Thursday, June 02, 2005

Takrif Islam Hadhari

DARI segi istilah, perkataan ‘hadhari’ membawa maksud yang bertamadun atau Islam yang menekankan aspek tamadun. Dalam bahasa Inggeris disebut sebagai civilizational Islam dan dalam bahasa Arab sebagai Al-Islam al-Hadhari.

Takrif Islam Hadhari secara lengkap adalah: “Suatu pendekatan pembangunan manusia, masyarakat dan negara yang bersifat menyeluruh, berdasarkan kepada perspektif tamadun Islam.”

Oleh itu, pendekatan Islam Hadhari memberi penekanan kepada aspek pembangunan dan pembinaan peradaban yang didasarkan pandangan semesta Islam (Islamic worldview).Ia dilaksanakan dengan memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan mutu kehidupan melalui penguasaan ilmu, pembangunan insan serta pembangunan fizikal. Warisan tamadun Islam yang memperlihatkan kegemilangan umat Islam dalam semua bidang akan dijadikan dorongan bagi memajukan ummah secara menyeluruh.
Islam Hadhari akan memastikan pencapaian 10 prinsip utama iaitu:-

Keimanan dan ketakwaan kepada Ilahi.
Kerajaan adil dan beramanah.
Rakyat berjiwa merdeka.
Penguasaan ilmu pengetahuan.
Pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif.
Kehidupan berkualiti.
Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita.
Keutuhan budaya dan moral.
Pemeliharaan alam semula jadi.
Kekuatan pertahanan.

Utusan Malaysia: 2/6/2005

No comments: