Friday, December 24, 2004

Seimbangkan penguasaan ilmu agama - konvensional

Oleh NIK SALIDA SUHAILA NIK SALEH


Umat Islam di negara ini disaran untuk menguasai ilmu dalam pelbagai bidang dan bukan sahaja untuk mengisi keperluan sekarang, tetapi pada masa akan datang.

Sementelah pula sejarah tamadun Islam telah membuktikan bahawa segala ilmu yang diperoleh pada masa dahulu telah memberikan sumbangan besar kepada pembangunan tamadun manusia hari ini, lebih-lebih lagi dalam mengekang keganasan dan ketaksuban terhadap agama.

Masalah keganasan yang semakin buntu untuk ditangani bukanlah tanggungjawab pemimpin atau mana-mana individu yang sedar sahaja tetapi adalah inisiatif yang perlu diambil oleh dunia secara global. Bagaimanapun, punca sebenar keganasan perlu dilihat secara lebih diplomasi.

Umat Islam di dunia perlu memberikan contoh kepada semua kaum bahawa mereka boleh maju dalam semua bidang bukan sahaja politik, tetapi juga ekonomi, budaya, sosial, malah meneraju dunia ke arah corak hidup yang aman dan harmoni tanpa mengetepikan hikmah.

Mereka juga harus mendahului semua kaum dalam bidang pendidikan sebagai tanda penguasaan ilmu yang tinggi.

Hasil penguasaan ilmu, agenda Melayu dan Islam tidak akan mengambil masa yang terlalu lama untuk direalisasikan.

Antara agenda Melayu yang penting adalah revolusi mental, agar Melayu tidak konservatif, cukup dengan apa yang ada, mesti multibudaya tetapi kuat akidah dan agama dan tidak diajar menggunakan tongkat bila sudah agak tua.

Namun revolusi mental juga berperanan dalam menafikan keperluan terhadap program-program tv yang melampaui batas dan mengingkari agama dan moral. Keganasan kecil yang menarik kecenderungan anak-anak muda menerapkan apa yang ditonton boleh menyebabkan kehancuran sesebuah negara tanpa disedari.

Dalam mengejar arus kemodenan jangan abaikan ilmu dan agama kerana ia adalah pemangkin keselamatan bagi diri dan generasi akan mewarisi.

Apalah sangat wang ringgit sekiranya bangsa hancur kerana dakyah budaya songsang dan agama lenyap kerana nafsu mata dan telinga yang tidak sah di sisi syariat lantaran umat Islam kekurangan ilmu yang boleh memacu ke arah landasan yang betul.

Serangan jenayah minda dan moral pada masa ini adalah dilakukan oleh individu yang menguasai ilmu yang baik. Tetapi tanpa pegangan agama yang kuat dan kesopanan yang tinggi, manusia menjadi tidak terkawal kerana nafsu yang meruntun dilihat lebih dominan.

Dialog agama dan ilmiah banyak juga memberi saranan yang serupa. Semua cendekiawan Islam bersetuju bahawa setiap Muslim perlu menguasai ilmu. Kecanggihan teknologi dan instrumen komunikasi, sekiranya tidak dikuasai ilmunya, pasti menjadikan umat Islam terkebelakang.

Tanggungjawab sosial yang perlu ditunaikan oleh setiap individu pula bukanlah bergantung kepada kemampuan komersial semata-mata tetapi peranan yang perlu dimainkan untuk mendidik anak bangsa dalam memenuhi keperluan negara akan datang.

Di sekolah, mata pelajaran agama, perdagangan, pengajian am, sejarah, tamadun, sains, matematik, moral dan sivik diajar tanpa kompromi. Di universiti, tamadun, adab dan agama bukanlah mata pelajaran terpinggir, malah ada universiti awam yang menjadikannya mata pelajaran wajib universiti.

Sebagai contoh, konsep Islam Hadhari amat penting untuk difahami secara komprehensif dan bukan sebelah mata. Ia adalah agenda pembangunan tamadun insan, keluarga, negara dan dunia. Pembangunan tamadun ini bukan bercorak material mahupun ritual sahaja tetapi adalah gabungan kedua-duanya. Penguasaan ilmu yang cemerlang pasti menjadikan umat Islam Malaysia seimbang antara intelek konvensional dan agama.

Umat Islam di Malaysia harus membentuk diri sendiri agar pemandangan, fikiran, perbuatan dan pendengaran mereka diimbangi hadhari yang tinggi.

* NIK SALIDA SUHAILA NIK SALEH ialah Pensyarah Undang-Undang, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM).

Utusan Malaysia :: 24/12/2004

Bongkar keilmuan Barat

Oleh Ismail Hashim


Peristiwa runtuhnya dua bangunan berkembar Pusat Dagangan Dunia di New York pada 11 September 2001 akibat serangan dua buah kapal terbang awam yang diikuti dengan perisytiharan perang menentang keganasan yang menyebabkan penaklukan Amerika Syarikat (AS) ke atas Afghanistan dan Iraq seharusnya membawa pengertian penting bagi masyarakat Islam dan Dunia Ketiga.

Ia membawa kita kepada suatu bentuk pemikiran untuk menilai semula segala korpus keilmuan Barat dan membongkar semula wacana keilmuan imperialis/kolonialis. Dalam hal ini apabila menyebutkan Barat kita mengaitkannya dengan AS dan Eropah Barat.

Bukannya tidak terdapat kesedaran semacam itu kerana sebelum ini terdapat tulisan-tulisan yang mempersoalkan dan mengkritik wacana imperialisme seperti daripada Frantz Fanon, Edward W. Said, Ziauddin Sardar, Asish Nandy, Syed Hussien Alatas, Syed Naquib Alatas, Hassan Hanafi dan Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) S.M. Mohd Idris (menyebut segelintir) tetapi sedikit sekali terdapat dalam bentuk kesatuan, persatuan atau organisasi yang ingin membongkarkan wacana keilmuan Barat.

Terdapat juga penulisan-penulisan dan wacana pascakolonial atau penjajah yang sedang dikembangkan. Tetapi perkataan pascakolonial atau penjajah - adakah bermakna tiada penjajahan yang berlaku lagi.

Ini juga bukanlah bermakna tidak terdapat kesedaran politik, budaya dan ekonomi yang ingin membebaskan diri daripada cengkaman imperialisme Barat. Bahkan sejak bermulanya perjuangan kemerdekaan di kalangan negara Dunia Ketiga sudah terdapat pergerakan politik dan agama yang melakukan perkara sedemikian.

Tetapi kini kita ingin menyoal dan menjalankan pembongkaran terhadap segala korpus dan wacana keilmuan Barat.

Sebagai permulaan, kita boleh menyoal ke manakah hala tuju pendidikan AS sekarang? AS yang terkenal dengan sistem pendidikan unggul dan mempunyai antara universiti terbaik di dunia seperti Universiti Berkeley dan Harvard kini sedang melakukan pembunuhan secara terang-terangan ke atas rakyat Iraq yang tidak berdosa.

Suatu malapetaka kemanusiaan telah berlaku di Fallujah, Iraq apabila tentera AS bertindak menggempur bandar tersebut dengan segala kekuatan ketenteraannya.

Apakah matlamat sistem pendidikan AS? Ingin melahirkan seorang insan atau melahirkan manusia rakus dan tamak akan kuasa. Sama ada dipersetujui atau tidak, sistem pendidikan AS telah gagal melahirkan seorang manusia yang berakhlak dan bermoral. Ia boleh saja melahirkan seorang manusia yang berilmu tetapi masih gagal melahirkan seorang insan.

Seorang aktivis masyarakat pribumi Amerika (Red Indian) bernama Ward Churchill dalam buku kecilnya White Studies (Kajian Orang Putih) telah menjalankan kajian terhadap sistem pendidikan tinggi AS dan membuat beberapa rumusan.

Penilaian

Ia adalah kajian perintis dengan dua matlamat:

1. Membentuk penilaian kritis tentang sistem pendidikan tinggi daripada perspektif pribumi. (Daripada perspektif kita, Malaysia atau umat Islam).

2. Memberikan ringkasan mengenai bagaimana pendidikan tinggi boleh berpindah dari model kolonial. Dengan kata lain, buku kecil ini sekali gus merupakan analisis masalah dan seruan untuk bertindak.

White Studies menerangkan kesulitan yang dialami oleh pelajar yang mempunyai kesedaran untuk membebaskan diri daripada cengkaman wacana imperialis.

Ia menerangkan bagaimana suatu sistem yang bangga dengan `objektiviti' dan `kebebasan kesarjanaan', namun pada hakikatnya bersandarkan kepada order kolonial yang menyempitkan pemikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu pandangan yang kecil.

Melalui buku kecil ini ia juga membantu kita mencari kaedah menyoal balik sistem tersebut, yang bermula dari dalam kemudian berhijrah keluar daripada sistem tersebut sama sekali.

Apa yang dimaksudkan Churchill sebagai White Studies adalah bentuk pemikiran dan tindakan kolonialisme pada mulanya telah menakluki minda orang Barat dan kini semakin berleluasa sebagai fenomena global, mempengaruhi semua orang di dunia ini, dan proses globalisasi telah atau sedang cuba menghapuskan semua sistem lain yang ada tanpa menghiraukan tradisi pendidikan tempatan.

Tambah Churchill lagi di zaman liberal yang berkembang luas dengan persekolahan moden yang gagal menyelesaikan masalah alam sekitar, keruntuhan budaya dan kerosakan masyarakat - maka sudah sampai masanya manusia mencari kepelbagaian dalam cara berfikir dengan mencari kebebasan dalam memperkasakan budaya dan masyarakat serantau.

Atas dasar ini adalah dirasa perlu bagi kita untuk membina korpus ilmu yang berpusat dan berdasarkan kepada ketimuran, Islam atau lebih dikenali sebagai oksidentalisme.

Malah bekas perdana menteri, Tun Mahathir Mohamad telah merintis ke arah pembentukan suatu pusat kajian Barat dan yang akhirnya membawa kepada tertubuhnya Institut Kajian Oksidental (IKON) di Malaysia di mana Profesor Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin adalah pengarahnya.

Malaysia atau negara Dunia Ketiga yang lain tidak harus selamanya menjadi objek kajian Barat tetapi sekarang Barat pula harus menjadi objek kajian kita di mana mereka adalah `Yang Lain' dan kita adalah subjek yang mengkaji Barat.

Kita mungkin boleh menyoal sejauh mana dan selama manakah dunia akademik di universiti-universiti Dunia Ketiga harus bergantung kepada Barat dalam pelakaran dan penghasilan kurikulum sains sosialnya.

Dan persoalan kenapa sains sosial? Ini kerana banyak disiplin ilmu dalam bidang sastera berasal daripada sains sosial seperti sosiologi, sejarah, sains politik, ekonomi, psikologi, kajian wanita, perlakuan organisasi, pengajian komunikasi dan yang berkaitan dengannya.

Misalnya dalam pelakaran kurikulum sosiologi di universiti, kita tidak seharusnya bergantung kepada tokoh-tokoh sosiologi Barat seperti Max Weber, Karl Marx, Emile Durkhiem, Aguste Comte dan seumpamanya.

Ahli-ahli akademik tempatan boleh saja memperkenalkan nama tokoh-tokoh sosiologi Islam dan Dunia Ketiga seperti Ibn Khaldun, Al Biruni, Mahatma Gandhi, Jose Rizal, Dr. Ali Shariati, Malik Ben Nabi atau tokoh sosiologi tempatan seperti Syed Hussien Alatas.

Suatu perbandingan harus dilakukan antara sumbangan dan peranan ahli sosiologi Barat dan Dunia Ketiga.

Ini tentunya berbeza dengan bagaimana Max Weber dan Karl Marx mengkaji dan menanggapi masyarakat Eropah pada abad ke-19 dengan apa yang kita lihat sekarang.

Bolehkah lagi teori mereka yang dihasilkan pada abad ke-19 atau awal abad ke-20 berdasarkan kepada senario dan budaya Eropah diguna pakai dalam mengkaji masyarakat Malaysia atau Dunia Ketiga?

Mungkin kita boleh pergi lebih jauh dengan mempersoalkan bidang komunikasi umpamanya. Mengapakah sehingga sekarang masih terdapat dua aliran pemikiran komunikasi Barat iaitu Fungsionalisme dan Sosialisme dalam disiplin komunikasi di kebanyakan universiti tempatan? Sejauh manakah pula peranan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam mengembangkan teori komunikasi Islam.

Mengapa harus bergantung kepada dua bidang sahaja? Adakah kerana tiada ahli akademik yang mengkaji dan pakar dalam teori komunikasi Barat dan Timur?

Mengapa ahli-ahli akademik sains sosial (termasuk komunikasi) kita sukar mendapat tempat dalam jurnal komunikasi Barat.

Adakah kerana segala penulisan dan penyelidikan ahli akademik dan sarjana kita tidak bermutu atau tidak setanding dengan sarjana Barat?

Ini bukan kerja yang mudah tetapi setidak-tidaknya setelah lebih 25 tahun merdeka, apakah kita harus dan masih bergantung kepada teori komunikasi Marxis (ekonomi politik) dan Fungsionalisme dalam pengajian komunikasi, kajian media atau dalam ilmu sosiologi atau sains politik misalnya.

Adakah minda kita masih terjajah?

Secara lebih jauh lagi sejauh manakah kurikulum tempatan pada tahap sekolah rendah dan menengah dilakukan mengikut kepentingan dan selera tempatan. Sehingga ke tahap manakah mata pelajaran sejarah, kajian tempatan dan mata pelajaran lain diwarnai oleh pandangan kemalaysiaan misalnya?

Misalnya kita harus menyingkirkan pandangan bahawa Francis Light yang menemui Pulau Pinang. Suatu usaha untuk meluruskan sejarah Pulau Pinang harus dilakukan. Hakikatnya orang Melayulah yang mula-mula menemui Pulau Pinang dan bukannya Francis Light.

* Ismail Hashim ialah Pensyarah Komunikasi di Kolej Han Chiang, Pulau Pinang.

Utusan Malaysia :: 24/11/04

Anak Melayu paling banyak di pusat pemulihan akhlak

KUALA LUMPUR 21 Dis. - Anak-anak Melayu paling banyak menghuni pusat pemulihan akhlak di negara ini, tetapi ramai daripada mereka telah berjaya dipulihkan, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.

Di lapan sekolah Tunas Bakti, 3,385 orang daripada keseluruhan 4,583 penghuninya adalah Melayu, manakala di 11 asrama akhlak, terdapat 646 anak Melayu daripada 806 penghuninya, kata Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Chew Mei Fun ketika menjawab soalan Senator Samsiah Samsudin.

Kedua-dua pusat itu menempatkan kanak-kanak berusia 10 hingga 18 tahun yang melakukan jenayah seperti mencuri, gaduh, memiliki atau mengedar dadah, memiliki senjata, berjudi dan mencabul kehormatan.

Program pemulihan akhlak di sekolah Tunas Bakti adalah antara setahun dan tiga tahun mengikut perintah mahkamah, manakala kanak-kanak dan remaja di asrama akhlak pula ditahan tidak lebih daripada 12 bulan.

"Kedua-dua pusat ini telah berjaya memulihkan 90 peratus daripada kanak-kanak dan remaja ini," kata Chew.

Beliau berkata, kesalahan lain yang dilakukan dianggap "kesalahan kecil" seperti berniaga tanpa lesen, merayau tanpa kad pengenalan, merosakkan harta-benda awam, masuk ke kawasan milik persendirian, melanggar peraturan pihak berkuasa tempatan dan lari dari institusi pemulihan.

Chew berkata, pemantauan kes selepas keluar dari pusat-pusat pemulihan akhlak itu dilakukan oleh pegawai-pegawai akhlak bersama Jawatankuasa Kebajikan Kanak-kanak Daerah dalam tempoh pengawasan yang ditetapkan.

Sementara itu, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk M Kayveas pula berkata, kerajaan tidak ada rancangan untuk meminda Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah bagi membenarkan seseorang yang disyaki terlibat dalam kes jenayah ditahan kurang daripada 14 hari.

"Bagaimanapun, Jawatankuasa Khas Parlimen berkaitan dengan Rang Undang-undang Kanun Acara Jenayah (Pindaan) 2004 sedang meneliti dan mengkaji semula peruntukan Kanun Acara Jenayah, termasuk Seksyen 117," katanya semasa menjawab soalan Senator Tay Poay Chuan. - Bernama

Utusan Malaysia 21/12/04

Anak Melayu paling banyak di pusat pemulihan akhlak

KUALA LUMPUR 21 Dis. - Anak-anak Melayu paling banyak menghuni pusat pemulihan akhlak di negara ini, tetapi ramai daripada mereka telah berjaya dipulihkan, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.

Di lapan sekolah Tunas Bakti, 3,385 orang daripada keseluruhan 4,583 penghuninya adalah Melayu, manakala di 11 asrama akhlak, terdapat 646 anak Melayu daripada 806 penghuninya, kata Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Chew Mei Fun ketika menjawab soalan Senator Samsiah Samsudin.

Kedua-dua pusat itu menempatkan kanak-kanak berusia 10 hingga 18 tahun yang melakukan jenayah seperti mencuri, gaduh, memiliki atau mengedar dadah, memiliki senjata, berjudi dan mencabul kehormatan.

Program pemulihan akhlak di sekolah Tunas Bakti adalah antara setahun dan tiga tahun mengikut perintah mahkamah, manakala kanak-kanak dan remaja di asrama akhlak pula ditahan tidak lebih daripada 12 bulan.

"Kedua-dua pusat ini telah berjaya memulihkan 90 peratus daripada kanak-kanak dan remaja ini," kata Chew.

Beliau berkata, kesalahan lain yang dilakukan dianggap "kesalahan kecil" seperti berniaga tanpa lesen, merayau tanpa kad pengenalan, merosakkan harta-benda awam, masuk ke kawasan milik persendirian, melanggar peraturan pihak berkuasa tempatan dan lari dari institusi pemulihan.

Chew berkata, pemantauan kes selepas keluar dari pusat-pusat pemulihan akhlak itu dilakukan oleh pegawai-pegawai akhlak bersama Jawatankuasa Kebajikan Kanak-kanak Daerah dalam tempoh pengawasan yang ditetapkan.

Sementara itu, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk M Kayveas pula berkata, kerajaan tidak ada rancangan untuk meminda Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah bagi membenarkan seseorang yang disyaki terlibat dalam kes jenayah ditahan kurang daripada 14 hari.

"Bagaimanapun, Jawatankuasa Khas Parlimen berkaitan dengan Rang Undang-undang Kanun Acara Jenayah (Pindaan) 2004 sedang meneliti dan mengkaji semula peruntukan Kanun Acara Jenayah, termasuk Seksyen 117," katanya semasa menjawab soalan Senator Tay Poay Chuan. - Bernama

Utusan Malaysia 21/12/04

Thursday, December 16, 2004

Media ikut Barat label Islam pengganas

PELBAGAI kalangan dan umat Islam di seluruh dunia kini rancak membincangkan isu keganasan yang kian menjadi-jadi baik di Asia Barat atau di negara jiran iaitu Thailand. Apa akan terjadi pada dunia jika keadaan ini berlanjutan?Perasaan saya terlalu tersentuh setiap kali isu ini diperkatakan, lebih-lebih lagi umat Islam sentiasa dikaitkan dengan pengganas bagi kejadian yang berlaku. Tahniah kepada pemimpin negara kita yang sanggup berjuang supaya dunia mengkaji punca keganasan dan memperbetulkan tanggapan masyarakat mengenai umat Islam.Bagaimanapun tanpa sokongan rakyat terutama masyarakat Islam, perjuangan pemimpin kita menjadi sia-sia. Mungkin kita tidak perasan, ketika pemimpin bersungguh-sungguh menyeru masyarakat dunia menerima umat Islam, kita secara tidak langsung mengakui umat Islam adalah pengganas.Media massa, terutama elektronik yang menjadi penghubung utama maklumat seolah-olah tidak peka dengan apa yang mereka sampaikan setiap hari. Dalam siaran berita, istilah ‘pengganas’ sering digunakan bagi merujuk pejuang Islam yang berperang mempertahankan tanah air daripada penjajah. Tidak dinafikan mungkin cara mereka agak ganas, sama ada melancarkan serangan berani mati ataupun pengeboman berkenderaan yang dikatakan membunuh orang tidak bersalah. Tetapi kita mesti ingat, mungkin itulah satu-satunya cara yang termampu untuk mereka memperjuangkan tanah air.Pada masa yang sama, kita lihat askar Barat yang diketuai Amerika Syarikat dengan sewenang-wenangnya membunuh orang Islam tidak kira dalam apa juga keadaan dan tempat termasuk di dalam masjid.Kekejaman mereka tidak pula dianggap sebagai keganasan atau mereka digelar pengganas. Apa yang menyedihkan kebanyakan media massa milik orang Islam.Sedar atau tidak, sikap tidak prihatin ini memberi kesan yang amat mendalam kepada masyarakat terutama kepada bukan Islam. Generasi sekarang mungkin dapat menerima keadaan ini. Tetapi bagaimana pula bagi generasi akan datang? Sejak dari kecil mereka didedahkan bahawa umat Islam adalah pengganas iaitu golongan yang dikaitkan dengan kekejaman dan kezaliman.Mereka menaruh perasaan benci dan marah terhadap umat Islam dan jika sudah sampai ke tahap ini apakah jalan yang perlu diambil untuk memulihkan nama baik Islam. Dalam keadaan sekarang pun sukar bagi kita meyakinkan dunia bahawa umat Islam cintakan keamanan dan kedamaian serta bencikan keganasan.Bagi saya, istilah pengganas tidak sepatutnya dilemparkan terhadap umat Islam terutama kepada pejuang Islam. Berilah mereka gelaran lain menggambarkan perjuangan sebenar asalkan tidak dikaitkan dengan pengganas dan keganasan.Sebaliknya, istilah pengganas dilemparkan kepada askar Amerika, Britain dan sekutunya baik di Iraq mahu pun di Afghanistan.Oleh itu saya mengesyorkan kepada pihak berkenaan menapis istilah yang digunakan media massa seperti yang dilakukan Lembaga Penapisan Filem Malaysia (Finas) terhadap filem kita.M Y SALMI,Shah Alam, Selangor.

Berita Harian, Rabu 14/12/04

Menjadikan perkhidmatan awam bertaraf dunia

Oleh Zamri Misman
KEMAMPUAN Malaysia menjadi sebuah negara membangun antara yang paling berjaya di dunia banyak dilatari keupayaan kakitangan awamnya yang berjaya menjadi penterjemah dan penguat kuasa dasar kerajaan dengan baik.Ini diakui Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang menyatakan tidak ada negara yang boleh maju tanpa perkhidmatan awam berprestasi tinggi.Keprihatinan Perdana Menteri terhadap prestasi kakitangan awam dapat dilihat sejak awal beliau mula memegang tampuk pemerintahan negara. Bermula dengan saranan penting supaya seluruh anggota perkhidmatan awam dapat bekerja bersama-sama dengan beliau, kemudian Perdana Menteri menuntut perubahan drastik dilakukan terhadap corak kerja perkhidmatan awam.Fokus utama diberikan kepada jabatan dan agensi kerajaan yang banyak berurusan secara langsung dengan rakyat.Menjelang berakhirnya 2004, Perdana Menteri menggesa seluruh kakitangan awam sentiasa menjadikan pembelajaran sepanjang hayat sebagai satu amalan harian bagi memastikan Malaysia dapat terus bersaing di pentas antarabangsa.Kerja berkualiti pada tahap tertinggi juga menjadi saranan Perdana Menteri bagi memastikan matlamat Wawasan 2020 untuk menjadikan Malaysia ssebuah negara maju terlaksana.Ramai mengakui ada perubahan besar dalam mutu perkhidmatan awam di negara ini jika dibandingkan pada 1970-an. Dalam satu soal selidik ringkas yang dijalankan sebuah syarikat televisyen tempatan, rata-rata rakyat Malaysia memberikan markah yang baik antara angka 7 dan 8 dalam skala 1 hingga 10 dalam menilai mutu perkhidmatan awam masa kini.Banyak perkhidmatan kerajaan yang dahulunya mengambil masa berminggu-minggu untuk menyelesaikan sesuatu urusan kini mampu menyelesaikannya dalam tempoh beberapa hari. Pelbagai borang tebal dan panjang berjela yang perlu diisi pelanggan sebelum ini, kini diganti dengan borang yang cukup ringkas dan mudah hasil inovasi berterusan kakitangan di jabatan terbabit.Pelbagai kerenah birokrasi juga cuba diminimumkan sebaik mungkin oleh pengurusan tertinggi jabatan selagi tidak menjejaskan objektif prosedur dan tahap ketelusan yang sudah ditetapkan.Ketua agensi kerajaan, khususnya yang berada di barisan hadapan, terus berusaha memastikan petugas kaunter sentiasa responsif dan berinisiatif memudahkan urusan pelanggan.Sikap sebahagian besar kakitangan kerajaan masa dulu yang menganggap diri mereka ‘tuan’ dan cukup berkuasa kini berubah dengan sikap mementingkan pelanggan dan bekerja untuk rakyat Malaysia.Walaupun perubahan besar telah berlaku dalam sikap dan corak kerja kakitangan awam, masih ramai lagi rakyat menganggap sesetengah kakitangan kerajaan adalah pekerja yang malas, suka curi tulang, rasuah dan pelbagai lagi konotasi negatif.Sedikit kesilapan atau kecacatan dalam urusan perkhidmatan kerajaan dalam kes bersifat terpencil dicanang di dada media sebagai mewakili sikap sejuta kakitangan kerajaan seluruhnya.Faktor kelewatan dalam menerima perkhidmatan kerajaan, perlu beratur panjang dan tidak mendapat maklum balas segera terhadap masalah, aduan dan kesulitan yang dibangkitkan adalah antara perkara biasa yang sinonim dengan perkhidmatan sektor awam.Perkara yang sama juga sebenarnya berlaku dalam perkhidmatan sektor swasta. Tentu kita acap kali mengalami keadaan perlu menunggu lama di bank walaupun banyak kaunter perkhidmatan dibuka.Hampir semua kita juga tentu pernah berpengalaman menghadapi masalah kerosakan dan gangguan beberapa kemudahan awam serta sistem komunikasi yang disediakan pihak swasta.Bukan sedikit juga syarikat swasta menawarkan mutu perkhidmatan yang rendah malah sering mengambil sikap lepas tangan dalam perkhidmatan selepas jualan. Tidak ketinggalan juga, banyak laporan undang-undang berkaitan kes kecuaian perubatan membabitkan hospital dan klinik swasta yang tidak tersiar dalam media massa.Bagaimanapun, perkara ini tidak diambil peduli rakyat Malaysia tetapi tindakan sebaliknya akan diambil jika ia membabitkan perkhidmatan jabatan kerajaan.Kerajaan menyediakan pelbagai mekanisme bagi membolehkan sebarang rasa tidak puas hati rakyat terhadap mutu perkhidmatan awam disalurkan kepada pihak berwajib bagi ditangani segera.Biro Pengaduan Awam (BPA) adalah antara agensi utama yang bertanggungjawab melayan sebarang aduan pengguna dengan segera. Berdasarkan jumlah aduan yang diterima BPA, menunjukkan penurunan berterusan jumlah aduan yang diterima sejak 2002 sehingga kini.Kerajaan sememangnya berusaha sedaya mungkin untuk menyediakan sumber manusia, prasarana dan teknologi terkini bagi membolehkan perkhidmatan sektor awam mencapai tahap terbaik dan bertaraf dunia.Bagaimanapun, usaha ini tidak mampu disediakan secara serentak dan sukar untuk dipenuhi semuanya. Oleh itu, rakyat Malaysia masih mengalami keadaan perlu menunggu lama sebelum mendapatkan rawatan atau ubat di hospital dan klinik kerajaan.Selain itu, kita mengalami kekurangan doktor dan jururawat, hospital dan klinik kerajaan juga mengalami kekurangan peralatan dan ubat-ubatan walaupun bukanlah pada tahap serius. Kekurangan sumber manusia di samping peningkatan jumlah pelanggan yang makin bertambah saban tahun menyebabkan wujudnya tekanan yang berat terhadap kakitangan awam.Kini kita boleh melihat ramai kakitangan awam yang terpaksa bekerja lebih masa bagi memastikan amanah yang dipertanggungjawabkan dapat diselesaikan dalam tempoh ditetapkan.Pengorbanan kakitangan sektor awam walaupun mendapat perhatian kerajaan tetapi tidak mendapat sokongan dan penghargaan yang sepatutnya daripada rakyat. Sebaliknya, anggapan negatif terhadap sektor awam semacam terus bersemayam di minda rakyat.Walaupun pelbagai permintaan daripada Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepecs) tidak dipenuhi sepenuhnya oleh kerajaan, ia tidak pernah menyebabkan kakitangan awam di Malaysia mengadakan mogok atau bantahan pekerja seperti yang berlaku di beberapa negara lain.Sememangnya kakitangan perkhidmatan awam kini lebih komited dalam usaha meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan demi memenuhi keperluan dan harapan masyarakat yang sentiasa meningkat.Kerjasama semua pihak terutama daripada rakyat dan pelanggan yang berurusan dengan jabatan kerajaan juga dituntut bagi meningkatkan lagi mutu perkhidmatan awam bertaraf dunia.Idea dan cadangan penambahbaikan mutu perkhidmatan awam amat dialu-alukan dan bukan sekadar memberikan ulasan negatif dan sembang kedai kopi yang tidak memberi sebarang manfaat untuk semua.Guru di Kolej Teknikal dan Pendidikan Lanjutan di Wollongong, Australia misalnya menyambut baik kempen industri bagi menuntut kenaikan gaji dan menolak pembesaran saiz kelas.Kakitangan rekod klinikal di Hospital Christchurch, New Zealand pula mengadakan mogok kerja pada 1 Disember lalu selepas kerajaan memansuhkan 12 daripada 29 bidang kerja di jabatan berkenaan.Pakar radiologi di Unit Jantung Hospital Kebangsaan Colombo, Sri Lanka pula menolak untuk kerja lebih masa bermula 26 November lalu disebabkan elaun lebih masa mereka tidak dibayar sejak April lalu.Pelbagai mogok dan bantahan pekerja sektor awam juga berlaku di banyak negara lain yang tidak berlaku di negara ini. Kakitangan awam terutama pada peringkat pegawai kumpulan pengurusan dan profesional masih bersedia melakukan kerja lebih masa secara sukarela atas faktor menjunjung dan menyelesaikan amanah rakyat demi negara tercinta.
Berita Harian Rabu 14/12/04

Saturday, December 04, 2004

Ilusi dan realiti tambatan ringgit

Oleh Noor Azlan Ghazali

Perhatian terhadap kemungkinan sistem tambatan ringgit Malaysia (RM) kepada dolar Amerika Syarikat (AS) (RM3.80 = AS$1.00) yang kini sudah menjangkau usia lebih enam tahun akan dinilai semula agak ketara sejak kebelakangan ini.

Sistem yang diguna pakai sejak 2 September 1998 ini adalah satu daripada reaksi polisi Malaysia terhadap kemelut mata wang Asia Timur 1997-98 yang melanda Malaysia dan juga beberapa negara serantau yang kemudiannya menjangkiti sistem perbankan dan prestasi ekonomi negara-negara berkenaan.

Ringgit mencecah nilai terendahnya pada bulan Januari 1998 iaitu RM4.92/AS$1. Sistem perbankan negara begitu mendapat kesan daripada kemelut ini dan prestasi ekonomi menjunam dari purata pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 9.2 peratus setahun (1990-97) kepada negatif 7.4 peratus bagi tahun 1998.

Pelbagai pendapat dan pandangan telah diluahkan dalam mencari jawapan bagi punca kemelut ini berlaku.
Tetapi untuk menjejak punca kemelut bukanlah tujuan perbincangan ini. Ia juga bukanlah agenda utama semasa apatah lagi kita kini sudah jauh meninggalkan peristiwa pahit 1997-98. Sistem perbankan dan ekonomi negara kini secara umumnya sudah pulih. Kadar purata pertumbuhan KDNK bagi 1999-2003 adalah 4.9 peratus (6.1 peratus sekiranya kelembapan sejagat tahun 2001 tidak diambil kira).
Bagi tahun 2004, ekonomi Malaysia dijangka akan mampu mencatat pertumbuhan yang tinggi iaitu pada kadar sekitar 7 peratus. Kita harus berbangga dengan prestasi `V-shape' pertumbuhan ekonomi makro ini. Namun demikian jangan pula sehingga kita diilusi dan berasa cukup dan leka dengan kadar pertumbuhan KDNK yang dilaporkan.
Ekonomi ada pusingan dan perubahannya. Reaksi polisi, khususnya keputusan untuk menambat nilai ringgit kepada dolar AS pada September 1998 ada rasionalnya pada ketika itu. Namun jangan pula kita diilusi bahawa reaksi polisi ini adalah yang terbaik untuk dilaksanakan untuk satu tempoh yang panjang. Tanggapan bahawa suasana ekonomi masih sama seperti ketika kemelut melanda adalah kurang tepat.
Ruang bernafas yang tercipta melalui reaksi polisi ini memang perlu bagi ekonomi yang ketenatan akibat kemelut 1997-98. Namun kita tidak seharusnya menjadi selesa dengan bantuan pernafasan yang diberi untuk tujuan sementara.
Seorang doktor mungkin menasihati pesakitnya yang tercedera akibat kemalangan jalan raya agar tidak memandu buat seketika namun pastinya keputusan untuk terus tidak memandu, walhal sudah sihat dan pulih seperti sedia kala agak aneh.
Prasangka si pesakit bahawa keputusan untuk tidak memandu lebih bermanfaat, selamat, dan dapat membebas dirinya dari kemalangan adalah satu ilusi. Realitinya memandu dan menggunakan kenderaan lebih banyak manfaatnya. Yang perlu diutamakan ialah cara kita memandu; berwaspada, cermat dan lebih berhati-hati.
Tiada situasi yang benar-benar bebas daripada kemalangan, walau bagaimana cermat sekalipun, risiko kemalangan pasti tetap ada kerana pemandu yang rakus dan cuai berkemungkinan masih ada di luar sana.
Polisi semasa `kecederaan' wajar dilihat semula kerelevanannya agar ekonomi Malaysia bukan sahaja mampu pulih seperti sedia kala malah dapat terus melonjak untuk tempoh yang lebih panjang.
Saranan supaya sistem tambatan ringgit dinilai semula kembali mendapat perhatian ekoran dari kejatuhan nilai ringgit sejak hampir dua tahun yang lalu.
Sebagai contoh, berdasarkan pergerakan ringgit berbanding empat mata wang (won, yen, euro dan pound) ringgit secara puratanya telah kehilangan nilainya sebanyak 24.5 peratus berbanding dengan catatan tertingginya di sekitar tahun 2001-2002.
Satu ilusi rejim tambatan ringgit bagi masyarakat umum ialah nilai ringgit tidak lagi berubah, kekal dan tiada lagi permasalahan ketidaktentuan. Realitinya ringgit ditambat hanya pada dolar AS, turun-naik ringgit masih tetap wujud berbanding mata wang lain yang tidak ditambat pada dolar AS. Risiko mata wang asing masih wujud khususnya yang berdagang dalam mata wang berkenaan.
Sebagai sebuah negara yang relatifnya kecil ekonominya, terbuka dan amat bergantung kepada prestasi perdagangan, kestabilan prestasi luarannya adalah sangat penting. Kita tidak mampu memilih satu dan membiarkan yang satu lagi musnah. Jalan penyelesaian yang berkesan harus dicari.
Pembentuk polisi negara pada hemat saya memang harus dipuji. Bagaimana hendak diturunkan kedua-dua belah papan jongkit secara serentak? Apa lagi dalam suasana yang cemas. Patahkan sahaja penyambungnya! Umumnya inilah yang dilaksanakan pada September 1998.
Apabila ringgit ditambat pada dolar AS, ke mana dolar AS ke situlah ringgit! Nilai dolar AS diapungkan oleh negara pengeluarnya (Amerika Syarikat). Secara umumnya polisi dan status ekonomi Amerika Syarikat berbanding negara-negara lain di dunia menjadi penentu kepada nilai pasaran dolar AS.
Reaksi pembentuk polisi Amerika Syarikat (khususnya bank pusatnya-Federal Reserves) dan penilaian sektor antarabangsa terhadap nilai dolar AS akan mempengaruhi pola pergerakan nilai dolar - dan suka atau tidak - juga nilai ringgit!
Polisi monetari Malaysia antara lainnya boleh dibayangkan oleh pergerakan dolar AS dan ringgit. Pergerakan sempurna ringgit-dolar AS membayangkan polisi monetari Malaysia sebenarnya telah `diikat' pada polisi yang dilaksanakan oleh Amerika Syarikat atau lebih tepat lagi nilai ringgit berbanding mata wang yang lain adalah terikat kepada perubahan yang berlaku ke atas dolar AS.
Realitinya sistem tambatan ringgit-dolar AS mengakibatkan kebebasan monetari terpaksa dilepaskan. Adakah ini sentiasa merugikan? Tidak juga. Ketika kemelut mata wang dan kemelesetan ekonomi 1997-98, polisi monetari dan ekonomi Amerika Syarikat adalah dalam pola mengembang, untung kita berpaut kepada dolar AS pada ketika itu kerana kita juga mahu melaksanakan pengembangan polisi monetari.
Namun ada kalanya apa yang dilaksanakan oleh pembentuk polisi Amerika Syarikat atau status ekonominya pada ketika yang tertentu mungkin bertentangan dengan keperluan dan status ekonomi Malaysia. Inilah yang berlaku sekarang. Kejatuhan nilai dolar AS sejak dua tahun yang lalu sering dikaitkan dengan defisit akaun semasanya yang semakin melebar.
Umumnya defisit ini membayangkan bahawa Amerika Syarikat lebih banyak membeli daripada menjual. Defisit akaun semasa membayangkan lambakan dolar AS dalam pasaran tukaran asing. Dalam sistem mata wang terapung seperti yang diamalkan oleh Amerika Syarikat, lambakan ini lambat-laun akan menjatuhkan nilai dolar AS dan juga mana-mana mata wang yang ditambat kepadanya.
Inilah realitinya, kejatuhan nilai ringgit berbanding mata wang asing yang dialami sekarang tidak mempamerkan status ekonomi negara yang sebenar. Akaun semasa negara berada pada tahap lebihan (surplus), kadar inflasi negara umumnya rendah, dan rizab antarabangsa kian meningkat.
Dari sudut teori ekonomi nilai ringgit tidak seharusnya jatuh. Inilah yang sering dilaporkan dan dibahaskan oleh penganalisis ekonomi, nilai ringgit semasa adalah lebih rendah daripada nilai sebenarnya.
Pergerakan ringgit pada akhir-akhir ini adalah ilusi sistem tambatan ringgit yang diamalkan sejak September 1998. Kalau realiti yang ingin dipaparkan mungkin wajar sistem tambatan ringgit dinilai semula.
Episod kemelut mata wang yang menyaksikan ketidaktentuan yang berlebihan berlaku seperti pada tahun 1997-98 hanyalah satu peristiwa sementara. Namanya pun krisis yang bukan bersifat jangka panjang.
Sememangnya kita harus mempelajari sesuatu daripada pengalaman pahit ini tetapi janganlah pula kita diilusikan bahawa tambatan ringgit adalah satu-satunya jalan penyelesaiannya.
Apa pula baiknya kalau ringgit dibenarkan bergerak dengan lebih anjal? Dalam tempoh jangka panjang turun-naik nilai mata wang hendaklah diertikan sebagai satu signal yang efisien terhadap prestasi ekonomi negara. Tidak semua yang bergerak dengan bebas harus ditafsirkan sebagai sesuatu yang buruk.
Dari sudut ekonomi turun-naik angkubah ekonomi realitinya memperlihatkan gerak gaya polisi dan status ekonomi semasa sesebuah negara. Tidak di situ sahaja. Pergerakan yang anjal ini juga seharusnya menjadi `sumber maklumat' bagi semua pihak yang terlibat untuk menentukan strategi dan polisi masing-masing.
Sama juga seperti memandu kereta. Pergerakan jarum meter kelajuan membayangkan tekanan kaki yang menekan pedal kelajuan. Jarum meter kelajuan yang naik-turun merupakan satu signal yang bertindak balas terhadap `polisi' pemandu ketika memandu keretanya. Tiada apa yang salah dengan jarum kelajuan ini.
Bayangkan sekiranya si pemandu lebih suka jika jarum meter kelajuan ini tidak bergerak bebas dan melekatkannya pada kelajuan 110 km/jam. Sekiranya kaki yang menekan benar-benar memberi kelajuan 110 km/jam kita selamat. Kelajuan yang ditunjukkan (110 km/jam) adalah tepat.
Tetapi sekiranya sebaliknya (lebih atau kurang), jarum kelajuan yang dilekatkan dan tidak bergerak itu tadi hanyalah satu ilusi. Realitinya kereta dipandu dengan kelajuan yang berlainan, bukan 110 km/jam. Jarum meter kelajuan tidak lagi boleh digunakan sebagai signal kepada kelajuan sebenar. Memandu dengan mod automatik pelayaran memang selesa tetapi ia juga memerlukan si pemandu `membebaskan' kakinya dari pedal kelajuan. Apabila lekuk jalan berubah elok sekiranya kereta dipandu secara biasa dan jarum kelajuan dibiarkan bebas bergerak.
Kedudukan ekonomi negara semakin kukuh dan suasana ekonomi serantau sudah berubah. Kita harus mempertimbangkan semula sistem tambatan ringgit yang diamalkan sekarang agar nilai pasaran ringgit dapat membayangi realiti ekonomi negara.
Bagaimanakah pula sistem tambatan ringgit hari ini dikaitkan dengan sistem tambatan yuan China? Mengapakah pula keputusan China terhadap sistem mata wangnya sering dikaitkan sebagai dasar Malaysia untuk meneruskan atau membubarkan tambatan ringgit.
Secara prinsipnya memang benar keputusan China untuk melepaskan yuan dari tambatan dolar AS akan mempunyai kesan terhadap daya saing eksport negara kita. Oleh kerana yuan ditambat pada dolar AS sama seperti ringgit, maka selagi kedua-dua negara ini masih meneruskan rejim tambatan ini maka nilai yuan-ringgit juga akan kekal tidak berubah.
Pada masa ini yuan dan ringgit sama-sama menerima kesan dengan pergerakan dolar AS. Oleh itu secara relatifnya boleh dianggap berdasarkan faktor nilai mata wang, daya saing Malaysia berbanding China juga akan tidak berubah. Sekiranya China membebaskan yuan, maka hubungan yuan-ringgit berkemungkinan besar akan juga ikut berubah dan begitu juga dengan daya saing Malaysia berbanding China.
Hujah ini ada betulnya, namun ada juga ilusinya. Realitinya daya saing eksport sesebuah negara bukanlah semata-mata bergantung kepada nilai mata wang sahaja. Selain dari faktor harga (yang dibayangi oleh nilai mata wang), banyak lagi faktor yang lebih utama yang mempengaruhi daya saing eksport. Untuk tempoh jangka panjang daya saing harga semata-mata tidak mampu bertahan lama.
Dalam konteks yang lain, perolehan daya saing melalui campur tangan dalam nilai mata wang bukanlah satu polisi yang dianggap harmoni kerana ia berkemungkinan mengundang reaksi yang kurang disenangi dari negara dagang yang lain. Kenyataan Gabenor Bank Negara ketika mengumumkan prestasi ekonomi suku ketiga baru-baru ini bahawa Malaysia tidak bergantung kepada daya saing harga melalui penentuan nilai mata wang seiring dengan pandangan ini.
Prestasi dagangan negara didorong oleh faktor yang lebih hakiki. Kerajaan bertanggungjawab untuk mewujudkan suasana makro yang mewujudkan kestabilan dalam kadar tukaran asing melalui pengurusan makro yang berwibawa. Namun realitinya risiko perubahan nilai mata wang adalah sebahagian daripada risiko perniagaan yang mesti dihadapi dan diurus oleh pihak yang terlibat dalam perdagangan dan pelaburan lintas sempadan.
Penambatan nilai ringgit tidak menghapuskan risiko ini tetapi sebaliknya memindahkan risiko ini kepada pihak lain. Bagi sebuah negara seperti Malaysia yang terbuka ekonominya dan banyak bergantung kepada prestasi dagangan, penyerapan risiko ini ada kalanya membebankan dan berkemungkinan menyebabkan pihak yang berdagang diilusi dengan risiko tukaran asing yang kelihatannya rendah.
Sudah pasti keputusan China terhadap sistem tambatan yuan dengan dolar AS merupakan satu daripada faktor yang perlu diambil kira. Namun yang lebih utama dan penting bagi kita ialah memikirkan langkah yang terbaik untuk Malaysia secara keseluruhan dan mengutamakan manfaat jangka panjang.
Pada hemat saya kenyataan Perdana Menteri baru-baru ini bahawa penilaian sistem tambatan ringgit tidak harus didorong oleh yuan sahaja adalah wajar dan tepat. Keseluruhan faktor yang terlibat dan kepentingan negara mesti dinilai sepenuhnya bagi menghasilkan keputusan yang berkesan.
Mendasarkan penilaian kita sepenuhnya ke atas keputusan China mungkin pula menjebakkan kita dengan satu ilusi yang baru. Kemajuan dan kestabilan ekonomi adalah hakiki. Jangan kerana ilusi realiti diketepikan.
- Prof. Dr. Noor Azlan Ghazali ialah Profesor Ekonomi dan Polisi Monetari, Pusat Siswazah Perniagaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Wednesday, September 08, 2004

Harapan rakyat pada Bajet 2005

Lidah PengarangRakyat Malaysia pasti berasa syukur kerana kedudukan ekonomi negara yang baik apabila pertumbuhan terjadi sebanyak lapan peratus pada suku kedua tahun ini.
Kita percaya keadaan ini dapat dicapai kerana kesungguhan kerajaan membangunkan negara melalui pengurusan bagi memastikan defisit bajet dapat dikurangkan secara beransur-ansur.
Dalam suasana baik ini kita mengharapkan Bajet 2005 yang akan dibentangkan Jumaat ini memberi banyak faedah kepada rakyat negara ini dalam pelbagai bentuk khususnya yang berupa material.
Dengan memahami bahawa negara perlu meningkatkan usaha mendapatkan hasil, maka kenaikan cukai terhadap perkara-perkara tertentu seperti rokok pastinya dapat diterima rakyat.
Usaha mendapatkan hasil daripada aliran dana negara asing wajarnya diperluaskan dan diperdalamkan supaya ia benar-benar mendatangkan manfaat yang ketara dan bermakna. Jika usaha hanya sekadar memanfaatkan industri yang ada, maka hasilnya juga akan ala kadar.
Justeru, Bajet 2005 melalui strategi polisi diharapkan dapat mendorong usaha yang bersungguh-sungguh untuk membawa aliran daripada negara asing ke dalam ekonomi negara.
Bidang tradisi yang berkaitan dengan strategi ini adalah pelancongan. Pun begitu pelancongan sudah tidak semata-mata kunjungan terhadap tempat-tempat tarikan baik yang berupa sejarah atau alam semula jadi.
Tambahan kepada itu, pelancongan harus diberi makna luas yang meliputi bidang lain-lain seperti perubatan dan pendidikan.
Kedua-dua bidang ini, perubatan dan pendidikan memerlukan pendekatan baru yang menyeluruh untuk menjadikannya sebagai tarikan bagi negara.
Kita wajar ingat, apabila usaha memajukan sektor-sektor ini dibuat bersungguh-sungguh, akan terserlah bahawa persaingan sengit pasti wujud dengan negara-negara lain yang turut menawarkan khidmat serupa.
Di sini Malaysia perlu mengenal kedudukannya sebagai sebuah negara membangun yang sedang muncul untuk menjadi maju. Maka keupayaannya menawarkan khidmat bermutu tetapi kos berpatutan boleh menjadi tarikan kepada pengguna-pengguna asing.
Kemajuan dan pembangunan bidang perubatan dan pendidikan itu juga akan memanfaatkan rakyat negara ini apabila mereka turut berpeluang menikmati perkhidmatan yang bertaraf dunia.
Kejayaan menjadikan Malaysia sebagai hub pendidikan antarabangsa yang serius boleh menjana kesan sampingan positif pada negara.
Kehadiran pelajar-pelajar asing di negara ini boleh mendorong peluasan jaringan hubungan antara lulusan universiti Malaysia dan selanjutnya menyumbangkan kepada kegiatan perniagaan, perdagangan dan profesional pada masa akan datang.
Pun begitu, pada perkiraan terakhir, kemajuan negara bergantung kepada keupayaannya menarik pelabur-pelabur asing untuk melabur di dalam negara ini bagi pelbagai industri.
Apa yang kita kehendaki ialah pelaburan ini dapat diterjemahkan menjadi peluasan peluang-peluang pekerjaan dan perniagaan bagi rakyat Malaysia.

Thursday, August 26, 2004

Chicken rice
THERE’S just something about the combination of steamed chicken, fluffy, flavoursome rice, slices of cucumber and vinegary chilli sauce, that makes people wanting a quick lunch opt for chicken rice.
In Malacca, there’s a renowned chicken rice stall and your trip to the historical city would be incomplete without a stop at the stall which serves its rice in an interesting manner – rounds the size of golf balls.
Why not prepare this famed chicken rice version for your family this weekend? It’s one feat that you can definitely crow about.
Hainanese Chicken Rice

Hainanese Chicken Rice. - Pictures courtesy of C. Jason.IngredientsFor the rice3 cups (600g) Thai fragrant long grain rice2 tbsp chicken skin with fat2 tbsp water2cm piece ginger, lightly smashed2 cloves garlic, lightly smashed1–2 tsp salt or to taste3½ cups or enough reserved chicken stock (or water with 1 tbsp chicken stock powder added to it)2 pandan or screwpine leaves, shredded and knotted
Pak Cham Kai (Chicken steeped in stock)1 whole chickenEnough water (for boiling)1 thumb-sized piece of ginger, crushed4–5 cloves garlic, peeled and lightly smashed1 tsp salt
Chilli garlic sauce for dipping10 fresh red chillies2cm piece ginger4 cloves garlic1/4 tsp saltJuice of 2 calamansi limes2 tbsp reserved chicken stock
Ginger sauce for dipping75g ginger6 cloves garlic1/2 tsp saltJuice of 2 calamansi limes2 tbsp preserved chicken stockLight soya sauce for chicken1½ tbsp garlic oil1½ tsp sesame oil5 tbsp light soy sauce1½ tbsp sugar or to taste3 tbsp water
GarnishingFresh coriander leavesSliced spring onionSliced cucumber
To prepare the rice, wash it in several changes of water until the water runs clean and clear.
Heat wok and add chicken fat and 2 tablespoons water. Bring to a low simmering boil until oil is released from the fat.
Add ginger, garlic and fry well. Remove and discard the chicken fat then add in rice and salt to mix. Stir fry briskly for 1–2 minutes.
Transfer all the ingredients into an electric rice pot.
Add water or chicken stock and pandan leaves. Cook until rice turns dry and fluffy. Stir through just before serving.
To prepare the chicken, bring enough water to boil in a large pot. Put the chicken into the pot. Lower the heat and cook for 10–15 minutes uncovered. Turn off the flame and cover the pot. Allow the chicken to cook for 20–25 minutes.
Remove the chicken from the pot and immerse it in a basin of cold water for 5–6 minutes.
Next, take the chicken out of the basin of cold water and drain on a colander to dip dry before cutting up into serving pieces.
Arrange in a serving plate and garnish with spring onion and coriander leaves and cucumber slices.
To prepare the chilli garlic sauce, blend all sauce ingredients in an electric blender.
Adjust seasoning by adding salt and sugar to taste. Use immediately or store in a sealed jar until required.
For the ginger sauce, combine all the ingredients in an electric blender and whiz. Serve immediately or store in a sealed jar until required.
Next, combine all ingredients for the light soya sauce in a small saucepan. Heat the mixture until the sugar dissolves then set aside to cool before use.

Simple Fragrant Chicken Rice (pic above) and Pak Cham Kai (right).Simple Fragrant Chicken Rice
Ingredients500g Thai fragrant long grain rice2½ cups water or just enough2–3 cloves garlic, lightly smashed3 slices ginger1/2 tbsp oil1 tbsp butter or margarine50g chicken fat with skin1 tbsp chicken stock1 tsp salt or to taste2 pandan or screwpine leaves, shredded and knotted1.2–1.5 kg chicken1/2 tsp salt2 tsp sesame oil3 slices ginger2 stalks spring onion
Wash and clean the rice in several changes of water. Drain rice well in a colander.
Melt butter or margarine in a deep pot. Add in oil and chicken fat. Cook on medium-low heat until chicken fat turns lightly browned and oil seeps out. Remove and discard the chicken fat.
Add in rice, garlic and ginger. Stir well to mix. Pour in water and add chicken stock granules and pandan leaves. Cook until rice is dry and fluffy. Allow the rice to stand time before serving.
Rub salt and sesame oil all over the chicken. Insert the ginger slices and spring onion into the cavity of the chicken. Place the chicken in a deep dish and steam for 15–20 minutes or until chicken is cooked.
Remove chicken from the dish and cut the chicken into serving pieces. Use the chicken stock that’s left in the dish as gravy for the chopped chicken or add it to the chilli sauce when serving.
The chicken rice can be shaped into small rounds the size of golf balls. These are like the famous Malacca chicken rice balls and are an alternative way of serving chicken rice, one which children would perhaps find enjoyable compared to eating rice straight from the plate.

Orang Melayu leka pada hiburan

Malaysia Idol, Akademi Fantasia, Audition, Who Will Win merupakan di antara rancangan realiti tv yang berbentuk hiburan pada masa kini yang cukup popular dari anak kecil sehinggalah orang tua. Ternyatalah orang Melayu kita memang cukup suka akan rancangan yang berbentuk hiburan tidak kisahlah sama ada yang berbayar ataupun tidak.
Kita suka sangat hiburan sehinggakan sanggup membazirkan wang dan masa untuk menonton rancangan sebegini, buktinya sebanyak RM15 juta telah berjaya dikutip melalui undian SMS oleh sebuah syarikat penyiaran swasta baru-baru ini.
Alangkah bagusnya jika wang itu digunakan untuk membantu kanak-kanak yang mengalami penyakit kronik yang memerlukan wang untuk menjalani pembedahan. Sudah tentulah ramai kanak-kanak seperti adik Intan Syafiqah dapat diselamatkan jika semua masyarakat peka.
Tanpa segan silu, mereka sanggup menangis teresak-esak bagaikan budak kecil kerana terlalu fanatik terhadap artis yang dipuja siang dan malam itu terkeluar daripada senarai pertandingan.
Sungguh memalukan sekali bagi saya kerana murahnya air mata kita kepada hal yang tiada mendatangkan faedah satu sen pun kepada bangsa. Adakah kehidupan kita akan berubah selepas menangisi hal yang remeh itu? Tentu tidak.
Saya rasa orang Melayu terlalu leka dengan hiburan sehinggakan apa jua rancangan yang berbentuk hiburan akan mendapat sambutan di luar jangkaan.
Konsert di Malaysia sekarang ini diadakan hampir setiap bulan membuktikan rakyat Malaysia memang cenderung ke arah hiburan. Apa-apa majlis pun, penutupnya mesti ada hiburan. Hari Kebangsaan akan kita sambut tidak lama lagi, ramai artis telah dijemput untuk meraikan pengunjung yang hadir pada malam itu nanti. Penutupnya juga hiburan.
Kita sibuk menyuruh remaja menjadi insan yang bertanggungjawab kepada negara, pada masa yang sama juga kita lambakkan hiburan kepada mereka. Betulkah semua ini? Tercapaikah Wawasan 2020 nanti? Hiburan akan menyebabkan ramai yang leka, solat Maghrib juga ditangguh hanya kerana ingin menonton rancangan hiburan.
Tidak salah jika mahu berhibur, tetapi janganlah terlalu melampau. Ala kadar sahaja cukup, Nabi Muhammad s.a.w. juga berhibur tetapi tidaklah sehingga melalaikan.
Orang Cina dan India tidak terlalu cenderung ke arah hiburan, jika adapun, hiburan mereka tidaklah sehebat cara orang Melayu, selepas konsert ini habis, pesta ini pula bermula, kemudian karnival ini pula. Semuanya disasarkan kepada orang Melayu, akhirnya orang kita layu, sebabnya tanpa hiburan mereka tidak boleh maju.
Jika orang Cina dan India serta kaum lain sibuk mengejar kejayaan, orang Melayu pula sibuk mengejar hiburan yang tidak pernah bertebing itu.
Lebih parah lagi, seorang mufti yang sangat disegani telah mengharamkan sebuah konsert oleh sebuah televisyen swasta telah ditempelak kerana terlalu mengikut perasaan. Niat mufti tersebut mulia, iaitu tidak mahu orang Melayu terus hanyut dengan hiburan.
Jika konsert nasyid sekalipun, remaja Melayu tetap bergaul bebas kerana tidak diasingkan lelaki dengan perempuan. Jika konsert rock atau nasyid, mereka yang datang tetap berdua-duaan. Walaupun konsert itu atas tiket nasyid, maksiat tetap boleh berlaku.
Kaum lain akan menganggap orang Melayu ini tidak bersungguh-sungguh dalam segala hal kerana asyik berkhayal.
Mereka menganggap orang Melayu tidak boleh diharap, tidak boleh diambil bekerja di syarikat, mudah ditipu dan tidak bersungguh-sungguh menjalankan tugas kerana mereka lebih suka kepada perkara yang ada unsur hiburan. Ini akan menjatuhkan martabat orang Melayu sendiri di mata orang luar.
Untuk mengubah pemikiran masyarakat Melayu yang terlalu suka akan hiburan bukanlah mudah kerana ia sudah sebati dengan jiwa orang Melayu.
Orang Melayu terlalu leka dengan hiburan, tambahan pula sumber hiburan pada masa kini tidak perlu dicari kerana ia datang bergolek kepada kita secara percuma.
Oleh itu, saya merayu kepada semua cukuplah berhibur, mari kita sama-sama bangkit dari tidur agar orang kita tidak dikaitkan dengan orang yang suka berhibur.
Jika selama ini kaum lain menganggap orang Melayu tidak bersungguh-sungguh dalam semua hal kecuali hiburan, hari ini kita buktikan kepada mereka bahawa kita sudah berubah. Ñ HALMY OMAR, Tanjung Malim, Perak.
Kirim pendapat anda melalui emel: pendapat@utusan.com.my

Utusan Malaysia :: 26/8/2004



Wednesday, August 18, 2004

Orang Melayu di persimpangan jalan -- Persaingan globalisasi masa depan

MUKADIMAHPROF. Datuk Dr. Ismail Md. Salleh bertemu dengan sekumpulan mahasiswa yang cacat penglihatan di pejabatnya di Persatuan Bagi Orang Buta (MAB) di Brickfields, Kuala Lumpur, tengah hari kelmarin.
Sebagai seorang yang juga buta tetapi hari ini diiktiraf sebagai pakar ekonomi dan tokoh korporat yang disegani, beliau memang cukup dihormati dan menjadi pendorong kejayaan banyak orang.
Lebih kurang sejam kemudian, beliau meluangkan masa berbual dengan wartawan NOOR AZAM SHAIRI dan FAUZIAH AROF tentang masalah orang Melayu yang masih bergelut mengangkat martabat sosioekonomi dalam masyarakat berbilang kaum.
``Kita sekarang berada di per-simpangan. Pencapaian orang Melayu yang dibangga-banggakan sejak Dasar Ekonomi Baru tamat sudah semakin terhakis,'' katanya.
Ada dua sebab kenapa beliau berkata begitu: Pertama, tekanan globalisasi dan tuntutan persaingan antarabangsa, dan kedua, kegagalan pelaksanaan dasar-dasar tindakan afirmatif serta pemantauan yang lemah.
``Elok sangat kita membincangkan isu ini sekarang,'' tambahnya.
Beliau bagaimanapun menyuarakan kebimbangannya terhadap perbincangan isu itu melalui media massa yang nampak cukup rancak dalam tempoh seminggu ini.
``Janganlah hendaknya kita memperkatakan hal ini hanya kerana perhimpunan agung UMNO tidak lama lagi,'' katanya.
Ada satu hal penting yang cukup menarik dikupas oleh Ketua Jurulapor Majlis Perunding Ekonomi Negara II itu - tentang perlunya masyarakat mengubah pandangan dan pemahaman mereka terhadap isu agenda Melayu.
``Ini bukan isu perkauman atau usaha untuk mengangkat hanya satu kaum. Ini satu isu nasional,'' katanya.
UTUSAN: Dasar Ekonomi Baru (DEB) menyebut tentang penyusunan masyarakat dan pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum. Wujudkah apa yang dikatakan agenda Melayu ini atau ia sebenarnya agenda nasional?
ISMAIL: Jika kita mengambil latar belakang kedudukan orang Melayu dari apa dimensi pun seperti ekonomi, perniagaan budaya, sosial, kita memang terkebelakang terutamanya selepas merdeka dan dalam tahun 70-an. Pada masa yang sama, kita hendak mencapai satu kedudukan yang dikatakan adil dalam masyarakat.
Oleh sedemikian, mahu tidak mahu kita perlu mengangkat kedudukan orang Melayu itu sendiri. Itulah yang dikatakan sebagai agenda Melayu.
Tetapi saya bersetuju dengan saudara bahawa agenda Melayu harus menjadi agenda nasional. Ini kerana keadaan yang tidak adil dan tidak saksama dari pelbagai aspek, akhirnya akan mewujudkan keadaan sosial yang tidak stabil dan boleh meruntuhkan masyarakat itu.
Apabila rosak kedudukan sosial itu semua orang akan rugi. Dalam konteks ini, saya bersetuju bahawa agenda Melayu harus menjadi agenda nasional.
Apatah lagi sekarang ini, bilangan orang Melayu melebihi 60 peratus. Tetapi jika kaum yang majoriti ini menjadi minoriti dari segi kedudukan sosioekonominya, itu tidak menggambarkan keadilan.
Jika kedudukan orang Melayu setimpal dengan bilangan mereka saya rasa ini akan memberikan kebaikan kepada semua orang.
Apakah mungkin istilah agenda Melayu itu menyebabkan orang bukan Melayu tidak begitu membantu pelaksanaan DEB selama ini?
ISMAIL: Mungkin juga, kerana mereka merasakan ia untuk membantu satu kaum sahaja. Saya berpendapat kita perlu mendidik kaum-kaum lain supaya melihat kepentingan Melayu sebagai satu kepentingan nasional.
Mereka harus difahamkan bahawa jika agenda Melayu tidak diselesaikan, masyarakat akan porak-peranda. Orang Cina dan India yang mengaut kekayaan pun nanti akan rugi. Keadaan ini pernah berlaku apabila tercetusnya rusuhan kaum tahun 1969 dulu.
Bagaimana hendak mendapatkan sokongan bukan Melayu?
ISMAIL: Ini satu cabaran kepada kita semua. Kita memang mahu mewujudkan keadaan yang menguntungkan semua orang; semua kaum boleh bergabung dan mengambil faedah daripada kekuatan masing-masing.
Orang Melayu yang lebih dekat dengan kerajaan sehingga boleh mendapat kontrak kerajaan boleh bergabung dengan orang Cina yang mempunyai kuasa ekonomi.
Tetapi, setakat ini dalam masyarakat kita suasana `tidak mempercayai' antara kaum ini masih lagi kukuh. Inilah faktor penghalangnya apabila satu-satu kaum itu melihat sesuatu yang diceburi bersama itu akan merugikan mana-mana pihak dan tidak melihat keuntungan kepada kedua-duanya.
Selagi ada pandangan seperti ini, ia amat menyulitkan penyertaan orang Melayu. Masalah ini masih kukuh dalam masyarakat kita. Maknanya mereka yang mempunyai kuasa ekonomi ini tidak mahu mengaku kalah atau bekerjasama. Inilah paling sukar sekali.
Kita boleh mencuba tetapi saya sendiri tidak mempunyai keyakinan perkara itu boleh berlaku dalam masa yang singkat. Ia boleh berlaku apabila orang Melayu ada kedudukan, barulah kaum lain mahu bekerjasama.
Oleh itu, mahu atau tidak kita masih memerlukan sokongan daripada sektor awam untuk memperkukuhkan kedudukan orang Melayu sehinggalah kerjasama dapat diwujudkan.
Kalau kedudukan kita masih terkebelakang harapan untuk mengadakan kerjasama ini amat sukar kerana mereka bimbang jika kerjasama dengan Melayu mereka akan hilang pula kepentingan-kepentingan mereka sendiri.
Apakah itu akan berlaku?
ISMAIL: Tidak semestinya. Kerjasama itu boleh mewujudkan satu suasana ekonomi yang menguntungkan semua pihak. Bagaimanapun dalam hakikat ini tidak diyakini dengan mendalam oleh masyarakat.
Oleh itu, orang Melayu tiada banyak pilihan selain terpaksa menggunakan kuasa kerajaan untuk memperkukuhkan kedudukan.
Adakah ini menunjukkan ada kaum yang hanya mahu kaya sendiri?
ISMAIL: Itulah hakikat yang berlaku. Mereka tidak mahu memecahkan kedudukan mereka sebaliknya mahu menguasai sepenuhnya.
Apakah melibatkan sokongan semua kaum itu sesuatu yang ideal?
ISMAIL: Apabila bercakap mengenai agenda Melayu mahu tidak mahu kita masih memerlukan sokongan kerajaan, bukannya perlindungan. Sokongan perlu diwujudkan ketika orang Melayu sendiri terpaksa bersaing untuk mendapatkan sesuatu dan berdasarkan meritokrasi juga.
Bagaimanapun, meritokrasi itu perlu dilaksanakan di peringkat orang Melayu dulu. Jangan wujudkan meritokrasi secara global kerana kedudukan kita berbeza. Kita masih lemah tetapi orang lain sudah kukuh, dan apabila ada meritokrasi ia jadi tidak adil.
Apakah yang boleh Datuk simpulkan tentang prestasi bumiputera sekarang?
ISMAIL: Ekonomi orang Melayu dan bumiputera kini berada di persimpangan jalan. Kita berhadapan dengan pelbagai cabaran terutamanya globalisasi, persaingan dan kurangnya sistem pemantauan. Jika ini berterusan ada kemungkinan - dan ada juga bukti-bukti - bahawa apa juga pencapaian yang kita peroleh setakat ini akan semakin terhakis.
Tetapi jika kita boleh melaksanakan dasar-dasar dan strategi yang berkesan, mungkin kita masih menangani masalah ini dan terus dapat mencapai harapan kita. Itu maksud saya.
Tetapi sekarang ini tanda-tandanya berat menunjukkan berlakunya penghakisan.
Adakah ini kritikal?
ISMAIL: Ya, kritikal. Dalam tahun 1970 kedudukan kepentingan kita dalam pemilikan harta hanya 2.4 peratus manakala dalam tahun 1990 sudah meningkat kepada 19.3 peratus. Tetapi pada tahun 2000 ia berkurangan semula kepada 18.7 peratus. Jika trend ini terus berlaku, dalam tempoh 10 tahun lagi kita hanya mungkin mencapai 13 atau 14 peratus sahaja.
Pada tahun 1970, setiap satu ringgit yang diperoleh oleh orang luar bandar , orang di bandar mendapat RM2.14 sen. Sungguhpun dalam tahun 1990 kedudukan itu sudah agak baik iaitu RM1 kepada RM 1.70 sen tetapi hari ini kita sudah balik kepada keadaan 1970. Itu menunjukkan betapa buruk keadaan kita sekarang.
Jika keadaan ini berterusan, dalam jangka 15 tahun lagi kita mungkin berada dalam RM1.00 berbanding RM10.40 sen di bandar. Kedudukan orang luar bandar akan terus terhakis.
Jika kita tidak melakukan sesuatu ia akan mencetuskan ketidakstabilan sosial dan tidak mustahil boleh timbul satu lagi suasana yang tegang di antara kaum.
Ini bukan kenyataan untuk menakut-nakutkan?
ISMAIL: Bukan. Apa yang saya katakan ini berasaskan fakta dan angka. Trendnya sudah kelihatan dan akan menjadi lebih sukar kerana sistem globalisasi yang tidak mengenal kaum. Orang yang lemah akan terus ditekan. Kita akan dapati kedudukan orang Melayu lebih sukar pada masa akan datang.
Dalam senario itu, apakah formula untuk memajukan orang Melayu dan mereka yang di luar bandar?
ISMAIL: Ada beberapa isu yang perlu kita tangani. Kita perlu ada sasaran yang jelas. Pertama, kita perlu mencapai kadar pendapatan yang hampir pariti dalam satu tempoh tertentu, cuba menyamaratakan purata pendapatan antara Melayu dan bukan Melayu, luar bandar dan bandar.
Keduanya, Pekali Gini iaitu indeks mengukur ketidaksamaan yang berjumlah 0.461 di Malaysia perlu dikurangkan pada sekitar 0.3 atau 0.35, sama seperti di negara-negara maju.
Dalam aspek kemiskinan pula, kita perlu menyasarkan bukan sekadar kemiskinan tegar sahaja tetapi mereka yang berada di peringkat 30 peratus ke bawah. Jumlah ini memang melibatkan semua kaum tetapi majoritinya orang Melayu.
Kita juga perlu mewujudkan satu sistem persaingan di kalangan orang Melayu melalui sistem francais. Orang Melayu lemah dalam segi kewangan dan pengurusan, takut mengambil risiko. Apabila diletakkan dalam sistem francais mereka boleh bersaing sesama sendiri. Ini adalah untuk mendidik mereka.
Di samping itu, orang Melayu yang berkelayakan dan mampu masih harus terus diberikan sokongan melalui kontrak-kontrak kerajaan ataupun melalui syarikat yang diswastakan.
Sebenarnya bolehkah orang Melayu survive dalam persaingan yang luas?
ISMAIL: Semasa DEB tamat pada tahun 1990, pencapaian orang Melayu agak baik. Kita telah berjaya mewujudkan golongan menengah yang baik dan mula menceburi bidang-bidang profesional.
Mungkin dalam keadaan seperti itu pemerintah mula merasakan kita sudah bersedia untuk bersaing. Kita mungkin terlupa pada masa itu juga berlaku perubahan ekonomi yang begitu mendadak dan pertumbuhan ekonomi yang begitu besar.
Dalam keadaan itu keupayaan orang Melayu dari segi penguasaan dan produktivitinya masih terkebelakang berbanding dengan kaum-kaum lain.
Kerana itu, orang Melayu ketinggalan semula. Saya menganggap dekad 90-an adalah zaman gelap kepada orang Melayu dan bumiputera. Ia dekad yang cukup malang dan diburukkan lagi oleh kegawatan ekonomi dunia pada penghujungnya.
Kesan penghakisan penguasaan ekonomi yang bermula pada tahun 1997 itu cukup besar kepada orang Melayu kerana orang Melayu selama ini tidak mempunyai asas modal yang begitu kukuh. Mereka terpaksa berhutang sedangkan orang lain ada modal sendiri. Apabila berlakunya krisis ekonomi ini, mereka yang meminjam modal ini terpaksa menjual aset kerana hendak melangsaikan hutang. Ini bukan pilihan orang Melayu.
Dalam wawancara dengan Mingguan Malaysia, Profesor Diraja Ungku Aziz menyebut tentang sindrom kacang lupakan kulit. Banyak orang Melayu yang berjaya kerana DEB tidak kembali membantu bangsanya yang di bawah. Kenapa itu berlaku?
ISMAIL: Betul apa yang dikatakannya itu. Kepada saya, sepatutnya mereka yang mendapat projek penswastaan daripada kerajaan ini perlu wujudkan sistem vendor, menyediakan payung untuk membantu yang kecil-kecil.
Saya pun tidak tahu apa sebabnya mereka menjadi begitu. Mereka lebih untuk kaya sendiri sahaja dan terlalu individualistik.
Mereka tidak seperti peniaga Cina; apabila kita hendak beli sesuatu barang dari kedai mereka tetapi barang itu tiada, dia boleh pergi ke kedai kawannya untuk mengambil barang itu. Ada sistem sokong-menyokong.
Kuasa membeli orang Melayu besar tetapi kedai runcit Melayu jika kita lihat terdapat kedai runcit orang Melayu yang menjalankan kegiatan di kampung tidak boleh hidup tetapi kedai Cina masuk ke kampung boleh hidup.
Kita selalu bercakap tentang kelemahan orang Melayu dalam bidang ekonomi. Soalnya apakah orang Melayu langsung tidak mempunyai kekuatan yang boleh digunakan?
ISMAIL: Kreativiti dan kehalusan seni orang Melayu. Orang Melayu agak handal kalau dalam bidang sastera, kesenian dan kebudayaan tetapi kenapa tidak kita mengambil kesempatan daripada kekuatan ini.
Mengapa tidak kita usahakan untuk mengkomersialkan bidang-bidang ini, kalau boleh sehingga jadi macam Bollywood. Tetapi tiada langkah-langkah yang diambil untuk menggunakan sepenuhnya kekuatan kita ini.
Ini sama seperti dalam bidang media, animasi, seni lukis dan sebagainya. Orang Melayu memang hebat dalam bidang-bidang ini barangkali kerana jiwanya yang halus. Sayang, bidang ini tidak kita pupuk sehingga boleh menguntungkan. Pemimpin Melayu perlu duduk dan melihat apa kekuatan kita dan menyusun agenda ini.
Apakah harapan Datuk kepada para pemimpin UMNO?
ISMAIL: Saya ingin sekali lagi mengingatkan pemimpin Melayu bahawa kedudukan kita di persimpangan jalan. Kita perlu melakukan sesuatu untuk memperbetulkan kepincangan yang wujud dalam masyarakat ini.
Saya sangat-sangat mengharapkan isu kepincangan ini tidak menjadi satu agenda yang fashionable - isu yang hanya dibangkitkan secara bermusim. Apabila dekat dengan perhimpunan, masalah ini diheboh-hebohkan tetapi kemudiannya senyap begitu saja, seperti sebelum-sebelum ini.
Saya sangat berharap perbincangan tentang isu ini menjadi satu common exercise yang kita lakukan dari masa ke masa. Untuk melakukan itu, pertama, kita harus jelas tentang sasaran yang hendak kita capai. Pada masa yang sama kita harus mewujudkan satu sistem pemantauan yang teratur dan berkesan.
Kita perlu melihat apa yang sudah dicapai, apa yang memerlukan pembetulan dan sebagainya. Inilah yang dikatakan pemantauan.
Masalahnya selepas DEB tamat pada tahun 1990 dulu, kita tidak lagi begitu memantaunya dengan serius. Akibatnya kita jadi kehilangan punca - tidak tahu apa yang sedang berlaku dan apa lagi yang perlu dilakukan.
Kepada saya, kita perlu ada pemantauan yang berterusan. Selepas itu kita keluarkan laporan tahunan setiap tahun, sama seperti kita mengeluarkan laporan Bank Negara dan laporan pencapaian ekonomi. Mungkin hanya dengan itu saja kita dapat memantau perkembangan pencapaian ekonomi dari segi etnik serta bandar dan luar bandar.

Utusan Malaysia :: 16/8/04

Menang bentuk, kalah isi

Oleh DATUK DR. NORRAESAH MOHAMAD
APABILA sebut saja tentang agenda Melayu senyuman dan kata-kata sinis akan dilontarkan oleh mereka yang menganggap ini sebagai isu kuno, lapuk bahkan memalukan dalam era ketika perkataan dan konsep yang diterima ialah globalisasi, liberalisasi dan meritokrasi.
Dasar Ekonomi Baru (DEB) dengan matlamat serampang dua mata iaitu pembasmian kemiskinan dan penyusunan masyarakat bagi menjamin pengagihan yang adil dan peluang yang saksama kadangkala diperlekehkan sebagai sesuatu yang juga tidak fashionable bahkan tidak relevan.
Kita umpama terlupa bahawa falsafah DEB ialah `pertumbuhan dengan pengagihan' apabila kesamarataan atau equity menjadi buruan yang akhirnya bermatlamatkan perpaduan negara dan kestabilan politik.
Matlamat-matlamat ini tentunya masih relevan. Kalau objektif dan matlamat-matlamat ini tetap relevan dan penting maka kita harus melihat sama ada DEB telah mencapai sasarannya.
Dari mata kasar, orang Melayu nampaknya sudah berjaya. Ramai yang menjadi usahawan, ahli perniagaan yang disegani, jutawan terkenal, ahli korporat berkaliber, ahli-ahli profesional hebat yang dapat bersaing di medan antarabangsa dan juga penyelidik yang diiktiraf oleh rakan setara mereka di luar negara. Apa yang lebih menakjubkan, bilangan para graduan begitu ramai dan semakin meningkat.
Sememangnya dalam masa yang singkat semenjak DEB diperkenalkan pada tahun 1971, orang Melayu telah berjaya berhijrah dari sektor tradisional pertanian, ke sektor-sektor yang dahulunya tidak diterokai atau dimonopoli oleh bangsa asing dan kaum lain.
Kehebatan orang Melayu dalam bidang politik tidak dapat ditandingi. Bahkan inilah satu-satunya bidang di mana orang Melayu hampir memegang kedudukan monopoli. Kebijaksanaan orang Melayu menggubal dasar dalam apa juga bidang diperakui oleh semua. Berasaskan fakta-fakta dan kenyataan-kenyataan ini, orang Melayu berjaya dan seharusnya berjaya.
Tetapi adakah ini benar? Bolehkah kejayaan diukur berasaskan prestasi sejumlah kecil mereka yang berjaya? Adakah Melayu sudah berjaya kerana sudah pandai berjinak-jinak dengan pasaran saham? Adakah quasi monopoli politik bererti kejayaan atau penjamin kepada kejayaan?
Pencapaian sebenar orang Melayu harus diukur secara menyeluruh dan berasaskan bandingan relatif, dan bukan absolute iaitu bukan setakat melihat kedudukan dulu dan sekarang tetapi membuat perbandingan pencapaian sosioekonomi orang Melayu yang kebetulan adalah 61 peratus penduduk Malaysia dengan kaum-kaum lain.
Matlamat DEB dan falsafah `Pertumbuhan dengan Ekuiti' atau kesamarataan hanya akan dianggap tercapai sekiranya jurang perbezaan antara orang Melayu dan kaum-kaum lain dalam tiga soal penting iaitu pendapatan, pekerjaan dan pengwujudan kekayaan (wealth creation) tidak ketara atau tidak lebar.
Petunjuk-petunjuk sosioekonomi penting yang ada menyangkal tanggapan bahawa orang Melayu secara menyeluruh sudah mencapai kejayaan yang boleh dibanggakan. Di sektor-sektor berproduktif tinggi dan di mana nilai tambahan adalah tinggi, terutama sektor pembuatan, kehadiran orang Melayu terlalu kecil. Walhal sektor ini merupakan penjana utama pertumbuhan ekonomi negara, menyumbang 30% kepada KDNK negara tiap tahun.
Sektor perkhidmatan yang dikenal pasti, bahkan sudah pun terbukti sebagai sektor yang dinamik dari segi pertumbuhan dan sumbangan pada KDNK masih tidak menyaksikan penyertaan yang bermakna daripada orang Melayu.
Dalam industri runcit yang berjumlah RM60 bilion setahun dan berkembang pada 9.2 peratus setahun, penyertaan orang Melayu mengecewakan. Galakan yang diberi untuk memajukan industri kecil dan sederhana bertujuan membentuk masyarakat perniagaan dan perdagangan bumiputera (MPPB).
Untuk ini berbilion ringgit diperuntukkan, tetapi pencapaian masih jauh dari sasaran. Sebagai contoh dalam program francais, hanya 572 francaisi dapat dilahirkan dari sasaran 1,200 di bawah RMK7. Di samping itu, daripada jumlah peruntukan pembiayaan yang begitu besar, pengusaha Melayu yang melanggan masih dalam minoriti.
Sasaran untuk mencapai 30 peratus ekuiti bagaikan sesuatu yang mustahil. Daripada 20.6 peratus yang dicapai pada awal 1997, peratusan menurun akibat krisis kewangan yang melanda pada Julai tahun yang sama. Kini peratusan berada pada tahap yang lebih rendah iaitu 18.3 peratus.
Sementara kita berbangga dengan jumlah bilangan profesional Melayu yang meningkat seperti doktor, jurutera, akauntan, arkitek, peguam dan lain-lain, kita dikejutkan oleh perangkaan yang menunjukkan bahawa dari sudut relatif, orang Melayu jauh ketinggalan.
Apa yang merunsingkan lagi, 90 peratus, jika tidak lebih, dari ribuan para graduan yang menggangur terdiri daripada anak-anak Melayu. Ini antara lain menunjukkan bahawa anak-anak Melayu tidak mempunyai ciri-ciri yang menentukan employability. Disiplin yang diikuti mungkin tidak bersesuaian dengan kehendak pasaran pekerjaan atau ada perkara-perkara yang tidak membantu di luar penglihatan.
Petunjuk yang lebih membimbangkan ialah nisbah pendapatan antara orang Melayu dan bukan Melayu yang semakin mengengkang. Sebelum DEB jurang berbezaan dalam pendapatan atau income disparity ratio antara Melayu dan Cina ialah 1:2.29. Pada tahun 1999 ia menurun pada 1:1.74 dan kini berada pada tahap 1:1.83.
Ini bermakna bahawa bagi setiap satu ringgit yang orang Melayu perolehi, rakan Cinanya memperoleh hampir dua kali ganda. Ini juga bererti matlamat kesamarataan antara kaum iaitu aspek penyusunan semula masyarakat jauh dari sasaran.
Kini kita menghadapi cabaran-cabaran baru berbagai-bagai bentuk dan nama; globalisasi, liberalisasi, saingan antarabangsa, dunia ICT, K-ekonomi yang akan meletakkan orang Melayu lebih jauh dari pembangunan, sekiranya keadaan yang ada berterusan dan orang Melayu sendiri masih dalam state of denial dan menidakkan realiti.
Banyak yang sudah diperkatakan tentang jurang digital yang akan lebih memburukkan lagi landskap sosioekonomi Melayu. Banyak lagi angka dan petunjuk yang dapat dipaparkan untuk membuktikan bahawa orang Melayu jauh ketinggalan dalam pelbagai segi dan bidang.
Berlandaskan petunjuk-petunjuk di atas sahaja tanpa data perangkaan lain dan analisis yang lebih terperinci, orang Melayu tidak boleh menganggap mereka sudah berjaya dan begitu bersedia beraksi di pentas meritokrasi.
Kejayaan segolongan kecil tidak boleh diterjemahkan sebagai kejayaan orang Melayu, apatah lagi apabila majoriti di antara kita iaitu the critical mass masih ketinggalan jauh dan terpinggir dari arus pembangunan sebenar. Kejayaan minoriti juga sukar dipertahankan sekiranya kelompok yang kritikal tidak bersama kerana secara purata ia melemahkan pencapaian menyeluruh.
Orang Melayu terutama yang sudah berjaya sama ada sebagai usahawan atau profesional muda yang berpotensi harus menyedari dan mengakui bahawa mereka `bertempat' hasil daripada strategi-strategi di bawah DEB.
Mengembalikan DEB dalam apa jua bentuk rupa dan nama bukan soal memberi keutamaan kepada orang Melayu tetapi sebagai mekanisme berkesan untuk mencapai pertumbuhan dengan pesamarataan (Growth with equity).
Strategi pembangunan yang berfokuskan pemindahan orang Melayu ke sektor berproduktif tinggi tanpa kebocoran dalam pelaksanaan, akan membawa kepada pertumbuhan ekonomi negara yang lebih tinggi. Potensi kuasa membeli 61 peratus penduduk harus digilap untuk kepentingan pertumbuhan secara menyeluruh.
Orang Melayu perlu mengulang kaji ekonominya, terutama cendekiawan intelek dan pemimpin. Berhadapan dengan proses globalisasi dan liberalisasi yang mengancam kesejahteraan yang ada, cabaran kepada negara ialah mempertahankan pertumbuhan dan daya saing.
Ada dua peringkat cabaran kepada orang Melayu - peranan dan tanggungjawab yang berganda. Tanggungjawab pertama ialah kepada diri sendiri sebagai komponen penduduk yang terbesar dan kedua sebagai rakyat Malaysia.
Orang Melayu, dan bukan hanya kerajaan, harus menghitung dan memutuskan sama ada mereka mahu melihat jurang perbezaan pendapatan, pekerjaan dan pengumpulan kekayaan yang terdapat antara Melayu dan kaum lain didekatkan atau sebaliknya. Orang Melayu sendiri harus memikul tanggungjawab menyamaratakan padang permainan ekonomi.
Untuk melakukan ini orang Melayu mesti mempunyai keazaman yang cekal digandingi usaha yang gigih dan berterusan. Berbekalkan ciri-ciri ini barulah dasar dan strategi sokongan daripada kerajaan boleh membawa kesan dan makna. Jika ini berjaya dilakukan orang Melayu akan memenuhi tanggungjawab keduanya sebagai warga Malaysia apabila kapasiti yang meningkat membantu negara menghadapi cabaran dari luar.
Jelas bahawa soal peningkatan orang Melayu, mengikut proses timbal balik, ialah soal kepentingan negara. Cabaran utama yang harus dihadapi segera oleh orang Melayu ialah kesedaran dan kejujuran menerima segala realiti.
Penyelesaian bermula dengan menerima kenyataan dan bukan menidakkannya. Penyelesaian juga bermula dengan mengenali kelemahan bukan mencari kesalahan.
Jika orang Melayu tidak sanggup menerima kenyataan tentang kelemahan serta tidak sanggup pula bertindak untuk memperbaiki kedudukan, mereka akan dicatat dalam sejarah sebagai kaum yang berjaya dalam bentuk (form) tetapi kalah dalam substance. Orang Melayu memperjuangkan dan memenangi kemerdekaan tetapi gagal meraih hasil kemerdekaan itu.
UMNO ditubuhkan untuk memperjuangkan kepentingan bangsa, agama dan negara. Ahli-ahli UMNO harus menjadi orang pertama menyedari dan memberi perhatian terhadap soal agenda Melayu.
Adalah diharapkan bahawa, menjelang Perhimpunan Agung UMNO September ini, para perwakilan dan pemimpin UMNO, dalam keghairahan pemilihan dapat memberi tumpuan kepada soal ini.
Ungkapan `agenda Melayu' yang kadang- kala dianggap sebagai ungkapan `menghina' (derogatory) dalam konteks political correctness hari ini harus mendapat pengertian sebenar.
Agenda Melayu bukan soal ketuanan Melayu atau memberi keutamaan kepada orang Melayu tetapi ia adalah soal kesamarataan (equity) sosioekonomi dalam pembangunan negara yang majmuk.
* DATUK DR. NORRAESAH MOHAMAD ialah Pengerusi Alcatel Network Systems (Malaysia) Sdn. Bhd. yang juga ahli Majlis Tertinggi UMNO

Mingguan Malaysia :: 8/8/2004

Profesor Diraja Ungku Aziz ulas isu `menang bentuk, kalah isi' - Melayu tidak kisah bangsa

MUKADIMAHProfESOR Diraja Ungku Aziz cepat bersetuju ketika mahu diwawancara tentang isu agenda Melayu yang berbangkit ekoran tulisan ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Norraesah Mohamad di halaman ini minggu lalu.
Pada hari dan masa yang dijanjikan, Pak Ungku membawa bersamanya Laporan Majlis Perundingan Ekonomi Negara II yang diserahkan kepada kerajaan pada 2 November 2000.
Beliau salah seorang anggota badan itu dan duduk di dalam Jawatankuasa Kerja Pembasmian Kemiskinan.
``Penyelesaiannya sudah ada dalam laporan ini tetapi kita selalu mahu mencari cara-cara baru,'' katanya kepada wartawan NOOR AZAM SHAIRI, kelmarin.
Menurut Pak Ungku isu agenda sosioekonomi orang Melayu harus dibincangkan selalu kerana hanya dengan cara itu saja dapat dicari jalan penyelesaiannya yang berkesan.
``Agenda Melayu ini tidak terbatas sehingga bulan September nanti saja,'' katanya merujuk kepada Perhimpunan Agung UMNO.
Dalam pertemuan itu, Pak Ungku turut membangkitkan satu sikap orang Melayu yang pada pandangannya banyak merosakkan bangsa itu sendiri.
``Orang Melayu tidak berfikir sebagai satu ummah. Kita individualis nombor satu,'' katanya.
Beliau juga membangkitkan sindrom kacang lupakan kulit di kalangan orang Melayu.
MINGGUAN: Apakah yang terlintas dalam fikiran Pak Ungku selepas membaca tulisan Dr. Norraesah itu?
UNGKU AZIZ: Ia satu tulisan yang sangat baik. Saya seorang yang susah hendak berpuas hati tentang orang lain termasuk terhadap diri sendiri.
Saudara jangan lupa bahawa dia memiliki ijazah kedoktoran sains ekonomi dari University of Paris I Pantheon-Sorbonne, salah sebuah universiti yang terkemuka di Eropah dan universiti nombor satu Perancis sama seperti Oxford dan Cambridge di England dan Harvard di Amerika Syarikat.
Saya fikir beliau ini seorang intelek yang tidak begitu digunakan kepakarannya. Kalau saya diminta menyenaraikan 10 tokoh pemikir wanita di negara ini, senang-senang beliau antara lima yang teratas.
Tulisannya itu padat dan menyentuh secara keseluruhan isu-isu tentang masalah sosioekonomi orang Melayu walaupun tidak dengan mendalam.
Tetapi beliau tidak begitu lantang dalam erti kata tidak mempersoalkan kenapa orang Melayu di Kedah, Kelantan dan Terengganu misalnya bertubuh kecil berbanding di negeri-negeri lain. Kenyataan ini bukan pandangan peribadi saya tetapi itulah juga yang dinyatakan dalam laporan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) negara.
Apa yang saya bangkitkan ini ada kena-mengena dengan isu agenda Melayu ini.
Kenapa tubuh mereka lebih kecil?
UNGKU AZIZ: Saya juga selalu bertanya soalan yang sama: Apakah Tuhan memang menjadikan orang Melayu comel dan kecil?
Keadaan orang Jepun selepas Perang Dunia Kedua juga serupa. Tetapi selepas kalah perang itu mereka bertanyakan soalan yang sama yang kita tanyakan kepada orang Melayu sekarang: ``Apa yang tidak kena dengan bangsa ini? Kenapa kita tidak boleh berjaya dalam pelbagai bidang?''
Orang Jepun menemui jawapan kepada pertanyaan-pertanyaan itu dan mereka menyelesaikannya - pendidikan yang bermutu dan pemakanan yang seimbang. Hasilnya tubuh mereka besar, minda mereka cergas dan kita tahu mereka menguasai ekonomi.
Kejayaan bangsa Jepun itu boleh kita tiru. Hal ini sudah saya kupas dengan panjang lebar beberapa kali sebelum ini.
Apa kaitannya cerita itu dengan perbincangan kita ini?
UNGKU AZIZ: Ada dua perkara yang boleh mengubah nasib orang Melayu pada jangka panjang - pendidikan dan pemakanan yang seimbang.
Pada masa yang sama kita harus mengubah perenggu minda (mindset) orang Melayu. Kalau kita lihat secara keseluruhannya orang Melayu tidak cenderung mahu mencapai kecemerlangan dalam bidang yang mereka ceburi.
Orang Melayu tidak ada pemikiran yang bersungguh-sungguh mahu berjaya; tidak ada motivasi mahu belajar secara berterusan seperti orang Jepun dan Eropah. Mereka ada pemikiran itu kerana mereka mahu berjaya. Bangsa Cina juga begitu, selalu berfikir bagaimana mahu memperbaiki diri.
Kita harus mencari jalan bagaimana hendak memberi motivasi kepada orang Melayu supaya berubah.
Pak Ungku ada jawapannya?
UNGKU AZIZ: Orang selalu menyebut tentang anjakan paradigma tetapi saya minta maaf, sebenarnya banyak yang tidak faham pun apa yang mereka katakan itu. Kalau kita asyik berklise kita tidak akan berfikir untuk menyelesaikan masalah.
Kita mesti mengubah pandangan orang Melayu tentang pendidikan, bahawa ia adalah satu proses sepanjang hayat dan bukan hanya setakat mendapat ijazah saja. Saya sudah berumur 82 tahun. Saya tidak nampak pelik kalau perlu belajar tentang perisian komputer misalnya kerana itu bidang yang saya kurang mahir. Memang susah tetapi saya mencuba dan memaksa diri belajar.
Saya masih sedia belajar walaupun umur sudah begini. Tetapi bagaimana dengan berjuta-juta orang Melayu lain?
Cita-cita Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan lebih 30 tahun lalu. Soalnya kenapa terlalu susah untuk menukar orang Melayu dalam tempoh satu setengah generasi itu?
UNGKU AZIZ: Generasi awal fasa pertama DEB dulu, katakan pada pertengahan tahun 1970-an, sudah berjaya. Banyak yang sudah kita capai dalam bidang pendidikan termasuk menubuhkan pusat asasi sains yang kemudiannya melahirkan doktor dan jurutera Melayu.
Kita telah melalui zaman yang baik itu sehingga awal tahun 1980-an. Selepas itu di bawah kepimpinannya Tun Dr. Mahathir Mohamad memperkenalkan wawasan bahawa orang Melayu boleh survive dalam persaingan yang bebas.
Salahkah wawasan itu?
UNGKU AZIZ: Ia mustahil boleh berlaku. Malah di sesetengah negara maju masih ada kepercayaan bahawa kelompok tertentu harus perlu diberikan perhatian yang lebih dan sedikit istimewa kalau mahu mereka berjaya.
Kelemahan pada orang Melayu yang perlu dibela ini adalah masalah pemikiran masyarakat kita yang telah terbentuk oleh penjajahan. Kita belum bersedia untuk meritokrasi.
Tetapi tidakkah kalau terlalu banyak diberikan bantuan orang Melayu akan jadi begitu manja?
UNGKU AZIZ: Ini satu lagi klise. Bantuan apa yang kita beri? Saya tadi menyebut tentang pendidikan dan pemakanan sebagai ejen perubahan. Tulisan saya dalam laporan Mapen II menyebut bahawa setiap orang harus makan telur ayam sekurang-kurangnya sebiji seminggu.
Hakikatnya kalau kita buat kaji selidik di Kelantan dan Terengganu puratanya hal ini tidak berlaku. Jadi bagaimana boleh dikatakan bahawa kita sudah membantu orang Melayu?
Saya bukan bercakap tentang penyelesaian jangka pendek tetapi jangka panjang iaitu melalui pendidikan dan pemakanan.
Apa salah kepimpinan Melayu dalam hal ini?
UNGKU AZIZ: Mereka mengelak daripada menyentuh isu-isu yang sebenarnya relatif iaitu kemiskinan, kekurangan fizikal dan kelemahan mental.
Para pemimpin selalu bercakap tentang hal-hal yang asing. Kita bercakap tentang meningkatkan teknologi dalam pertanian tetapi hakikatnya orang Melayu miskin dan tidak ke mana. Kita juga banyak bercakap tentang pembangunan usahawan tetapi bagaimana sebenarnya mahu menjadikan mereka sebagai usahawan.
Orang Melayu juga bersalah dalam hal ini. Kerajaan misalnya bercakap tentang penguasaan bahasa Inggeris tetapi orang Melayu secara individu tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk menguasainya. Kita selalu ada tanggapan bahawa orang lain akan melakukannya dan bukan kita sendiri. Kita menganggap anak kita nanti akan menguasainya.
Apakah yang harus dilakukan oleh pimpinan Melayu untuk menangani masalah ini?
UNGKU AZIZ: Para pemimpin harus duduk berbincang dan menggariskan masalah-masalah utama yang dihadapi oleh orang Melayu, dan berusaha menyelesaikannya.
Kita perlu jelas apakah agenda Melayu yang hendak kita capai. Kita harus menggariskan cara-cara untuk menjadikan bangsa Melayu berjaya dan cemerlang.
Orang Melayu rata-ratanya Islam dan berpegang kepada al-Quran. Dalam tulisan pentingnya di majalah al-Ikhwan pada tahun 1927 Pendeta Za'ba mengupas sepotong ayat al-Quran tentang manusia hanya mendapat apa yang dia usahakan. Soalnya apakah manusia Melayu yang Islam ini tidak tahu?
UNGKU AZIZ: Mereka tahu tetapi tidak terdaya kerana malas berfikir dan merasakan itu kerja orang lain. Orang Melayu suka duduk dan tengok orang lain buat. Inilah budaya yang harus diubah.
Masalah orang Melayu ialah mereka suka duduk bersembang, pergi wakaf main dam dan mencari keseronokan, baik yang halal atau haram hanya semata-mata untuk mengalihkan tumpuan daripada dunia sebenar.
Inilah simptom budaya kita yang lemah. Kita tidak ada akar budaya yang kuat yang boleh melonjakkan kita ke depan. Cuba lihat budaya orang Cina yang sudah ada pada diri mereka sejak beribu-ribu tahun lalu. Perkataan kiasu itu jelas menggambarkan watak orang Cina. Kenapa orang Melayu tidak kiasu?
Elok juga saudara bangkitkan tentang Pendeta Za'ba. Beliau menulis buku Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri. Buku itu kepada saya cukup relevan untuk dibaca semula pada hari ini oleh semua orang Melayu.
Tentang sikap buruk orang Melayu, Munsyi Abdullah juga dulu membangkitkan hal yang sama - kejengkelannya tentang perangai orang Melayu. Gambaran beliau dulu itu masih sama sekarang tetapi setidak-tidaknya Za'ba ada menunjukkan cara keluarnya dalam buku itu.
Bagaimana Pak Ungku melihat isu agenda Melayu ini dan kaitannya dengan UMNO?
UNGKU AZIZ: Para pemimpin UMNO sedang menempatkan diri mereka dalam barisan kepimpinan. Saya hendak bertanya satu soalan yang paling asas: Adakah ini saja yang dikatakan berpolitik?
Kenapa tidak ada pemimpin UMNO yang memberitahu sekiranya terpilih mereka akan memperjuangkan isu-isu pendidikan untuk orang Melayu atau skim makanan khas untuk para pelajar Melayu, misalnya. Inilah yang harus ditanyakan oleh orang Melayu kepada para pemimpin yang hendak bertanding ini: Apa program mereka untuk orang Melayu?
Dalam pemilihan jawatan politik di negara lain, para pemimpinnya bersaing atas isu-isu. Tetapi dalam pemilihan UMNO tidak ada pemimpin yang menyatakan program-program mereka untuk orang Melayu.
Ini yang saya katakan masalah pemikiran orang Melayu tadi - ``orang lain akan buat'', orang yang dipanggil pakar. Mereka hanya perlu menang saja seolah-olahnya yang lain itu akan berlaku dengan kuasa ajaib.
Kita terlalu individualistik. Kita tidak berfikir sebagai satu ummah. Kita individualis nombor satu.
Maksudnya?
UNGKU AZIZ: Kita hendak naik sendiri-sendiri. Kita kena tahu membezakan antara perjuangan untuk kepentingan individu atau perjuangan untuk memperbaiki kedudukan masyarakat Melayu.
Itu sebabnya kita kena tahu apakah yang mereka hendak tawarkan atas isu-isu orang Melayu. Itulah caranya berpolitik. Jangan kita ada kepercayaan yang naif bahawa pakar-pakar akan menyelesaikan masalah. Kalau mahu jadi pemimpin harus boleh berdiri di atas kaki sendiri.
Tetapi untuk berlaku adil kepada mereka ada yang menyebutnya juga.
UNGKU AZIZ: Ya, tetapi secara umum saja. Apa yang hendak saya tekankan ialah mereka tidak bertanding atas isu-isu yang menyentuh orang Melayu. Mungkin juga mereka tidak memahami isu-isu yang dihadapi oleh orang Melayu.
Atau mungkin juga kerana ada arahan jangan berkempen?
UNGKU AZIZ: Jadi mereka ini bertanding untuk apa? Bolehkah sebuah pemilihan berlaku tanpa ada kempen? Itulah idea demokrasi.
Sekiranya pemimpin UMNO dibenarkan berkempen dan mereka menyatakan agenda mereka, bolehkah politik wang ditangani?
UNGKU AZIZ: Sudah tentu. Mereka akan berjuang atas isu. Kekuatan seorang pemimpin yang hendak dipilih itu akan ternampak melalui pemikirannya tentang sesuatu isu.
Ini satu masalah juga. Kenapa kita menyebut politik wang dan bukan rasuah? Realitinya itulah rasuah. Orang Islam yang baik tidak akan melakukannya. Tetapi sekarang ini kita mengaburkannya dengan mengatakan bahawa itu politik wang.
Apa pandangan Pak Ungku terhadap kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya UMNO lebih proaktif memperjuangkan agenda sosioekonomi Melayu dan tidak bergantung kepada kerajaan?
UNGKU AZIZ: Itulah yang sepatutnya. Parti juga harus ada agendanya sendiri, membincangkannya dengan mendalam dan mencadangkan penyelesaiannya kepada kerajaan. Kerajaan hanya pelaksana tetapi agendanya ditentukan oleh parti. Kita harus memahami kelemahan kerajaan kerana ia birokrat. Birokrat tidak boleh berfikir di luar kebiasaan.
Selain itu, ahli korporat Melayu yang berjaya kerana dasar-dasar yang melahirkan kelompok besar kelas menengah Melayu harus juga membantu orang Melayu lain. Apabila sudah lepas ke atas mereka ini seolah-olah terpisah daripada kelompok di bawah. Jangan jadi seperti kacang lupakan kulit.
Golongan kacang lupakan kulit inilah yang perlu didekati oleh kerajaan dan UMNO.

Mingguan Malaysia:: 15/8/2004

Friday, August 13, 2004

COVER STORY: The countdown begin...


After all the drama, confusion, twists, the day of reckoning is finally here for the six finalists of reality hit show ‘Akademi Fantasia II’. HAFIDAH SAMAT writes. THEY are already household names - big stars... even without having to cut solo albums. "The Konsert Akademi Fantasia VCDs (RM19.90), featuring them, which are sold almost immediately after their weekly performances are snapped up like hot cakes," says one record store retailer in Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur.

Her benchmark for comparison is none other than three of the current top local flavours in the country, Siti Nurhaliza, Too Phat and Ruff Edge.

"And when the fans buy the albums, they would usually take up several volumes at one go. They don't care if during the concert some of the contestants on the show sound flat or go out of tune. They (the participants) can do no wrong." Yet another good gauge of the participants immense popularity - even the pirates are churning out copies! But the burning question every fan of this reality talent show is dying to find out this Saturday - who will emerge the biggest star of them all.

Among the finalists, who will it be? Zahid, Adam, Kaer, Bob, Farah or Linda? Picture this. It is 8.30pm. The show's inimitable host Aznil Nawawi dashes onto the stage to the cheers of the audience at the packed Stadium Putra in Bukit Jalil, Kuala Lumpur. He delivers the opening sequence in his usual fashion as the camera pans the finalists. Zahid, the "darling" of the Baharuddin household from Wangsa Maju, KL, has a cheeky, goofy grin and looks relaxed. Adam, the super-cool aspiring rapper from Sabah, looks more serious than usual. The smile has gone from Farah's ever-smiling face and Kaer looks equally nervous. Bob, yes, that friendly guy from Sarawak, can only manage a nervous smile while Linda, the beauty from Sabah, maintains her composure as she waves to the near-hysterical audience in the auditorium. This is THE night of reckoning for these finalists. Will Zahid, who hams it up for the camera big time in almost each weekly concert, be able to garner more votes from his ever-growing fan base? Or will Linda be able to charm viewers with that pretty, sweet smile? And how about Farah? Will she outshine them? Will Bob upstage the rest with his impressive vocals and versatility? Will the crowd's cheers uplift Kaer's spirits to give his all? As for Adam, the current joint leader with Zahid, he may just mesmerise the audience and tip the scales. At the end of the show, before Aznil reads the results, he would again probably say either "your votes are sending someone back to reality..." or "your votes are your choice so vote wisely...." On Saturday, your SMS votes, which constitute 80 per cent of the total votes, will determine who drives home the new Citroen C3 (worth approximately RM120,000) and wins the RM10,000. As expected, AF fans are getting feverish in anticipation of a spectacular night at the 3 1/2-hour finals. Each singer will perform two solos - a cover version and a new composition - backed by live music led by a renowned composer. Sure fans want to embrace the sassy Zahid for his vocal versatility and stage presence during the rendition of the late Indonesian crooner Broery Marantika's Biar Bulan Bicara Sendiri and Milikku by Cat of Ruffedge. They hope the R&B-inclined Kaer will sweep them off their feet with his performance of Michael Buble's Latin-tinged Sway and composer Johan Farid Khairuddin's (JFK) Kau Kembali. They are clappin' with Adam, known for his rappin' ability, jiggying to the tune of KRU's Ooh! La! La followed by Haruskah, a ballad by composer-singer Ajai. They want Bob to mesmerise with his vocal prowess with his near-perfect pitch as he tackles singer Hasnul Rahmat's Gadis Sarawak and Cinta Seorang Teman by composer-producer Adnan Abu Hassan. How they go "oooh" and "aaah" as Farah reaches the high note for love ballad Tangisan Dalam Kerinduan (also by Adnan) and Avril Lavigne's hit single Sk8er Boi. Meanwhile, Linda will be singing a Spanish tune, Solo Enti (Only You), and Ajai's Aku Cinta Kamu.

"We are trying our best to put up a good show for the finals," says Astro's Malay programing head Zainir Aminullah, adding that in the usual AF fashion, there will also be a "reunion" segment combining AF2 and AF1 students. To recap, the AF "fever" started in June when a group of wannabe singers auditioned for Astro's singing school Akademi Fantasia to realise their dreams. They were housed in a double-storey bungalow where 16 cameras were hooked up and a 80-member crew alternately took charge of them between 8am and 10pm as the 12 participants lived in isolation (no TV, radio or newspaper included) from the outside world for two months. The contestants were chosen from thousands of hopefuls at the auditions in Peninsular Malaysia, Sabah and Sarawak, and the show has been running on Astro Ria since the end of May with Tirai Akademi Fantasia, a 90-minute special introducing the 12 contestants. And on weekdays, viewers were treated to the 30-minute Diari Akademi Fantasia, which ran from Monday to Friday; a two-hour concert on Saturday nights; and a portrait of an ex-contestant in Imbasan Akademi Fantasia on Sundays, and now on Saturday, the final. (The final will be carried live over Astro Ria from Stadium Putra in Bukit Jalil, KL at 8.30pm.) The show has become a phenomenon. Arguably, no other locally-produced programme has come close to achieving the sort of following the hit reality show enjoyed in its 10-week run over Astro Ria. Compared with last year, the SMS volume has increased three- to four-fold. That reality trend will continue to grow as producers explore the limits of the format and as long as they continue to benefit from an inexpensive cast of "real" people seeking fame. The popularity of reality TV is not related to mainstream fictional shows. The No.1 reason viewers cite for the popularity of reality shows is that they are not yet as formulaic and predictable as typical TV dramas and sitcoms. Reality TV shows may have captured the attention of millions of viewers worldwide, but how "real" are they? Are the emotions of the players genuine? Are the dramas "manufactured"? Remember how the audience went berserk when favoured contestant Linda was shown the door in the sixth concert? How many hearts (and votes!) went out to the most famous dropout Mas, the single mother from Sabah, as she embraced her two toddlers and parents on stage at a recent concert? How the intensity heightened as AF took an unexpected twist when the academy's principal Ramli M.S. announced there would be six, not five, contestants for the finals? How, by some degree of viewers' generosity, we saw Linda's "re-admission" during the show's wildcard segment last Sunday? If anything, Linda's episode is a reminiscent of an open-and-shut case from a court room drama. Clearly, there were mixed reactions from the home "jurors" - primarily AF fans who waited impatiently for the "conviction" on the special edition of the show's Diari Akademi Fantasia last Sunday. While some jumped for joy, others were stunned and confused by the decision. The question that arises: why now? The show, says Zainir, has been formatted closely to that of its original programme, La Academia, produced by Mexico's TV Academia. "The ‘wildcard' segment is genuine and it has always been part of the show. It was a matter of time before we incorporated it into the show. We look at it as a positive and refreshing experience for viewers. "When we designed the show, SMS revenue was never an important issue. The show's format requires popularity so naturally SMS plays a crucial role in achieving audience participation," says Zainir. The SMS "hoopla" - the inclusion of the wildcard segment at the last stage of the show was the producers' strategy to secure higher mileage (read: MONEY) - he insists, "is not true." "Linda was a clear favourite from the start. She has gained a strong and huge following and her ‘episode' is a reflection of the evergrowing fan support. Mas' departure from the academy wasn't orchestrated. "There is no hidden agenda. As a broadcaster, we had no pre-conceived idea of the students who would advance to the finals." In anticipation of the finals, Zainir assures viewers that the telcos are also gearing up to avoid unforeseen circumstances. "We are ensuring the present systems are capable of supporting real-time voting during the show. We don't want any chaos and error to occur at all," he says.

NST::11/8/04