sense
of unity.

The People's Father

The Tunku was never fearful of standing up for the rights of his fellowMalaysians. After the President of the Judiciary, Tun Salleh Abbas, wasfired in 1988, the Tunku wrote the foreword to Salleh's book and dealtfrankly with what he thought was the abuse of executive powers over thejudiciary.

And when Umno was de-registered in 1987, the Tunku supported TengkuRazaleigh Hamzah's Semangat 46 party, even campaigning for it.

Few would know how the Tunku felt about Malaysia in his last years. TheMalaysia of today might have grown beyond the vision of Bapa Malaysia butits heart is, hopefully, still defined by his beliefs and concerns.

Anyone who has ever met the Tunku will testify that he cared for the peopleof this country, whatever their status, race or religion. My brother met himand he will tell of the Tunku's concern for even an ordinary Malaysian. TheTunku, who was visiting the hospital my brother was in, stopped by his bedand scolded him gently for being reckless on a motorcycle.

The Tunku believed in being the "happiest Prime Minister in the world.'' Fewpoliticians exhibit such idealism and even fewer are as loved and respectedas the Tunku was because of it.


The Tunku died on Dec 6, 1990, at the age of 87.

http://www.thestar.com.my/lifestyle/story.asp?file=/2001/4/9/features/09mmark&sec=features

The Star 9.4.2001