Pendapat
MEMBACA ruangan wawancara di Mingguan Malaysia, saya terpanggil untuk berkongsi pandangan dengan pembaca dalam menilai kualiti perkhidmatan wakil rakyat di kawasan masing-masing sama ada atas nama Ahli Parlimen ataupun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
Para pengundi Dewan Undangan Batu Laut, Selangor barangkali adalah di antara pengundi paling bertuah berbanding dengan pengundi di 566 kawasan dewan undangan negeri yang mana ada sesetengah pengundi tidak kenal pun wakil rakyat masing-masing kerana selepas pilihan raya, wakil rakyat tidak pernah jenguk muka.
Beliau tidak dapat apa-apa dengan menjadi wakil rakyat selain daripada kepuasan memberi khidmat kepada rakyat. Itu bukan perkara yang pelik, malah Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, pernah pulang ke rumah keluarga di Pulau Pinang dengan menaiki teksi apabila digugurkan dari Kabinet pada suatu ketika kerana beliau tidak ada kereta sendiri.
Bekas Menteri Pertanian, Datuk Sulaiman Daud apabila digugurkan dari Kabinet terpaksa menumpang di rumah mertua kerana tidak memiliki rumah sendiri. Itu di antara contoh beberapa orang tokoh parti pendukung kerajaan yang jika mahu kepentingan dan kemewahan diri tanpa memikirkan soal halal atau haram, peluang memang terbuka luas tetapi mereka tahu Allah melihat apa yang mereka buat.
Di Kelantan, seorang bekas wakil rakyat yang dikenali dengan nama Mat Ubat terpaksa menjual ubat dan menjadi pemandu kereta sewa. Selepas berhenti menjadi wakil rakyat, Musa Muhammad kembali menjadi petani, Mustafa Ibrahim pula menjadi pemandu kereta sapu.
Tidak ramai yang tahu tentang kisah hidup wakil rakyat berkenaan yang bekerja secara senyap dan menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh Perdana Menteri. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu wakil rakyat bekerja sepanjang masa dan jangan hanya bekerja apabila pihak media datang membuat liputan di kawasan yang diwakili.
Tetapi era sebegitu sudah berlalu. Era wakil rakyat pembangkang berkereta Volkswagen ataupun jip yang layak dijadikan pemunggah getah sekerap sudah berlalu. Sekarang zaman wakil-wakil rakyat, khususnya wakil rakyat Pas yang paling dekat dengan saya ada unsur-unsur untuk berlumba-lumba menayang kereta paling mewah.
Apabila berhenti jadi wakil rakyat, nasib wakil rakyat di Kelantan sekarang menjadi lebih baik, hidup semakin mewah. Hampir tidak kedengaran langsung kebimbangan kalau-kalau kekayaan dan kemewahan yang dimiliki akan menjadi kayu api neraka.
Sebagaimana jawapan yang diberikan oleh mereka yang hidupnya sengsara selepas jadi wakil rakyat apabila ditanya kenapa tidak ambil kawasan balak ketika ada kuasa, jawapan yang diberikan ialah balak harta rakyat, apa hak wakil rakyat untuk mendapatkannya termasuk cara menggunakan proksi.
Terpaksa
Keadaan ini berlaku kerana rakyat tidak menggunakan hak mereka untuk bertanya kenapa wakil rakyat boleh hidup mewah, termasuk selepas menjadi wakil rakyat. Apatah lagi wakil-wakil rakyat yang berasal daripada keluarga yang tidak kaya.
Rakyat selaku pengundi juga tidak pernah gunakan kuasa sebagai pengundi untuk bertanya wakil rakyat atas alasan apa maka apabila selesai pilihan raya wakil rakyat pun lesap.
Sepatutnya rakyat kena beritahu wakil rakyat bahawa negara terpaksa menanggung kos yang bukan sedikit bagi membayar elaun 219 Ahli Parlimen dan 567 ADUN yang mereka beri mandat sama ada bagi mendukung parti kerajaan ataupun pembangkang.
Selain dari elaun tetap, cukai jalan kenderaan ditanggung oleh kerajaan dan rakyat, malah elaun menghadiri persidangan pun dibayar di samping pelbagai bayaran lain yang ditanggung menjadikan apa yang dinikmati oleh wakil rakyat sebagai penerima mandat sangat istimewa dan rakyat selaku pemberi mandat tidak berpeluang menikmatinya.
Sebenarnya rakyat memberi mandat bererti memberi kepercayaan. Kenapa rakyat memberi kepercayaan? Tentulah kerana mahukan nasib mereka pada hari esok akan lebih baik berbanding dengan hari ini. Bukannya mahu melihat orang yang diberi mandat tayang kereta-kereta mewah.
Yang rakyat harapkan adalah wakil-wakil rakyat yang berkhidmat, bukannya dilihat sebagai yang berhormat. Ingatlah, jangan setelah menjadi Ahli Parlimen atau ADUN, mereka mahu dilihat sebagai orang yang berbudi dan perlu dibalas walhal yang menghulur budi sebenarnya adalah rakyat selaku pengundi.
- RAMLI ABDUL HALIM, Kota Bharu, Kelantan.
Utusan Malaysia, Rabu 22 Februari 2005

1 comment:
HELLO~幫你推個文^^..................................................................
Post a Comment