Mulai Julai ini, hampir satu juta kakitangan kerajaan akan menikmati cuti hari Sabtu sepanjang tahun. Sebelum ini, mereka hanya bercuti pada Sabtu minggu pertama dan minggu ketiga setiap bulan sahaja. Alang-alang menyeluk pekasam, akhirnya apa yang mereka idam-idamkan untuk kerja lima hari seminggu tercapai juga.
Sudah banyak kerajaan `memberi' kepada kakitangannya. Saya tidak membaca lagi kajian mengenai kualiti mahupun produktiviti perkhidmatan awam sepanjang pelaksanaan kerja hari Sabtu pada minggu kedua dan keempat selama ini, itupun jika ia ada dilakukan - adakah ia berkesan atau tidak?
Dalam keseronokan bercuti dua hari di hujung minggu itu, saya amat berharap sikap dan mentaliti kakitangan awam selepas ini perlu berubah.
Maksud saya, meningkatkan mutu kerja. Jika selama ini sesuatu urusan memakan masa tiga hari, dua minggu, tiga bulan atau enam bulan, maka semua tempoh siap kerja itu perlu dipercepatkan.
Jangan kerana selepas ini mereka hanya bekerja lima hari seminggu, banyak pula alasan jika gagal menyiapkan kerja mengikut jadual.
Malah bukan saya sahaja, mungkin rakyat juga tidak mahu mendengar alasan tidak cukup masa.
Jika kakitangan sektor korporat yang sekian lama bekerja lima hari seminggu dapat menyiapkan kerja mengikut jadual maka sektor awam diharap begitu juga.
Ubahlah mentaliti makan gaji buta. Saya memperkatakan ini kerana pengalaman 10 tahun bertugas dengan sebuah agensi kerajaan.
Pada hari bekerja biasa pun ramai yang membuang masa di warung kopi tanpa mengira waktu rehat atau makan tengah hari, malah ketika duduk di meja pejabat pun banyak masa berborak daripada bekerja.

Apatah lagi pada hari Jumaat dan Sabtu yang dianggap hari santai. Jadi mentaliti lama ini, saya bimbang menjadi bertambah teruk.
Saya menyeru kakitangan kerajaan supaya bekerja dengan dedikasi mulai Julai ini sebagai tanda terima kasih kepada pemimpin negara yang memahami keperluan waktu rehat mereka.
Jangan kakitangan kerajaan meminta kebajikan mereka perlu sentiasa dijaga seperti memberi cuti, elaun, kenaikan gaji dan bonus tanpa mereka meningkatkan sumbangan dan menaikkan imej perkhidmatan awam.
Memandangkan negara kita terlampau banyak cuti umum Persekutuan dan ditambah dengan hari kelepasan am mengikut negeri-negeri, maka adalah wajar cuti umum dikaji semula.
Kita perlu fikirkan kedudukan negara kita belum pun bertaraf negara maju. Apabila terlampau banyak cuti umum, dibimbangi ia boleh menjejaskan daya saing negara kita.
Memang satu kajian menyeluruh perlu dibuat kerana ada hari kelepasan am terutama di negeri-negeri perlu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong atau sultan.
Namun jika ditinjau apa yang rakyat lakukan pada hari-hari kelepasan am selama ini, mereka bukan pun meraikan hari tersebut.
Jika yang meraikannya pun boleh dibilang, tetapi yang banyaknya hanya melepak di rumah.
Saya cadangkan supaya kerajaan hadkan cuti umum dan hari kelepasan am negeri-negeri.
Banyak urusan tergendala apabila ada sesetengah urusan negara dan negeri terganggu kerana cuti.
Mungkin sambutan hari keputeraan sultan dikecualikan dalam kes ini, kerana ia lambang pemimpin negeri. Tetapi bagi cuti yang melibatkan perayaan keagamaan atau hari bersejarah bagi sesetengah negeri seperti Thaipusam, Israk Mikraj, Awal Ramadan, Nuzul Quran, Hari Wilayah Persekutuan, Good Friday, Perisytiharan Bandaraya Bersejarah dan lain-lain, ia perlu dikaji semula.
Selalunya akibat untuk memberi makna kepada sambutan perayaan tersebut yang mungkin disambut hanya sebilangan rakyat, maka hari berkenaan tidak dapat dimanfaatkan.
Adalah lebih baik, sesiapa yang hendak meraikan Thaipusam misalnya mengambil cuti tanpa rekod atau cuti tahunan masing-masing daripada menjejaskan urusan pentadbiran seluruh negeri atau negara.
Saya berpendapat dengan jumlah cuti hari Sabtu dan Ahad, cuti tahunan, cuti umum dan hari kelepasan am negeri-negeri, berapakah yang tinggal hari untuk kita bekerja.
Tambahan masa bekerja bagi menggantikan hari Sabtu, tidak banyak bezanya kerana berdasarkan pengalaman saya, setengah jam sebelum pulang, secara tanpa arahan rasmi, semua kerja pejabat bagaikan terhenti.
Ada operator tidak lagi mengangkat panggilan. Ramai yang menghiaskan diri untuk pulang.
Dengan bilangan hari bekerja semakin berkurang, adalah menjadi hak rakyat untuk menuntut pula daripada kakitangan kerajaan supaya mereka diberi layanan yang terbaik, bukan cengil, marah-marah tetapi mesra dan bertenaga.
Imbuhan dan insentif yang diberikan oleh kerajaan kepada kakitangannya sudah cukup, kini mereka yang perlu membalasnya dengan kerja berhemah.
- ANIS SOFEA AZMAN, Gombak, Selangor.
Utusan Malaysia: 30/6/2005
No comments:
Post a Comment