PELBAGAI kalangan dan umat Islam di seluruh dunia kini rancak membincangkan isu keganasan yang kian menjadi-jadi baik di Asia Barat atau di negara jiran iaitu Thailand. Apa akan terjadi pada dunia jika keadaan ini berlanjutan?Perasaan saya terlalu tersentuh setiap kali isu ini diperkatakan, lebih-lebih lagi umat Islam sentiasa dikaitkan dengan pengganas bagi kejadian yang berlaku. Tahniah kepada pemimpin negara kita yang sanggup berjuang supaya dunia mengkaji punca keganasan dan memperbetulkan tanggapan masyarakat mengenai umat Islam.Bagaimanapun tanpa sokongan rakyat terutama masyarakat Islam, perjuangan pemimpin kita menjadi sia-sia. Mungkin kita tidak perasan, ketika pemimpin bersungguh-sungguh menyeru masyarakat dunia menerima umat Islam, kita secara tidak langsung mengakui umat Islam adalah pengganas.Media massa, terutama elektronik yang menjadi penghubung utama maklumat seolah-olah tidak peka dengan apa yang mereka sampaikan setiap hari. Dalam siaran berita, istilah ‘pengganas’ sering digunakan bagi merujuk pejuang Islam yang berperang mempertahankan tanah air daripada penjajah. Tidak dinafikan mungkin cara mereka agak ganas, sama ada melancarkan serangan berani mati ataupun pengeboman berkenderaan yang dikatakan membunuh orang tidak bersalah. Tetapi kita mesti ingat, mungkin itulah satu-satunya cara yang termampu untuk mereka memperjuangkan tanah air.Pada masa yang sama, kita lihat askar Barat yang diketuai Amerika Syarikat dengan sewenang-wenangnya membunuh orang Islam tidak kira dalam apa juga keadaan dan tempat termasuk di dalam masjid.Kekejaman mereka tidak pula dianggap sebagai keganasan atau mereka digelar pengganas. Apa yang menyedihkan kebanyakan media massa milik orang Islam.Sedar atau tidak, sikap tidak prihatin ini memberi kesan yang amat mendalam kepada masyarakat terutama kepada bukan Islam. Generasi sekarang mungkin dapat menerima keadaan ini. Tetapi bagaimana pula bagi generasi akan datang? Sejak dari kecil mereka didedahkan bahawa umat Islam adalah pengganas iaitu golongan yang dikaitkan dengan kekejaman dan kezaliman.Mereka menaruh perasaan benci dan marah terhadap umat Islam dan jika sudah sampai ke tahap ini apakah jalan yang perlu diambil untuk memulihkan nama baik Islam. Dalam keadaan sekarang pun sukar bagi kita meyakinkan dunia bahawa umat Islam cintakan keamanan dan kedamaian serta bencikan keganasan.Bagi saya, istilah pengganas tidak sepatutnya dilemparkan terhadap umat Islam terutama kepada pejuang Islam. Berilah mereka gelaran lain menggambarkan perjuangan sebenar asalkan tidak dikaitkan dengan pengganas dan keganasan.Sebaliknya, istilah pengganas dilemparkan kepada askar Amerika, Britain dan sekutunya baik di Iraq mahu pun di Afghanistan.Oleh itu saya mengesyorkan kepada pihak berkenaan menapis istilah yang digunakan media massa seperti yang dilakukan Lembaga Penapisan Filem Malaysia (Finas) terhadap filem kita.M Y SALMI,Shah Alam, Selangor.
Berita Harian, Rabu 14/12/04
Thursday, December 16, 2004
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment